>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 12 November 2014

Pokok Doa Dari Bahamas


Pokok Doa atau nama botaninya, Bucida Molineti tumbuh merimbun dengan daunnya berbentuk kecil. Daunnya membesar secara bertingkat-tingkat, iaitu bermula sebagai daun kecil di tingkat bawah lalu membesar di tingkat-tingkat seterusnya, dengan gabungan warna hijau dan putih menyebabkannya banyak ditanam di pinggir jalan, laluan awam, kawasan bandar, taman awam serta halaman rumah.
Ia dipanggil pokok doa berikutan rantingnya yang bertingkat-tingkat seolah-olah memperlihatkan pembentukan tangan sedang berdoa. Dikategorikan dalam keluarga Combretaceae, ia dikatakan berasal dari Bahamas dan banyak dijumpai di kawasan tropika seperti Florida, Cuba, Mexico, Belize, Indonesia serta Malaysia.
Pokok naungan yang turut dipanggil Spiny Black Olive, Dwarf Geometry Tree, pokok bucida putih dan ketapang mini (Indonesia) ini sangat mudah dijaga, tahan panas serta tidak memerlukan penjagaan rapi.
Ia boleh tumbuh tinggi sehingga mencecah 12 meter, tetapi melalui teknik pangkas membolehkannya tumbuh rendang agar tampil lebih cantik.

SPESIES

Pokok Doa terdiri daripada beberapa spesies namun banyak yang sudah pupus dan hanya dua sahaja masih boleh dijumpai, iaitu Bucida buceras dan Bucida spinosa.
  • Bucida buceras — juga dipanggil Bullet tree, Black Olive tree, Gregorywood, Antigua whitewood dan Oxhorn bucida. Batang pokoknya menjadi sumber kayu di Carribean.
  • Bucida spinosa — dipanggil Mexico Black Olive tree, Ming tree, Brier tree dan Prickly tree. Ia sering dijadikan pokok bonsai berikutan ketinggiannya boleh mencapai apan meter sahaja. Daunnya cepat gugur jika dibiarkan kering dalam tempoh yang lama.
 

LANGKAH PENJAGAAN

  • Siram sekali sehari
  • Diberi baja dua minggu sekali
  • Mendapat cahaya matahari penuh
 

FAKTA MENARIK

Di Amerika, pokok doa bukan sahaja dijadikan hiasan, tetapi juga sebagai kayu untuk membina rumah dan pagar kerana batangnya yang anti serangga.
Harganya RM15 hingga RM30 sepokok bagi berukuran kecil. Lebih tinggi pokok maka lebih mahal harganya sehingga boleh mencecah sampai RM900.

1 comment:

  1. Say baru tanam pokok ini dua minggu tapi kelihatan daunya layu dan ada yg gugur.. Sekarang hari2 hujan maka saya tidak siram? Apakah masalah pokok saya ini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...