>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 28 August 2013

MELABUR HARTANAH SERENDAH RM500

 Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 3.25 sen seunit untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2013. Agihan itu berpandukan ukur rujuk prestasi 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamik Berhad yang membawa pulangan pendapatan tahunan 6.6 peratus. Hai, bertuah sungguh pemegang unit AHB! Agihan pendapatan ini adalah yang kelima dibuat sejak AHB diperkenalkan pada November 2010.



Pernahkah anda mendengar mengenai pelaburan AHB? Sungguhpun ia dilancarkan lebih dua tahun lepas, masih ada antara kita yang kurang peka dan tidak mengambil tahu mengenai dana pelaburan itu.
Saya berasa terpanggil untuk berkongsi maklumat dan betapa beruntungnya memiliki aset hartanah seperti ini kerana ia menawarkan pelaburan jangka panjang yang selamat dan aktif. Pada masa sama saya juga berdepan dengan rakan taulan yang tidak tahu mengenainya.
Kami suka bersembang perihal harga rumah, pinjaman perumahan dan peluang menjana pendapatan tambahan bagi membolehkan pembelian aset rumah. Namun apabila dimaklumkan mengenai pengumuman agihan oleh AHB, masing-masing mengerut dahi! Mungkin juga kerana masih muda, jadi mereka tidak terlalu mencari dan mengkaji peluang-peluang yang ditawarkan dalam aset hartanah.

...

Untuk mengetahui lebih banyak info mengenai topik ini, dapatkan Anjung Seri Ogos di pasaran sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...