>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 19 August 2013

Umpama Rumah Percutian

Berkeluasan kira-kira 557.42 meter persegi, banglo dua tingkat ini terletak di tengah-tengah Bandar Sunway. Suasana di luar rumah memang agak bising tetapi sebaik melangkah pintu pagar, sepasang telinga saya menangkap bunyi air terjun. Bermula dari bunyi itulah saya berjaya menyingkap rahsia mengapa Pushpalatha dan suami, Araasu Munisamy, 55, tidak berkeluh-kesah dengan masalah bunyi bising yang datang dari arah lebuh raya.
Rupa-rupanya bunyi air terjun buatan di tepi rumah menawarkan ketenangan kepada keluarga ini. Halaman yang luas memberi peluang kepada mereka membina kolam renang.

Ruang tamu bersiling cove diterangi lampu alabaster menampilkan perabot bergaya Eropah merangkumi sepasang sofa grandmother, sofa couch, otoman dan sofa
fabrik 3+2.


Di ruang makan pula tuan rumah menggunakan kerusi rekaan hepplewhite, meja panjang dan kabinet hiasan rendah bertatah kulit tiram.
Kemasan siling di situ pula dibina bertingkat dan dihias birai kayu. Jambangan lili stargazer dalam bekas kristal di atas meja mengharumkan ruang makan.

“Saya memang sukakan kemasan kayu kerana iaevergreen menawarkan terapi kepada saya dan suamisetiap kali berada di dalam bilik tidur.”

...
Untuk mengetahui lebih lanjut rumah yang cantik ini, dapatkan Anjung Seri Ogos di pasaran sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...