>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 25 August 2014

Demi Ibu Bapa


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Demi keselesaan ibu yang kerap mengunjungi rumahnya, Raja Azhar Raja Majid, 48, mengecat serta menghias kediaman mengikut warna dan gaya kesukaan ibunya.
Kemasan dinding bercat rona lembut merah jambu diiringi pencahayaan sorot ke bawah membuatkan suasana ruang tamu sejuk dan mendamaikan. “Suasana rumah mirip atau hampir sama dengan rumah ibu bapa saya,” kata Raja Azhar.
Isterinya, Elma Noor Shaarani, 46, pula menyokong tindakan suami kerana sebelum ini dia pun melakukan yang sama
untuk ayahnya, Cikgu Shaarani Abdul Ain, dua tahun lalu.
Menurut Elma, ayahnya bekas guru besar Sekolah Rendah Tanjung Bayan, seorang yang sangat berdikari. “...selepas ibu meninggal dunia, ayah bertegas tinggal sendiri kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak. Selepas mendapat tahu ayah menghidap katarak mata, saya berusaha ‘menculik’ ayah dan membawanya ke rumah ini,” katanya.
Baca artikel penuh di sini

Thursday 21 August 2014

Semakin Dewasa Semakin Padat


Minat menghias rumah bercambah sejak remaja. Apatah lagi, emak sangat menitikberatkan kebersihan dan kekemasan rumah semenjak saya kecil. Kami diajar membuat kerja rumah, di mana setiap anak-anak mempunyai tugasan masing-masing.
Majalah Anjung Seri sentiasa menjadi pilihan saya sejak remaja hingga sekarang. Saya masih ingat lagi, sewaktu di zaman universiti, rakan sebilik sering membeli Anjung Seri setiap bulan dan saya tidak melepaskan peluang menumpang membacanya. Hendak membeli sendiri kurang berkemampuan kerana bajet terhad.
Sejak dahulu hinggalah keluaran terbaru, saya dapat merasakan pengisian majalah semakin matang dan gambar yang dipaparkan semakin hari semakin cantik, tip yang diberi sangat berguna dan praktikal.
Tanpa saya sedari, sudah 20 tahun Anjung Seri mewarnai dan menyeri dunia dekorasi tempatan. Ibarat anak kecil yang kini sudah dewasa.
Setelah memiliki rumah sendiri, semangat menghias rumah semakin membuak-buak. Semestinya Anjung Seri menjadi rujukan utama saya.
Saya melakukan sendiri kerja menata hias kediaman dengan sokongan suami tercinta. Alhamdulillah, walaupun belum siap sepenuhnya, Anjung Seri banyak memberi saya idea bernas dan kreatif dengan paparan bervariasi seiring bajet saya.
Terima kasih Anjung Seri kerana majalah ini telah menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada saya dalam merealisasikan kediaman impian dan akan sentiasa menjadi koleksi peribadi saya.
Fazalina Mohd Yusof
Kota Damansara, Petaling Jaya.

Monday 18 August 2014

Hari Keluarga Anjung Seri di Janda Baik



Hari Keluarga Anjung Seri yang menyatukan kakitangan majalah hiasan dalaman itu dengan sebahagian pembacanya berlangsung meriah selama dua hari satu malam di Harmony Excellence Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang pada Jun lalu.

Majlis itu mengisi jadual program yang diatur sepanjang tahun ini bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Anjung Seri.

Seramai 40 pembaca bertuah yang dipilih menyertainya bukan sahaja berpeluang belajar membuat hiasan kraf menggunakan tumbuhan kering, tetapi juga menguji minda dan fizikal dalam Eksplorasi Rimba.

Rombongan bertolak dari pejabat Berita Publishing Sdn Bhd pada pagi 21 Jun dan sebaik tiba di pusat percutian & latihan itu, mereka disambut dengan jamuan minum pagi sebelum menyertai demonstrasi membuat kraf oleh Attitude Planet Art (APA Art) kendalian dua rakan kongsi, Fauzi Abdul Majid@Benji dan Hisham Kamarudin@Sam.

Mereka kemudian mendengar perkongsian ilmu ‘Petua Dapur’ daripada penulis Anjung Seri, Irawati Ismail, diikuti taklimat mengenai kegiatan dan operasi Harmony Excellence oleh pengurus syarikat, Azrul Nizam Abdul Aziz.

Friday 15 August 2014

Rambang Mata Di Bali

Wanita dan membeli-belah memang tidak boleh dipisahkan. Meskipun jadual kerja padat kerana menghadiri Forum Samsung Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Nusa Dua selama tiga hari di Bali, itu tidak menghalang saya mencari masa membeli belah.
Kebetulan pusat beli-belah berdekatan, Bali Collection mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari hotel penginapan, maka itulah tempat pertama saya tuju pada hari pertama tiba di Bali.

