Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 3.25 sen seunit untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2013. Agihan itu berpandukan ukur rujuk prestasi 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamik Berhad yang membawa pulangan pendapatan tahunan 6.6 peratus. Hai, bertuah sungguh pemegang unit AHB! Agihan pendapatan ini adalah yang kelima dibuat sejak AHB diperkenalkan pada November 2010.
Showing posts with label Info Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Info Hartanah. Show all posts
Wednesday, 28 August 2013
Friday, 21 June 2013
Khidmat Ejen Hartanah - Jual Pada Harga Terbaik
Bagaimanakah merancang penjualan aset hartanah bagi memastikan ia berbaloi apabila dilepaskan? Menjual rumah bukanlah perkara mudah sekiranya kita tidak arif mengenai selok-belok pasaran hartanah. Oleh itu, melantik ejen atau perunding berpengalaman dan berpengetahuan mendalam adalah jalan terbaik.
Singkirkan rasa gusar atau pendapat bahawa khidmat ejen hartanah hanya akan menambahkan kos. Hakikatnya, membina hubungan kerja yang baik dengan ejen hartanah dapat membantu mengurangkan
tekanan dan menjadikan proses jualan lebih mudah. Beri perhatian kepada perihal utama anda, iaitu menjual aset pada harga terbaik.
Wednesday, 24 April 2013
Panduan Pilih Hartanah Untuk Pelaburan
Saya yakin ramai yang teringin untuk membuat pelaburan hartanah. Mengapa tidak? Lebih-lebih lagi apabila kita tahu pelaburan jenis ini menjanjikan pulangan lumayan. Ada yang berjaya menjadikan pelaburan mereka kepada satu bentuk perniagaan menguntungkan. Ada juga yang bijak merancang strategi agar mereka selesa menikmati pendapatan pasif setiap bulan. Bagaimana mereka melakukannya?
Friday, 22 March 2013
Friday, 25 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)










