>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 28 January 2015

Tips Menjaga Bunga Hiasan


Ternyata cukup sinonim kaum hawa dan bunga. Disebabkan itu, tidak hairanlah jika ramai suka menghias rumah dengan bunga. Jika jambangan bunga segar memerlukan belanja tinggi dan perlu kerap ditukar ganti, maka bunga hiasan plastik atau fabrik menjadi alternatif.
Begitu pun, bunga hiasan memerlukan penjagaan berterusan agar kekal menarik warnanya dan bebas habuk. Berikut adalah panduan mudah menjaga bunga hiasan.
1. Semburkan bancuhan air dan sedikit pencuci pinggan sehingga keseluruhan jambangan bunga betul-betul basah. Atau gunakan penyembur cucian sedia ada di pasaran.
2. Jemur bunga sehingga kering selama kira-kira tiga hingga empat jam bergantung pada cuaca.
3. Apabila kering, lap bunga tiruan dengan kain dan buang habuk secara teliti. Selak daun-daun dan lapisan bunga agar habuk yang terperangkap dapat dibuang.
4. Lakukan sebulan sekali.
5. Jika bosan, gubah semula jambangan bunga tiruan untuk mencipta suasana segar di persekitaran ruang tamu. Atau paling mudah, ubah kedudukannya ke sudut lain. Ambil jambangan bunga dari sudut lain untuk menghiasi ruang tamu pula.

Monday 26 January 2015

Pencuci Pinggan Cuci Perabot



Ramai beranggapan sabun pencuci pinggan mangkuk hanya untuk membersihkan peralatan dapur.

Begitu pun, disebabkan ia mengandungi kimia kurang berasid dan tidak menghakis berbanding sabun cuci lain, ia juga boleh dijadikan pencuci perabot taman. Campurkan sedikit sabun ke dalam air suam dan bersih bahagian terkena kotoran menggunakan air sabun.

Bilas menggunakan air dan lap menggunakan kain kering.

Monday 19 January 2015

Gaya Taman 2015

Bukan warna sahaja malah rekaan taman juga dikenal pasti berubah mengikut gaya saban tahun.
Melalui kajian dan penyelidikan daripada pakar dalam bidang seni taman serta penggemar tanaman hiasan, di bawah adalah gaya ikutan yang perlu di ambil kira dalam menghasilkan rekaan taman 2015.

TAMBAHKAN SUDUT TAMAN ORGANIK

Gaya TamanRamai sudah beralih kepada produk organik demi mengekalkan hidup yang sihat. Mengguna bahan semula jadi dan bebas campuran kimia, ia diyakini lebih selamat untuk kesihatan badan.
Sediakan satu sudut untuk anda tanam buah-buahan organik, sayursayuran organik serta herba organik.
Jadi sambil anda melayan bunga yang sedang mekar, anda juga boleh menghasilkan sumber makanan organik sendiri di satu tempat.

