>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Mengenai Kami

Penggalak Seni, Sumber Inspirasi

Anjung Seri, majalah hiasan dalaman, seni bina dan landskap berbahasa Melayu mula diterbitkan pada Oktober 1993.

Majalah bulanan terbitan Berita Publishing Sdn Bhd ini berusaha mendidik masyarakat betapa pentingnya mewujudkan satu suasana tempat tinggal yang selesa, indah dan nyaman.

Matlamat

Memberi peluang masyarakat menyelami dunia hiasan dalaman, lanskap dan seni bina secara lebih dekat.
Meningkatkan pengetahuan masyarakat menyelami hiasan dalaman, lanskap dan seni bina menerusi maklumat yang disalurkan.
Menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk mengindahkan kediaman dan seterusnya menggalakkan perkembangan seni rekaan dalaman, lanskap dan reka bentuk bangunan.
Menyokong dan menggalakkan perkembangan industri yang berkaitan seperti hartanah, bekalan bahan binaan, perabot, perhiasan dan kemasan serta panduan penyelenggaraan rumah.

Slogan Keramat 'Mewarna & Menyeri'

Benih disemai, Buah dituai

Anjung Seri semakin mekar bersama peredaran waktu. Kajian penyelidik bebas Synovate mencatat jumlah pembaca terkini Anjung Seri ialah seramai lebih 326,000 orang.  Ini sekali gus menjadikan Anjung Seri majalah hiasan dalaman seni bina dan lanskap berbahasa Melayu No 1 di Malaysia. Majalah ini juga dijual di Singapura dan Brunei.

Sokongan oleh pengiklan juga secara tidak langsung memberi pendedahan lebih meluas kepada pembaca untuk mengetahui dan mendekati barangan serta perkhidmatan berkaitan hiasan dalaman, seni bina dan lanskap yang ditawarkan. Anjung Seri menjadi majalah dekor berbahasa Melayu pilihan utama pengiklan.

Anjung Seri adalah sumber rujukan semua lapisan masyarakat, daripada golongan suri rumah sehinggalah kepada ahli profesional dan pelajar pusat pengajian tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...