>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 30 August 2013

Inilah Ilhamku

Cikgu Khadijah Yaakub, 55 dan suami Mohammad Faisal Napiah, 56 adalah pembaca tegar Anjung Seri. Sudah lama mereka menunggu kunjungan Anjung Seri ke rumah namun baru tahun ini hasrat itu kesampaian apabila jurugambar Jahariya Dominicus berkunjung ke rumahnya. Ikuti luahan rasa Cikgu Khadijah mengenai rumahnya.


Saya berasal dari Kampung Berkat, Maran, Pahang manakala suami berasal dari Kampung Parit Abas, Kuala Kurau, Perak. Saya bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Taiping, Perak, sedang suami ialah Pegawai Pemeriksa KWSP,Cawangan Taiping.
Memiliki rumah yang cantik kemas adalah impian saya sejak remaja lagi. Selepas berkahwin dan mendiami rumah sendiri, saya selalu menggunting gambar hiasan rumah dari pelbagai majalah sebagai panduan menghias.
Suatu hari saya ke kedai buku untuk mencari majalah berkaitan wanita. Suami yang menjadi peneman secara tiba-tiba menunjukkan majalah Anjung Seri. Saya membelek-beleknya dan terpaku seketika kerana apa yang saya inginkan ada di dalam majalah itu. Saya juga tertarik dengan mutu kertas yang digunakan dan gambar yang menarik serta tidak jemu mata memandang. Dalam hati saya bertekad menyimpan majalah ini sebagai rujukan.

Ruang tamu utama untuk merai tetamu dewasa atau dijadikan tempat berbincang.
Perabot kayu jati menjadi pilihan saya kerana tahan lama dan tahan lasak.
Ruang tamu
kedua dijadikan ruang menonton televisyen.
...

Dapatkan Anjung Seri Ogos untuk mengetahui cerita penuh mengenai pemilik dan rumah ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...