>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.
Showing posts with label Sanggar. Show all posts
Showing posts with label Sanggar. Show all posts

Friday, 23 August 2013

6 LANGKAH UBAH WAJAH BILIK TIDUR

Sarung kusyen, sarung sofa dan permaidani di ruang tamu sudah bertukar baru. Begitu juga dengan kemasan langsir dan alas meja. Semua serba baru, maklumlah raya hampir tiba. Terlalu fokus dengan ruang tamu dan ruang makan hingga terabai dengan keperluan hiasan di bilik tidur.
Pernah berhadapan dengan keadaan, tetamu minta izin menggunakan bilik tidur untuk menukar pakaian atau hendak menidurkan anak yang meragam? Lebih-lebih lagi dalam musim perayaan, bilik tetamu pun sudah dihuni saudara-mara dari jauh, jadi terpaksalah anda membenarkan tetamu tadi menggunakan bilik tidur anda. Apa agaknya akan terjadi seandainya keadaan bilik tidur anda bersepah dan berkecah?


Friday, 16 August 2013

20 JAMBANGAN BUNGA SEMPENA AIDILFITRI

Menjelang musim perayaan, pasti ramai mengadakan majlis rumah terbuka. Sudah tentulah jambangan bunga segar dan tiruan menjadi pilihan sebagai dekorasi utama untuk mengindahkan lagi suasana kediaman. Jambangan bunga tiruan yang siap digubah sudah mudah ditemui di kedai hiasan dalaman.
Bagaimanapun jika anda seorang yang kreatif dan berbakat, elakkan membazir sebaliknya gubah semula jambangan bunga tiruan kepada bentuk baru. Bunga kraf atau bunga tiruan boleh nampak mahal jika kita bijak menggubahnya. Memang tidak mungkin keindahan bunga tiruan mampu menandingi bunga hidup, namun penggunaannya lebih praktikal dan menjimatkan. Kita juga dapat melestarikan dan menjaga keindahan flora dengan memilih bunga tiruan sebagai hiasan di rumah.

Monday, 12 August 2013

GAYA MAKAN BERHIDANG

Setiap kali tiba musim raya, agenda utama bagi yang mampu selain menyediakan pakaian baru untuk ahli keluarga dan menghias rumah ialah memikirkan mengenai majlis rumah terbuka. Menyebut mengenainya, terbayang pula pelbagai juadah yang dihidangkan kepada tetamu sama ada di rumah ataupun di dewan. Dalam hal ini, kreativiti seni penataan meja dan tempat hidangan menyaksikan pelbagai gaya persembahan sehingga mencuri perhatian. Hakikatnya, gaya menghidang juga termasuk dalam kategori seni hiasan ruang yang harus diberi perhatian dalam meraikan kunjungan tetamu, sama ada untuk majlis makan berhidang mahupun berselerak.


Wednesday, 31 July 2013

UPHOLSTERI MENAMBAH SERI

Kerja mencantikkan rumah sudah menjadi rutin penting menjelang Aidilfitri.  Serba-serbi mahu ditukar dan kadangkala kita mengambil langkah mudah dengan membeli yang baru. Gedung beli-belah pula mengambil kesempatan merancakkan kemeriahan Hari Raya dengan menawarkan pelbagai potongan harga menarik dan yang paling menyerlah adalah promosi fabrik. Daripada langsir sehinggalah kepada alas meja, kemasan fabrik rumah memang menjadi tumpuan.

Monday, 15 July 2013

20 Perhiasan Bawa Perubahan

Unsur hiasan adalah satu lagi senarai keperluan yang lazim juga dicari setiap kali tiba Aidilfitri. Sama ada perhiasan kecil mahupun besar, kehadirannya dapat menambah seri dan menghidupkan ruang yang dibentuk. Kadang kala dengan hanya meletakkan satu perhiasan sudah cukup untuk membawa pembaharuan. Begitu juga wajah sesebuah ruang akan serta-merta berubah menjadi lebih memikat apabila menambah perhiasan baru atau mengganti perhiasan yang lama. Kalau sudah jemu dengan perhiasan sedia ada maka inilah masa sesuai untuk mencari yang lain.


Juraian bebola aneka warna.

Friday, 17 May 2013

Pendapat 20 pendidik - Rumah Cantik

Bagaimanakah kita mentafsir kecantikan sesebuah kediaman? Besarnya kah? Mewah perabotnya kah? Mahal perhiasannya kah? Tinggi cita rasa gayanya kah? Jawapannya terletak pada diri masing-masing. Kami menemubual 20 pendidik untuk bertanyakan pendapat mereka mengenai rumah yang cantik.
Norazlina Kamarudin
Guru Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Jalan Raja
Muda, Kuala Lumpur

Rumah cantik bagi saya mestilah selesa. Keindahan rumah pula bergantung kepada penilaian dan
pandangan tuan rumah. Hiasan di dalam rumah tidak perlu mahal sehingga terpaksa berbelanja ribuan
ringgit. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing dalam memilih perhiasan dan perabot.
Sebenarnya barangan berharga murah atau berpatutan sudah memadai untuk kita menghias rumah
cantik dan sempurna.


Wednesday, 10 April 2013

20 Kaedah Mudah Hias Ruang Makan


Setiap rumah pasti memiliki ruang makan, tidak kiralah sama ada luas mahupun sempit. Persoalannya,
apakah ruang makan itu dimanfaatkan sepenuhnya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...