>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 14 August 2013

Harith Iskander Terpikat Dengan Seremban 2

Membesar sekitar tahun 70-an di rumah atas tanah di Ampang yang menawarkan semua kemudahan sebuah keluarga perlukan iaitu persekitaran selamat, ruang tamu luas dan mempunyai halaman untuk anak-anak bermain adalah pengalaman indah tidak dapat dilupakan oleh selebriti Harith Iskander.



Terkenal sebagai pelawak, pengacara, pelakon, penghibur dan penerbit, beliau kini berusia 44 tahun, sudah berkeluarga dan sedang mencari kediaman lebih selesa, sesuai dengan peringkat kehidupannya yang kini mempunyai seorang anak kecil berusia setahun lebih serta bakal menimang seorang lagi cahaya mata.
Perkahwinan dengan wanita pilihannya, Dr Jezamine Lim menganugerahkan mereka anak lelaki pertama, Zander Xayne Iskander yang sangat comel.
Lebih setengah hari bersama mereka dalam sesi penggambaran gambar kulit Anjung Seri, kami melihat keluarga selebriti ini sibuk mengejar jadual temu janji. Anak berusia setahun lebih itu pun terikut-ikut sibuk apabila turut menjadi model.

Aviva - Ruang tamu
Aviva - Ruang makan

Baru dilantik sebagai duta Seremban 2, Harith mengakui tempat itu kini semakin dekat di hatinya. “Tempat ini mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak yang mempunyai jiran yang mesra dan dapat bermain dengan bebas di halaman. Saya mahu anak-anak kami membesar seperti saya alami dulu. Namun melihatkan faktor harga pada masa ini, agak mustahil untuk mendapat rumah seperti itu di Kuala Lumpur dan Selangor tetapi tidak mustahil di Seremban 2.

...

Untuk mengetahui cerita penuh dapatkan Anjung Seri Ogos di pasaran sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...