Friday 16 January 2015

Beli-Belah Di CIMB Property Mart


Menghadiri satu sesi lelongan hartanah pada awal November lalu di Hotel Istana,Kuala Lumpur merupakan pengalaman pertama saya. CIMB Property Mart selaku pengelola kepada acara tersebut telah melantik dua syarikat jurulelong bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun - Ng Chan Mau & Co. Sdn Bhd dan Property Auction House Sdn. Bhd.
Sambutan pada hari itu ternyata cukup mengujakan dan saya melihat betapa pegawai CIMB bertugas serta warga kerja syarikat jurulelong seakan tidak menang tangan ketika menguruskan urusan pendaftaran.
Hampir 300 pembida hadir dan orang ramai sudah mula beratur seawal jam lapan pagi. Rata-ratanya datang dari sekitar Lembah Klang.
Sebelum tarikh lelongan, maklumat mengenai hartanah yang akan dilelong sudah pun diiklankan di beberapa dada akhbar. Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menjadi pembida iaitu sebagai pembeli berpotensi untuk mendapatkan hartanah tersenarai, butiran mengenai harga dan lokasi mesti diteliti.
Menurut Timbalan Presiden Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan CIMB Property Mart, Charmaine Tan,
“Bagi yang berminat untuk mengetahui mengenai unit yang dilelong dan mahu turut serta sebagai pembida, segala maklumat berkaitan boleh diperolehi sama ada di laman sesawang rasmi CIMB bank atau media cetak yang terpilih.
Kemudian, sediakan deposit dalam bentuk bank draf sebanyak lima peratus dari jumlah harga rumah. Permulaannya, mereka sediakan lima peratus berdasarkan harga bukaan lelong yang tertera di dalam iklan.
Selepas selesai membida dan berjaya, mereka hanya perlu menambah nilai deposit tersebut mengikut perkiraan lima peratus dari harga baru. Yang itu boleh lah dibuat dalam bentuk tunai atau cek.
Bagi pembida yang tidak berjaya, deposit dalam bentuk bank draf yang perlu disertakan ketika pendaftaran tadi akan dipulangkan sebaik saja sesi lelongan selesai.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://propertymart.cimbbank.com.my atau hubungi 1300-88-0811

Monday 12 January 2015

Warna Untuk Bilik Tidur Anak Istimewa


Warna umpama penyeri dalam kehidupan seharian baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Pun begitu, susun atur juga memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak istimewa.
Berikut disertakan kesan warna dan panduan susun atur yang sesuai untuk anak-anak autisme, hiperaktif mahupun mempunyai alahan atau lelah.
Dengan adanya beberapa pelarasan kecil dilakukan anda telah berjaya menjadikan bilik tidur mereka sebuah tempat khas yang menyeronokkan.

AUTISME

Tidak semua anak autisme menyukai warna yang sama. Psikologi warna boleh merangsang mereka terdiri daripada warna hangat seperti oren, merah atau kuning.
Namun, kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati ton warna pucat seperti pale pink merupakan warna pilihan semua anak autisme. Anda juga boleh memilih warna sejuk seperti ..

Wednesday 7 January 2015

Apakah Ukuran Bilik Air Yang Sesuai?


SOALAN

Saya dalam proses mengubah suai rumah dan merancang mahu menambah bilik air di ruang menonton untuk kemudahan tetamu. Apakah ukuran bilik air yang sesuai untuk ruang menonton yang tidak terlalu besar?

JAWAPAN

Apa yang perlu ada di bilik air tetamu ialah tandas dan sink serta cermin muka. Bergantung pada keluasan, anda boleh mengasingkan tandas dan tempat berdandan atau tidak.
Anda juga boleh mengayakan bilik air itu mengikut kesukaan tetapi biarlah ringkas dan tidak berserabut. Pilih gandingan warna sejuk dan hangat seperti kelabu nipis serta kuning cair untuk menyuntik keanggunan bilik air. Saya cadangkan kemasan jubin kelabu di bahagian sink.
Gantung cermin bujur dan sepasang lampu dinding pada bahagian kiri dan kanan cermin. Susun losen, tisu, sabun tangan dan jambangan bunga segar di dalam bakul di tepi sink.
Tempatkan pokok hiasan di dalam pasu dan gantung gambar pemandangan.

Monday 5 January 2015

8 Rona Kedamaian


Warna diakui boleh mengubah ragam perasaan seseorang. Warna juga mempunyai impak besar di dalam rumah seperti memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan perasaan akibat penat selepas seharian bekerja.
Malah kepercayaan Feng Shui mendakwa warna boleh mengurangkan tenaga negatif di dalam rumah.
Ia dibuktikan lagi melalui kajian oleh beberapa penyelidik dari Universiti Minnesota yang mana mereka mendapati setiap warna mempunyai kesan berlainan pada seseorang baik dari segi fizikal mahupun mental.
Oleh itu, jika anda mengalami kemurungan, mudah tertekan dan sebagainya, apa kata cuba warna ini di kediaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...