>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 25 March 2015

12 Rahsia Di Dapur


Jadikan dapur anda sentiasa dalam keadaan tip-top dan bersedia menerima kunjungan sesiapa sahaja tanpa anda berasa malu mahupun bimbang kalau sink tersumbat atau tuala tangan lembap ataupun periuk belanga bersimpang-siur.
Segar dan bersih dengan idea hiasan menarik pasti membuatkan ruang dapur anda satu tempat yang menyeronokkan!
Anda tentu tidak kisah untuk berada lama di ruang dapur kalau suasana yang diidamkan wujud di sini dan semua yang diperlukan juga ada di sini. Kami perturunkan 12 cara terbaik mewujudkan ruang dapur kemas dan bersih.
Martha Stewart, 'maharani' masakan dan hiasan dalaman turut berkongsi pendapatnya. Barangkali sebahagian besar cara yang dikemukakan ini sudah pun anda ketahui cuma belum dilaksanakan lagi.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, bertindak sekarang!

Monday 23 March 2015

5 Unsur Utama Menghias Ruang Tamu Agar Nampak Mewah


Betul, kerja menghias tidak memerlukan sebarang aturan rasmi. Namun dengan sedikit pengetahuan pastinya memudahkan kita untuk membuat perancangan. Paling penting di peringkat awal adalah menentukan gaya hiasan yang hendak dipersembahkan.
Kali ini kami mengetengahkan unsur mewah dalam penataan ruang tamu. Ya, penerapan unsur mewah bukan hanya milik orang berada atau sesuai digayakan di banglo besar sahaja. Semua orang boleh menerapkan unsur ini selagi ada keinginan dan mengikut kemampuan wang yang ada.
Tipulah kalau tidak ada sekelumit pun perasaan untuk memiliki ruang tamu mewah lagi bergaya seperti di rumah orang kaya. Anda mungkin tidak mampu menyediakan ruang sebegitu gah dengan sekelip mata seperti orang ada-ada, tapi pernah dengar peribahasa 'sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit"? Maknanya kalau kemampuan terhad buatlah berdikit-dikit sehingga akhirnya kita berjaya menyempurnakan gaya hiasan mewah yang diimpikan.
Apakah unsur-unsur tersebut? Baca di sini

Thursday 19 March 2015

10 Makanan Tidak Sesuai Disimpan Di Dalam Peti Sejuk


Peti sejuk adalah antara kelengkapan yang mesti ada di hampir setiap rumah.
Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyimpan bahan mentah seperti ikan dan daging serta lebihan makanan, peti sejuk juga diguna untuk mendinginkan minuman dan makanan kegemaran supaya lebih enak sewaktu diminum dan dimakan.
Namun tidak semua bahan makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk kerana persekitaran yang lembap dan dingin boleh mengurangkan rasa serta menjejas teksturnya.
Berikut adalah barang makanan yang tidak sesuai untuk simpanan peti sejuk.

Monday 16 March 2015

Ubi Berkhasiat Tinggi


Ubi garut atau nama Inggerisnya Arrowroot berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan. Dikenali juga dengan nama botaninya Maranta arundinacea L, ia adalah pokok herba yang tumbuh berumpun serta banyak dijumpai di negara beriklim tropika dan bukan tropika.
Ubi garut juga dipanggil ubi bemban, ubi larut, ubi sagu, ubi sakut, ubi sagu Belanda dan sagu betawi.
Pokok daripada keluarga Marantaceae ini adalah sejenis rizom yang membesar dalam tanah, berbentuk bulat dan runcing di hujung manakala daunnya bujur telur atau mata lembing yang tersusun secara berselang-seli ataupun memanjang. Bunganya yang berbentuk tiub pula berwarna putih dan condong ke tanah.
Rupanya hampir menyamai lengkuas atau halia, tetapi rasanya tetap seperti ubi yang lain - manis dan berserat. Ukuran dan bentuk ubinya bagaimanapun berlainan mengikut spesies.
Ubi garut mengandungi kanji, protein, lemak, serat, gula dan resin serta fitokimia seperti beta karotena, niasin, tiamina dan riboflavin. Kandungan kanjinya pula mengandungi amilase dan kalium.

