>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 21 June 2013

Khidmat Ejen Hartanah - Jual Pada Harga Terbaik


Bagaimanakah merancang penjualan aset hartanah bagi memastikan ia berbaloi apabila dilepaskan? Menjual rumah bukanlah perkara mudah sekiranya kita tidak arif mengenai selok-belok pasaran hartanah. Oleh itu, melantik ejen atau perunding berpengalaman dan berpengetahuan mendalam adalah jalan terbaik.
Singkirkan rasa gusar atau pendapat bahawa khidmat ejen hartanah hanya akan menambahkan kos. Hakikatnya, membina hubungan kerja yang baik dengan ejen hartanah dapat membantu mengurangkan
tekanan dan menjadikan proses jualan lebih mudah. Beri perhatian kepada perihal utama anda, iaitu menjual aset pada harga terbaik.




Pertimbangkan perihal berikut sebelum melantik mana-mana agen:

Selidik latar belakang
Awas, jangan memilih sembarangan! Selidik latar belakang dan dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai agensi hartanah di sekitar kawasan perumahan anda. Semak bidang tugas (portfolio) mereka, sama ada berpengalaman dalam menjual hartanah yang sama dan bagaimanakah sikap atau cara bekerja ejen yang berada di bawah seliaan mereka.

Pilih ejen berdaftar
Pilih perunding bertauliah, iaitu yang mempunyai lesen sah dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH). Ditubuhkan pada 1981, LPPEH adalah sebuah badan di bawah Kementerian Kewangan.

Mudah dibawa berbincang
Jangan memilih ejen berdasarkan keupayaannya meletakkan nilai jualan yang tinggi semata-mata. Sebaik-baiknya pilih ejen yang anda rasakan mudah untuk bekerjasama dan mempunyai keperibadian mesra agar kedua-dua pihak selesa berhubung serta berbincang.

Mengikat janji
Selepas memilih untuk menggunakan khidmat seorang ejen, anda perlu menandatangani sebuah perjanjian atau kontrak. Jika boleh, usulkan kepada mereka untuk menyediakan kontrak pendek yang membolehkan anda untuk menyambung atau memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan ejen berkenaan jika anda berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan.

...
Dapatkan Anjung Seri Jun untuk mengetahui lebih lanjut tips-tips ini.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...