Namun harga barang di situ mahal dan hati teringin pula hendak mencuci mata di tempat lain. Hari kedua selesai menghadiri forum, saya ditemani beberapa rakan media mengunjungi tempat menarik di sekitar Seminyak dan Jimbaran. Kebetulan pula kenalan di Bali sudi membawa kami makan angin, memang hati melonjak gembira kerana tidak perlu bersusah payah menyewa pengangkutan ke sana.
Terletak di Tabanan, iaitu kira-kira 30 minit pemanduan dari Nusa Dua, rambang mata melihat kawasan bazar dipenuhi kedai kecil menjual aneka cenderamata, aksesori hiasan diri dan pakaian. Di sini, lukisan dinding pelbagai ukuran dan motif menarik boleh diperoleh dengan harga murah, kira-kiraRM15. Begitu juga peralatan rumah semuanya berharga kira-kira RM2.
Sementara menanti matahari terbenam, saya singgah di setiap kedai melihat barang jualan yang boleh dibeli sebagai oleh-oleh. Namun hati lebih tertarik untuk membeli-belah di Agung Bali.
Satu-satunya toko terbesar di Tanah Lot, ia menawarkan aneka barang kraf dan tradisional Bali dalam satu tempat berharga kira-kira RM1 sahaja! Dengan hanya membelanjakan kira-kira RM20 yang bersamaan Rp75,000, saya berjaya membeli 10 biji pinggan hiasan dan 50 buah dompet diperbuat daripada kain batik.
Ikutkan hati memang semuanya mahu saya beli tapi apakan daya, saya tiada kudrat untuk mengangkut balik semuanya ke Malaysia!

Wednesday 13 August 2014

Pereka Bentuk Produk Mohd Sujak Hasbollah


Sejak akhir-akhir ini nama Mohd Sujak Hasbollah menjadi perbualan dan sebutan pereka perabot sama ada tempatan mahupun luar negara. Semua ini gara-gara kejayaannya melayakkan diri sebagai finalis Malaysia Mobili Milan 2014 dan Salone Satellite Award 2014, pertandingan reka cipta industri antarabangsa di Milan, Itali yang diadakan setiap tahun sejak 1998.
Kejayaan yang diraih itu adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Berkelulusan Ijazah dalam Seni Reka Industri dari Uitm Shah Alam, Mohd Sujak mempunyai sikapnya yang tidak berputus asa dan menjadikan kegagalan yang dihadapinya sebagai pelantar untuk menjadi lebih baik.
Satu demi satu produk rekaannya menerima pengiktirafan sejak tiga tahun lalu. Antaranya Top 20, Nextus Malaysia New Furniture Designer 2011, Manufacturer Choice, MIFF Ideation Award 2011, Platinum Award, MIFF Furniture Excellence Award 2013, Malaysia Good Design Mark 2013 dan Top 46 Design, MIFF 2014.

Monday 11 August 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 Meriah


Seiring dengan slogan Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) - Pilihan Tepat Anda, pelbagai jenis buku mengikut peringkat umur dipamerkan dan dijual dengan potongan harga menarik di Pesta Buku Antarabangsa 2014 di PWTC pada 23 April hingga 4 Mei lalu.
Pesta buku itu bertujuan menambah dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia di samping memberi kemudahan kepada pengunjung mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan di bawah satu bumbung. Gerai BPSB di Dewan Tun Hussein Onn dikerumuni ribuan pengunjung.
Kaunter langganan mendapat sambutan hebat daripada pengunjung yang melanggan majalah terbitan BPSB iaitu, Anjung Seri, Jelita, Malaysian Business dan Madam Chair kerana mendapat hadiah tajaan Living Palette Sdn Bhd iaitu set gelas Luminarc, bekas simpanan makanan Luminarc dan kaserol Arcuisine.

Wednesday 6 August 2014

Lain Dari Yang Lain


Alasan ingin memiliki rumah lebih besar kerana bilangan keluarga bertambah sememangnya lazim didengar. Bagaimanapun alasan hendak berpindah rumah kerana tempat letak kenderaan yang sedia ada tidak cukup besar, kali pertama saya dengar.
Jurina Azanan sengaja mencabar suami yang berhajat membeli motor berkuasa tinggi supaya mendapatkan rumah lebih besar kerana kediaman dihuni sekarang tidak mempunyai ruang di tempat letak kereta atau lebih tepat, tidak muat untuk sebiji lagi motor!
“Sebenarnya saya hanya bergurau dan tak sangka suami bersungguh-sungguh mencari rumah baru. Disebabkan kami akan berpindah di Bukit Jelutong maka saya mengajak Anjung Seri merakam gambar rumah sebagai kenang-kenangan. Berat hati sebenarnya hendak berpindah,” kata Jurina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...