>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 24 November 2014

Petua Tidur Lena


Bauan seperti vanilla, Lavender, marjoram dan Sandalwood dikatakan membantu anda mencapai ketenangan sebelum tidur. Sapu atau sembur pada bantal, udara bilik tidur atau di bilik air.
Minuman teh herba atau segelas susu juga membantu menenangkan dan meredakan badan.

POSISI TIDUR RASULULLAH SAW

Tidur yang terbaik adalah mengiring ke lambung (rusuk) kanan menghadap kiblat.
Dalam keadaan tidur yang begini, kedudukan jantung kita berada di atas dan dengan itu dapat mengepam darah untuk mengalir lancar ke seluruh badan. Hati juga akan berada pada kedudukan yang stabil dan tidak tergantung.
Posisi tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW ini, insya-Allah membawam kepada tidur yang lebih berkualiti dan nyenyak walaupun hanya untuk tempoh dua-tiga jam.

Wednesday 19 November 2014

Santai Bersama Adi Suwardy



Adi Suwardi, 41 yang berkelulusan diploma reka bentuk dalaman dari MIID Kuala Lumpur bekerja tetap di sebuah syarikat hiasan dalaman dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam sebelum memulakan tugas sebagai juruhebah sambilan untuk rancangan Irama Ria di radio Klasik Nasional, RTM dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi. Anak keempat daripada lima beradik, beliau bukan sahaja gemar menyanyi malah mengkaji lagu.

"Alhamdulillah hobi itu memberikan saya pendapatan apabila mula menyanyi sejak 2009," ujarnya.
Berasal dari Klang, Selangor, beliau menjadikan bilik belajar di kediamannya sebagai tempat "mencari ilham mencipta lagu dan menulis lirik serta mempelajari muzik untuk dipersembahkan sama ada di radio mahupun bernyanyi nanti."

Bilik ini kemas tersusun dengan segala kelengkapan yang diperlukan seperti komputer, mesin pencetak dan sebuah katil siang untuk berehat.

Beliau menambah, hitam dan putih yang melatari ruang mengingatkannya kepada kehidupan dan membantu beliau membuat keputusan dengan cepat apabila berada di persimpangan. Semua perancangan susun atur dilakukan setiap dua minggu dan moodboard dijadikan panduan ketika berhias.

Apa-apa pun satu hal yang pasti adalah Ady tidak akan sesekali membawa pulang kerja pejabat.
"Cukuplah seharian bekerja di pejabat. Biarlah ruang ini menjadi tempat saya berkarya dan melihat keindahan malam. Kalau pada hari cuaca baik, kerlipan lampu dari Genting Highland boleh nampak dari sini," katanya.

Monday 17 November 2014

Belajar Empat Resipi Bersama Tramontina & Iwaki

Kuala Lumpur: Baru-baru ini, Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) menerusi majalah Anjung Seri dan Jelita menganjurkan program masakan “Hebatnya di Dapur Bersama Tramontina dan Iwaki” dengan kerjasama Miracle Home Centre Sdn Bhd, iaitu pengedar produk kelengkapan dapur Tamontina serta Iwaki di Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur.
Seramai 55 peserta menyertai program selama dua jam yang bersifat santai ini. Peserta disajikan dengan demonstrasi memasak oleh Cef Rose Soo Hoo atau lebih dikenali sebagai Auntie Rose yang didatangkan khas dari Pulau Pinang.
Beliau mempunyai pengalaman memasak selama 33 tahun dalam bidang masakan terutamanya Nyonya serta Vegetarian. Cef Rose menyediakan empat resipi istimewa iaitu Kek Zebra, Biskut Coklat Crunch, Thai Nasi Ulam dan Ayam Stragonaff mengguna perkakas dapur Tramontina serta Iwaki.
agenda-1
Selesai sahaja demonstrasi memasak, penganjur terus mengutarakan beberapa kuiz secara spontan kepada peserta untuk menguji mereka mengenai program yang disertai dan perkakasan yang digunakan. Lima peserta berjaya menjawab dan dihadiahkan dengan pisau Tramontina dan bekas simpanan makanan Iwaki.
Sebelum pulang, peserta didedahkan dengan beberapa petua dan panduan dapur terutamanya cara terpantasmenajamkan mata pisau mengguna cawan seramik dalam segmen Petua Oh Petua oleh penulis Anjung Seri, Irawati Ismail.
Peserta juga berpeluang membeli rangkaian produk Tramontina dan Iwaki pada harga promosi selain memenangi hadiah cabutan bertuah dengan setiap pembelian produk dalam satu resit selain membawa pulang beg cenderahati tajaan Sogo dan Berita Publishing.

