>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 16 August 2013

20 JAMBANGAN BUNGA SEMPENA AIDILFITRI

Menjelang musim perayaan, pasti ramai mengadakan majlis rumah terbuka. Sudah tentulah jambangan bunga segar dan tiruan menjadi pilihan sebagai dekorasi utama untuk mengindahkan lagi suasana kediaman. Jambangan bunga tiruan yang siap digubah sudah mudah ditemui di kedai hiasan dalaman.
Bagaimanapun jika anda seorang yang kreatif dan berbakat, elakkan membazir sebaliknya gubah semula jambangan bunga tiruan kepada bentuk baru. Bunga kraf atau bunga tiruan boleh nampak mahal jika kita bijak menggubahnya. Memang tidak mungkin keindahan bunga tiruan mampu menandingi bunga hidup, namun penggunaannya lebih praktikal dan menjimatkan. Kita juga dapat melestarikan dan menjaga keindahan flora dengan memilih bunga tiruan sebagai hiasan di rumah.



Sebelum

Selepas

’’Sama ada gubahan sudut atau meja utama, kita perlu fikirkan ciri praktikal. Gubahan tinggi atau rendah tidak menjadi masalah asalkan kita tahu kedudukannya. Contohnya di meja makan, lebih elok tempatkan gubahan yang mudah alih dan tidak mengganggu pandangan tetamu untuk berkomunikasi.’’ - pemilik AZN Hiasan Dalaman, Zuriani Shaari

Sebelum

Selepas

“Orang sekarang lebih sukakan gubahan ringkas dan moden. Tetapi, ramai juga mahukan gubahan penuh dengan campuran pelbagai bunga seperti gaya klasik.
Semuanya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Apa yang penting, kita perlu merancang dengan baik cara susunan bunga agar dapat memberi kesan visual menarik di sudut ruang.’’ — pemilik Ziezue Glamoriz, Wan Zuriati Wan Ariffin.

...
Dapatkan Anjung Seri Ogos untuk mengetahui lebih banyak lagi jambangan bunga yang menarik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...