>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 24 April 2013

Panduan Pilih Hartanah Untuk Pelaburan


Saya yakin ramai yang teringin untuk membuat pelaburan hartanah. Mengapa tidak? Lebih-lebih lagi apabila kita tahu pelaburan jenis ini menjanjikan pulangan lumayan. Ada yang berjaya menjadikan pelaburan mereka kepada satu bentuk perniagaan menguntungkan. Ada juga yang bijak merancang strategi agar mereka selesa menikmati pendapatan pasif setiap bulan. Bagaimana mereka melakukannya?



Setiap perkara bermula dengan langkah pertama. Oleh itu, diharapkan panduan ringkas ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai pelaburan hartanah.


1. Lokasi
Kedudukan strategik menentukan harga, risiko dan pulangan sesuatu hartanah. Lokasi yang sering menjadi tumpuan adalah yang terletak berdekatan kawasan perindustrian, sekolah atau institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti.

2. Rekod pemaju
Sebaik-baiknya cari pemaju yang mempunyai rekod baik dalam mutu pembangunan atau sudah mempunyai portfolio membina rumah. Adakah pemaju menghasilkan produk bermutu? Berjayakah setiap kerja pembinaan yang dijalankan? Persoalan ini perlu diambil kira agar kita mendapat maklumat dan panduan
tepat mengenai kawasan serta produk pelaburan.

3. Faktor pengurusan
Sekiranya hartanah yang ingin dibeli adalah jenis kondominium dan pangsapuri, sebaik-baiknya kenal pasti dahulu tahap pengawasan atau penyeliaan yang disediakan oleh pemaju.

...
Mahu lebih tips? Ikuti panduan yang selanjutnya di dalam Anjung Seri April 2013 di pasaran sekarang.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...