>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 13 March 2015

Bilik Air Sentiasa Kemas


Memastikan barangan di bilik air sentiasa kemas dan tersusun sebenarnya sangat mudah asalkan anda merancang susun aturnya.
1. Perhatikan sekeliling bilik air, adakah ruang kosong di atas lantai atau di dinding? Sudahkah anda manfaatkan ruang di bawah sink? Sudahkah anda gantung rak di atas sink.
2. Kalau belum, anda boleh melakukannya sekarang menerusi penyediaan tempat penyimpanan dengan memaksimumkan mana-mana ruang kosong di dalam bilik air.
3. Sediakan rak bertingkat di penjuru untuk meletak barang mandian. Kalau tidak mahu menggunakan ruang lantai boleh beli rak jenis gantung di dinding.
4. Sediakan rak berpintu cermin di atas sink dan kotak atau rak berlaci di bawah sink. Anda boleh mengupah kontraktor untuk memasang rak itu atau beli sahaja kotak siap diguna.
Bahkan ruang dinding di atas pam mangkuk tandas jenis duduk pun boleh dimanfaatkan untuk menggantung tempat penyimpanan tambahan .
5. Kaedah lain yang lebih murah adalah dengan menggunakan semula bekas penyimpanan lama seperti bakul serba guna atau rak bertingkat plastik.
Bekas yang sudah lama tersimpan di dalam stor itu boleh dijadikan tempat menyimpan tuala tangan dan tuala muka serta barang dandanan diri.
Troli juga boleh digunakan jika ruang mandi dibina terpisah daripada mangkuk tandas atau ruang mandi dipasang tabir.
6. Jika tiada ruang kosong lagi di kawasan lantai atau sekitarnya, cuba berfikir menegak, iaitu salah satu kaedah berfikir di luar kotak ;-).
Kita boleh cipta ruang penyimpanan secara menegak seperti menambah para-para, rak gantung, rel tuala dan beberapa penyangkut, semuanya dipasang di dinding tanpa mewujudkan sebarang halangan pun di kawasan lantai.
7. Akhir sekali, dalam keseronokan mencipta ruang tambahan, pastikan keadaan di dalam bilik air tidak terlalu padat sehingga kita berasa rimas dan lemas pula hendak mandi atau melepas hajat.
Satu lagi, dan ini sangat penting, iaitu anda meletakkan semula barang yang sudah diguna di tempat asalnya supaya tidaklah nampak bersepah. Apa gunanya ada tempat penyimpanan kalau barangan mandian masih diletakkan di merata tempat!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...