>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 19 March 2014

Idea jadi realiti


Anjung Seri merupakan sumber ilham untuk semua pembaca setia tidak kira lama atau yang baru berjinak-jinak dengannya.
Kemunculan Anjung Seri setiap bulan sedikit sebanyak membantu individu yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah serta dapat merealisasikan impian jadi kenyataan.
Maka tidak dinafikan Anjung Seri senantiasa memaparkan banyak idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Begitu juga dengan saya senantiasa memanfaatkan apa juga yang menjadi sumber inspirasi menjadi realiti dalam dunia serba moden ini.
Memang tidak rugi kepada sesiapa yang menjadikan majalah Anjung Seri sebagai penambah ilmu dan bahan rujukan. Sudah berabad lamanya Anjung Seri menjadi teman sejati saya dari dulu hingga sekarang tanpa merasa jemu menatapnya. Bak kata pepatah “Teman Sejati, Sehati Sejiwa”.
Tidak semestinya apa juga perubahan susun atur yang dilakukan seseorang itu memerlukan belanja yang banyak. Gunakanlah kreativiti ilham yang diberikan oleh Anjung Seri semampu yang kita ada.
Banyak yang saya pelajari daripada Anjung Seri dan juga perkongsian ilmu dari semua pembaca yang setia. Semangat serta keikhlasan dan kesungguhan perlu ada pada diri setiap individu dalam merealisasikan impian berpandukan idea yang kreatif dan inovatif untuk menjadikan Rumahku Syurgaku. Benarlah kata ramai, Anjung Seri pemangkin sumber inspirasi yang realiti untuk dikongsi.

Kiriman e-mel,
Yasema Zainol
Bandar Tun Hussein Onn

Monday 17 March 2014

Jalan-jalan cari barang di JOHO


Terletak di dalam kawasan berpagar dan berhalaman luas, Concept Store Joho (Joho) beroperasi di sebuah bangunan lama bercat putih, di Johor Baru. Dari luar, tampil seperti kuarters kakitangan kerajaan zaman setengah abad lalu, Joho mempersembahkan konsep memanfaatkan barang lama atau terpakai untuk diguna, dijadikan hiasan dan dijual.
Pertama kali melihat tempat itu dari luar, nampak seperti biasa-biasa sahaja, dengan lanskap kosong berumput taman, membuat saya tidak teruja. Dalam hati saya tertanya-tanya apa yang menarik membuat ia menjadi destinasi pilihan lawatan program Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia (KCC1M). Saya mengikuti rombongan media KCC1M ke Johor pada November lalu.
Melangkah ke dalam, tidak banyak barang dijual selain cenderamata seperti baju T dan beg kain membawa logo Joho dalam warna hitam dan putih. Apa pun yang mencuri perhatian adalah hiasan dalamannya. Barang antik dan terpakai menjadi unsur hiasan dan kemasan dalaman seperti radio lama, kerusi rotan berkaki tinggi untuk kanak-kanak, jam dan peti barang. Barang-barang itu tidak dijual, sekadar hadir sebagai melengkapi gaya penataan.
Joho di bawah pengurusan USS Sdn Bhd diasaskan oleh sekumpulan anak muda kreatif Johor pada 2009. Penjualan barangan cenderamata eksklusif di ruang pameran itu adalah salah satu daripada kegiatan pertubuhan berkenaan.

Friday 14 March 2014

9 ilham hias halaman belakang


Jika mempunyai kawasan bertanah di bahagian belakang rumah, ia boleh diolah menjadi halaman. Sungguhpun terletak di belakang rumah dan terlindung daripada pandangan umum, taman belakang rumah boleh digayakan dengan indah dan dirancang penuh manfaat.
Sama ada ingin mengekalkan kehadiran tanah atau mahu dilepa sahaja dengan lantai simen, ia bergantung pada keperluan dan kehendak ruang tersebut.
Halaman belakang memberi lebih privacy buat anda sekeluarga. Berikut merupakan sembilan ilham membangunkan halaman belakang agar tampil menarik dan praktikal untuk gaya hidup anda sekeluarga.

Wednesday 12 March 2014

Langsir menambah seri



Tidak seperti pereka langsir lain, Pengarah Urusan Lentera Creative Home, Amran Azahar memang sangat berpengalaman dalam bab menghias tingkap. Serahkanlah apa juga gaya langsir, semuanya dapat dihasilkan dan mengubah pesona ruang menjadi sangat indah dan berbeza.

Baca artikel penuh melalui pautan --> http://anjungseri.my/2014/03/12/langsir-menambah-seri/

Monday 10 March 2014

Hasil penantian setengah tahun


“Tuan rumah memberitahu saya yang mereka gemarkan gaya moden. Berpandukan maklumat itu, saya terus melukis lakaran. Sketch itu kemudiannya kami serah kepada tuan rumah dan mereka bersetuju. Saya mengesyorkan gaya moden semasa serasi dengan penampilan zaman sekarang,” cerita Azman.
Menurutnya lagi, projek peningkatan imej rumah teres dua tingkat yang mempunyai empat bilik tidur itu mengambil masa agak lama daripada kebiasaan. Selalunya kami berjaya menyiapkan gaya penataan dalam masa dua bulan, tetapi rumah ini mengambil masa setengah tahun, termasuklah penambahan dan pengubahsuaian ruang, mereka bentuk hiasan dalaman dan menyediakan perabot.
Berikut temu bual bersama Azman berhubung kerja rekaan dalaman yang dilakukan pada rumah teres dua tingkat itu.
Klik pautan untuk membaca temubual tersebut --> http://anjungseri.my/2014/03/10/hasil-penantian-setengah-tahun/

Wednesday 5 March 2014

Resort atas air



Laut biru luas terbentang dan kejernihan tasik dikelilingi kehijauan hutan, selamanya menjadi kegilaan pencinta alam. Tidak hairanlah jika lokasi berkenaan menjadi tumpuan pengusaha hotel dan pusat peranginan untuk dijadikan lokasi percutian.

Memang benar ramai menyukai panorama laut dan tasik. Nilai keindahan berasaskan sumber alam semula jadi ciptaan tuhan sudah tentulah tidak dapat ditandingi rekaan manusia. Bak kata pakar pembangunan projek resort di atas air, Philippe Villeroux dari Perancis, “...tidak siapa boleh menyangkal keindahan semula jadi di lokasi yang masih mengekalkan keaslian alam.”

Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/03/05/resort-atas-air/

Monday 3 March 2014

Mengukir kerana minat


Saya kerap pulang ke Utara Semenanjung menjenguk mama dan papa. Di sana saya sentiasa berhadapan masalah tidak cukup masa kerana memenuhi agenda bersama mereka. Namun, baru-baru ini saya sempat berkunjung ke sebuah rumah di Taman Tunku Yaakob, Alor Setar.
Mungkin sudah ‘jodoh’ saya bertemu dan berkongsi cerita mengenai rumah teres tiga bilik milik pasangan pesara dikenali sebagai Pak Uda, 63, serta Mak Uda, 63. Keindahan hiasan rumah berbicara dalam bahasanya sendiri melalui keunikan seni kayu dan ukiran tangan Pak Uda. Wajah kediaman berkeluasan kira-kira 27 meter persegi ini mencerminkan keperibadian dan gaya hidup mereka berdua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...