>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 26 August 2013

Sekeluarga Baiki Rumah

Dari luar, rumah itu memang nampak usang namun mereka cuba berprasangka baik mengenainya. Apabila sudah mendapat kunci rumahdan melihat sendiri keadaan di dalam, Anis Syuhada Azmi Najib, 25,termenung. Dia tidak menyangka bahawa keadaan di dalam rumah yangterabai beberapa tahun itu sebenarnya sangat mengecewakan.



Rumah teres setingkat di Kajang itu dibeli pada 2008 oleh Sharizal Ahmad, 35 sewaktu masih menjadi tunangan Anis Syuhada. Apabila ibu Anis Syuhada, Puan Fauziah Said, 49 memaklumkan mengenai rumah lot paling tepi yang sederet kediamannya hendak dilelong; Anis Syuhada dan Sharizal tidak bertangguh menghubungi pihak berkenaan untuk membeli. “Kami sangat terperanjat melihat keadaan di dalam rumah yang sangat teruk dan menyedihkan. Ketiga-tiga pintu bilik hilang, kemasan lantai pecah dengan sebahagiannya berlumut tebal dan berdebu. Sesetengah kemasan dinding menyerpih.
Tandasnya sangat kotor dan sebahagian perkakas bilik air tidak boleh digunakan. Di luar rumah pula, sebahagian pagar mengelilingi mencium tanah,” kata Anis Syuhada mengimbas kenangan kali pertama mengunjungi rumah itu.

Anis Syuhada menuangkan air ke dalam jag sambil mendengar saya dan ibunya, Fauziah (bertudung kelabu) berbual. Kami disajikan dengan mi kari dan kek gula hangus yang dimasak oleh Fauziah.

Ringkas tetapi menarik, tidak banyak perabot ditempatkan di ruang tamu kerana keluarga ini lebih selesa menonton sambil berbaring di sini.

“Halaman luar rumah kami wujudkan taman berkonsep pusat peranginan. Kalau ibu dan bapa saya datang, kami akan berbual-bual di sini sambil menikmati udara petang. Ada juga jiran singgah memuji halaman kami kerana mereka tidak menyangka kami mampu mengubah suasana rumah ini seperti sekarang.”

...
Dapatkan Anjung Seri Ogos untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah cantik ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...