Friday 13 March 2015

Bilik Air Sentiasa Kemas


Memastikan barangan di bilik air sentiasa kemas dan tersusun sebenarnya sangat mudah asalkan anda merancang susun aturnya.
1. Perhatikan sekeliling bilik air, adakah ruang kosong di atas lantai atau di dinding? Sudahkah anda manfaatkan ruang di bawah sink? Sudahkah anda gantung rak di atas sink.
2. Kalau belum, anda boleh melakukannya sekarang menerusi penyediaan tempat penyimpanan dengan memaksimumkan mana-mana ruang kosong di dalam bilik air.
3. Sediakan rak bertingkat di penjuru untuk meletak barang mandian. Kalau tidak mahu menggunakan ruang lantai boleh beli rak jenis gantung di dinding.
4. Sediakan rak berpintu cermin di atas sink dan kotak atau rak berlaci di bawah sink. Anda boleh mengupah kontraktor untuk memasang rak itu atau beli sahaja kotak siap diguna.
Bahkan ruang dinding di atas pam mangkuk tandas jenis duduk pun boleh dimanfaatkan untuk menggantung tempat penyimpanan tambahan .
5. Kaedah lain yang lebih murah adalah dengan menggunakan semula bekas penyimpanan lama seperti bakul serba guna atau rak bertingkat plastik.
Bekas yang sudah lama tersimpan di dalam stor itu boleh dijadikan tempat menyimpan tuala tangan dan tuala muka serta barang dandanan diri.
Troli juga boleh digunakan jika ruang mandi dibina terpisah daripada mangkuk tandas atau ruang mandi dipasang tabir.
6. Jika tiada ruang kosong lagi di kawasan lantai atau sekitarnya, cuba berfikir menegak, iaitu salah satu kaedah berfikir di luar kotak ;-).
Kita boleh cipta ruang penyimpanan secara menegak seperti menambah para-para, rak gantung, rel tuala dan beberapa penyangkut, semuanya dipasang di dinding tanpa mewujudkan sebarang halangan pun di kawasan lantai.
7. Akhir sekali, dalam keseronokan mencipta ruang tambahan, pastikan keadaan di dalam bilik air tidak terlalu padat sehingga kita berasa rimas dan lemas pula hendak mandi atau melepas hajat.
Satu lagi, dan ini sangat penting, iaitu anda meletakkan semula barang yang sudah diguna di tempat asalnya supaya tidaklah nampak bersepah. Apa gunanya ada tempat penyimpanan kalau barangan mandian masih diletakkan di merata tempat!

Wednesday 11 March 2015

Buruk-Baik Berkongsi Bilik


Sesetengah ibu bapa memang memilih untuk berkongsi bilik bersama anak kecil, khususnya yang masih bayi. Mereka akan menyediakan katil bayi di dalam bilik tidur atau bayi itu tidur bersama mereka di atas katil kelamin.
Selain itu, ada pula anak-anak yang terpaksa berkongsi bilik, terutama di kalangan keluarga yang mempunyai rumah kecil dan jumlah bilik tidur terhad. Selesa mana pun kita tidur sebilik dengan anak kecil atau serasi mana pun adik-beradik berkongsi bilik, hakikatnya lama-kelamaan anak-anak akan membesar dan memerlukan ruang privasi masing-masing.
Namun sebelum bayi anda membesar menjadi kanak-kanak dan boleh berpindah tidur sendirian di dalam biliknya atau sementara anda dapat menyediakan bilik yang mencukupi untuk setiap anak, masing-masing terpaksa akur dengan keadaan semasa. Tidak ada buruknya berkongsi bilik kerana dalam setiap keburukan ada kebaikan.

Monday 9 March 2015

Dulu Seorang Kini Berdua


Lapan tahun menduda akhirnya Julfekar Ahmad Shah, 50 tunduk kepada ketentuan Ilahi apabila bertemu jodoh dengan Min Yasmin Abdul Aziz, 26. Perubahan dalam kehidupan peribadinya itu turut membawa bersama perubahan dalam suasana kediamannya yang menyaksikan sebuah rumah bujang serba santai bertukar menjadi rumah kelamin yang lebih indah dan teratur. Itulah yang berlaku ke atas unit kondominium Julfekar selepas mendirikan rumahtangga dengan Min Yasmin pada April tahun lalu.
“Sebaik saja berkahwin kami terus sepakat untuk menghias semula rumah bujang Julfekar ini. Kediaman dulu tu memang ‘bujang’ sangat,” kata Min Yasmin, tersenyum.
Mereka menyerahkan kerja menghias semula kepada juruhias dalaman Siti Hawa Ismail. Kedua-dua Julfekar dan Min Yasmin memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk mencantikkan kediaman mereka. Namun pada masa yang sama juga mereka duduk berbincang mengenai apa yang perlu dan sesuai, terutama dalam memilih warna serta corak kemasan.

Monday 2 March 2015

Membesar Dengan Anjung Seri


Tugasnya di awan biru membawa beliau ke banyak negara. Ini juga secara tidak langsung memberi beliau peluang tinggal di hotel luar negara. Kekerapan kunjungan itu seterusnya membuatkan beliau jatuh cinta dengan dekorasi setiap hotel yang dikunjunginya. Lalu digarapnya semua ilham dan inspirasi itu di kediaman merekamenjadi satu persembahan dekor yang memukau pandangan.
“Saya suka gaya beberapa hotel di London, Paris dan di sesetengah ibu kota negara Eropah lain yang masih mengekalkan ciri klasik biarpun tidak seratus peratus kerana diadun dengan gaya kontemporari. Menariknya, biarpun keluasan bilik terhad pihak pengurusan hotel di sana masih mampu mengasingkan suasana ruang tamu, sudut bekerja dan ruang tidur seolah-olah ia dalam kawasan yang berbeza sedangkan hakikatnya saling berpautan.
“Sebahagian besar hotel masih mengekalkan penggunaan sofa fabrik bersayap atau sofa kulit chesterfield ataupun grandmother chair, set meja kerja kayu dan katil berkepala kayu. Mereka sangat bangga dengan rekaan perabot tradisional mereka dan tidak tergesa-gesa menukar kepadaperabot moden,” jelasnya, yang hanya mahu dikenali sebagai Nana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...