Friday 14 November 2014

Guna Semula Bingkai Gambar



Adakah anda sedang menghadapi masalah mempunyai bingkai gambar, tetapi tidak adagambar yang sesuai untuk dipamerkan di dalamnya? Atau adakah lapisan kaca bingkai gambar anda sudah pecah?

Jangan cepat sangat membuang bingkai gambar itu. Apa salahnya terus dimanfaatkan sebagai hiasan dinding dengan menggantungkannya seperti biasa dan kemudian tampalkan sebarang benda yang berwarna pada ruang dalam lingkungan bingkai itu, misalnya himpunan reben, getah rambut, pin dan sebagainya.

Wednesday 12 November 2014

Pokok Doa Dari Bahamas


Pokok Doa atau nama botaninya, Bucida Molineti tumbuh merimbun dengan daunnya berbentuk kecil. Daunnya membesar secara bertingkat-tingkat, iaitu bermula sebagai daun kecil di tingkat bawah lalu membesar di tingkat-tingkat seterusnya, dengan gabungan warna hijau dan putih menyebabkannya banyak ditanam di pinggir jalan, laluan awam, kawasan bandar, taman awam serta halaman rumah.
Ia dipanggil pokok doa berikutan rantingnya yang bertingkat-tingkat seolah-olah memperlihatkan pembentukan tangan sedang berdoa. Dikategorikan dalam keluarga Combretaceae, ia dikatakan berasal dari Bahamas dan banyak dijumpai di kawasan tropika seperti Florida, Cuba, Mexico, Belize, Indonesia serta Malaysia.
Pokok naungan yang turut dipanggil Spiny Black Olive, Dwarf Geometry Tree, pokok bucida putih dan ketapang mini (Indonesia) ini sangat mudah dijaga, tahan panas serta tidak memerlukan penjagaan rapi.
Ia boleh tumbuh tinggi sehingga mencecah 12 meter, tetapi melalui teknik pangkas membolehkannya tumbuh rendang agar tampil lebih cantik.

SPESIES

Pokok Doa terdiri daripada beberapa spesies namun banyak yang sudah pupus dan hanya dua sahaja masih boleh dijumpai, iaitu Bucida buceras dan Bucida spinosa.
  • Bucida buceras — juga dipanggil Bullet tree, Black Olive tree, Gregorywood, Antigua whitewood dan Oxhorn bucida. Batang pokoknya menjadi sumber kayu di Carribean.
  • Bucida spinosa — dipanggil Mexico Black Olive tree, Ming tree, Brier tree dan Prickly tree. Ia sering dijadikan pokok bonsai berikutan ketinggiannya boleh mencapai apan meter sahaja. Daunnya cepat gugur jika dibiarkan kering dalam tempoh yang lama.
 

LANGKAH PENJAGAAN

  • Siram sekali sehari
  • Diberi baja dua minggu sekali
  • Mendapat cahaya matahari penuh
 

FAKTA MENARIK

Di Amerika, pokok doa bukan sahaja dijadikan hiasan, tetapi juga sebagai kayu untuk membina rumah dan pagar kerana batangnya yang anti serangga.
Harganya RM15 hingga RM30 sepokok bagi berukuran kecil. Lebih tinggi pokok maka lebih mahal harganya sehingga boleh mencecah sampai RM900.

Monday 10 November 2014

Kediaman Dalam Taman


Daripada dinding sehinggalah kepada fabrik langsir, sarung kusyen, permaidani dan aksesori hiasan, Faizal mengetengahkan rona hijau dalam berbagai-bagai tona.
“Saya sebenarnya ingin cipta suasana dalam taman untuk rumah baru ini. Sebab itu saya pilih warna hijau yang sinonim dengan konsep rimba. Selain itu, warna hijau memberi ketenangan dan kedamaian lebih-lebih lagi dalam ruang kediaman yang kecil,” jelas bapa kepada sepasang cahaya mata, Faiz al-Haikal, 9 dan Binafsha Ahadiya, 8.
Anjung Seri pernah memaparkan kediaman beliau kira-kira empat tahun yang lalu. Waktu itu Faizal mendiami unit pangsapuri di Wangsa Maju sebelum beliau menjualnya dan membeli unit baru di Kota Damansara pada 2012.
Ilham hiasan spa menjadi gaya penataan pilihannya ketika itu, yang digabungkan bersama warna bumi, iaitu coklat. Susun atur ruang pula dikemaskan dengan perabot kayu, buluh dan rotan. Kini beliau lebih berani bermain dengan warna-warna terang.
Artikel lengkap & imej-imej kediaman --> http://anjungseri.my/2014/11/10/kediaman-dalam-taman/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...