>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday, 25 October 2013

Rumah Karbon Rendah - Jimat Tenaga Jimat Belanja


Masalah pemanasan global akibat pelepasan Gas Rumah Hijau dilaporkan banyak disumbangkan oleh kegiatan manusia terutamanya dari sektor bangunan termasuk rumah kediaman. 

Kita boleh menghindarinya atau mengurangkan kesan tersebut dengan mengamalkan pelbagai langkah mudah, termasuk kaedah yang diguna pakai di rumah kampung tradisional.


Wednesday, 23 October 2013

Fabrik Langsir Kurangkan Bunyi & Habuk


Tahukah anda bahawa fabrik adalah antara bahan penebat bunyi yang paling berkesan? Bahkan ia juga dapat menapis habuk. Justeru itu, pemilihan fabrik langsir yang betul sangat penting agar ia bukan sahaja membantu menambah gaya hiasan rumah, tetapi juga dapat mengurangkan bunyi bising di luar rumah.

Thursday, 10 October 2013

Monday, 7 October 2013

LUKISAN MURAL & PERABOT KITAR SEMULA CIKGU SAIFUL


Lukisan mural menghiasi dinding dalaman. Perabot rumah yang diguna pula kebanyakannya adalah daripada bahan kitar semula. Semua ini dihasilkan sendiri oleh Saiful Anuar Salleh, 31, guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang, Selangor. 

Klik link untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/10/07/lukisan-mural-perabot-kitar-semula-cikgu-saiful/


Saturday, 31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-56


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 
dari team Anjung Seri.

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Semoga negara kita menuju kejayaan dan aman sentosa.


Friday, 30 August 2013

Inilah Ilhamku

Cikgu Khadijah Yaakub, 55 dan suami Mohammad Faisal Napiah, 56 adalah pembaca tegar Anjung Seri. Sudah lama mereka menunggu kunjungan Anjung Seri ke rumah namun baru tahun ini hasrat itu kesampaian apabila jurugambar Jahariya Dominicus berkunjung ke rumahnya. Ikuti luahan rasa Cikgu Khadijah mengenai rumahnya.

Wednesday, 28 August 2013

MELABUR HARTANAH SERENDAH RM500

 Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 3.25 sen seunit untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2013. Agihan itu berpandukan ukur rujuk prestasi 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamik Berhad yang membawa pulangan pendapatan tahunan 6.6 peratus. Hai, bertuah sungguh pemegang unit AHB! Agihan pendapatan ini adalah yang kelima dibuat sejak AHB diperkenalkan pada November 2010.

Monday, 26 August 2013

Sekeluarga Baiki Rumah

Dari luar, rumah itu memang nampak usang namun mereka cuba berprasangka baik mengenainya. Apabila sudah mendapat kunci rumahdan melihat sendiri keadaan di dalam, Anis Syuhada Azmi Najib, 25,termenung. Dia tidak menyangka bahawa keadaan di dalam rumah yangterabai beberapa tahun itu sebenarnya sangat mengecewakan.


Friday, 23 August 2013

6 LANGKAH UBAH WAJAH BILIK TIDUR

Sarung kusyen, sarung sofa dan permaidani di ruang tamu sudah bertukar baru. Begitu juga dengan kemasan langsir dan alas meja. Semua serba baru, maklumlah raya hampir tiba. Terlalu fokus dengan ruang tamu dan ruang makan hingga terabai dengan keperluan hiasan di bilik tidur.
Pernah berhadapan dengan keadaan, tetamu minta izin menggunakan bilik tidur untuk menukar pakaian atau hendak menidurkan anak yang meragam? Lebih-lebih lagi dalam musim perayaan, bilik tetamu pun sudah dihuni saudara-mara dari jauh, jadi terpaksalah anda membenarkan tetamu tadi menggunakan bilik tidur anda. Apa agaknya akan terjadi seandainya keadaan bilik tidur anda bersepah dan berkecah?


Wednesday, 21 August 2013

Santai Bersama Chef Adu Amran Hassan

Beliau adalah salah seorang juri tetap rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia. Cita-cita sebenarnya menjadi guru namun rezeki beliau ternyata dalam bidang kulinari yang menawarkan banyak pengalaman dari segi masakan, makanan dan juga penulisan.


Monday, 19 August 2013

Umpama Rumah Percutian

Berkeluasan kira-kira 557.42 meter persegi, banglo dua tingkat ini terletak di tengah-tengah Bandar Sunway. Suasana di luar rumah memang agak bising tetapi sebaik melangkah pintu pagar, sepasang telinga saya menangkap bunyi air terjun. Bermula dari bunyi itulah saya berjaya menyingkap rahsia mengapa Pushpalatha dan suami, Araasu Munisamy, 55, tidak berkeluh-kesah dengan masalah bunyi bising yang datang dari arah lebuh raya.
Rupa-rupanya bunyi air terjun buatan di tepi rumah menawarkan ketenangan kepada keluarga ini. Halaman yang luas memberi peluang kepada mereka membina kolam renang.

Ruang tamu bersiling cove diterangi lampu alabaster menampilkan perabot bergaya Eropah merangkumi sepasang sofa grandmother, sofa couch, otoman dan sofa
fabrik 3+2.

Friday, 16 August 2013

20 JAMBANGAN BUNGA SEMPENA AIDILFITRI

Menjelang musim perayaan, pasti ramai mengadakan majlis rumah terbuka. Sudah tentulah jambangan bunga segar dan tiruan menjadi pilihan sebagai dekorasi utama untuk mengindahkan lagi suasana kediaman. Jambangan bunga tiruan yang siap digubah sudah mudah ditemui di kedai hiasan dalaman.
Bagaimanapun jika anda seorang yang kreatif dan berbakat, elakkan membazir sebaliknya gubah semula jambangan bunga tiruan kepada bentuk baru. Bunga kraf atau bunga tiruan boleh nampak mahal jika kita bijak menggubahnya. Memang tidak mungkin keindahan bunga tiruan mampu menandingi bunga hidup, namun penggunaannya lebih praktikal dan menjimatkan. Kita juga dapat melestarikan dan menjaga keindahan flora dengan memilih bunga tiruan sebagai hiasan di rumah.

Wednesday, 14 August 2013

Harith Iskander Terpikat Dengan Seremban 2

Membesar sekitar tahun 70-an di rumah atas tanah di Ampang yang menawarkan semua kemudahan sebuah keluarga perlukan iaitu persekitaran selamat, ruang tamu luas dan mempunyai halaman untuk anak-anak bermain adalah pengalaman indah tidak dapat dilupakan oleh selebriti Harith Iskander.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...