Thursday, 8 May 2014
Cikgu Bahasa Malaysia Bijak Membahagi Tiga Tugas
Beliau memikul tugas ‘3M’ serentak. Beliau tekun mengajar. Beliau rajin meniaga. Pada masa yang sama beliau juga gemar menghias rumah. Guru di Sekolah Antarabangsa Parkcity ini tidak keberatan melaksanakan tanggungjawab yang berbeza itu kerana minatnya yang mendalam terhadap ketiga-tiganya.
Ingatkan rumah orang bujang biasa-biasa saja penampilannya. Namun sangkaan saya meleset. Langkah saya terhenti seketika tatkala memasuki kediaman Nizam Samad, 34. Apartmen tiga bilik tidur yang didiami bersama seorang rakannya sejak empat tahun lalu langsung tidak kelihatan seperti rumah orang bujang.
Klik pautan untuk membaca kisah seterusnya --> http://anjungseri.my/2014/05/08/cikgu-bahasa-malaysia-bijak-membahagi-tiga-tugas/
Monday, 28 April 2014
Limau nipis buang sisa
Selepas menggunakan pemarut, lalukan air untuk membuang sisa bahan yang diparut. Tetapi jika ada yang degil dan sukar dikeluarkan, anda boleh gunakan lemon atau limau nipis.
Belah menjadi dua dan gosok isi limau pada permukaan pemarut. Bukan sahaja sisa bahan tertanggal malah pemarut menjadi lebih bersinar.
Untuk lebih banyak petua kecantikan dan petua kesihatan, sila layari laman web Anjung Seri.
Untuk lebih banyak petua kecantikan dan petua kesihatan, sila layari laman web Anjung Seri.
Monday, 21 April 2014
Mengubah Suai Rumah Dengan Pembiyaan Semula Pinjaman
Idea mengubahsuai adalah satu langkah bijak untuk menambah nilai rumah.
Walaupun ini cara paling mudah bagi tujuan itu, namun kerja mengubah suai memerlukan banyak duit. Tidak semua proses ubah suai atau mencantikkan rupa kediaman dapat meningkatkan harga jualan atau kadar sewa.
Jika tersilap membuat pilihan atau terlalu terburu-buru membuat keputusan, berkemungkinan akan berdepan dengan kerugian apabila mengubah suai. Takut nanti, impian untuk mendapatkan pulangan maksimum tidak kesampaian.
Mengecat baru menggunakan jenama cat mahal, melepa siling, menukar jubin lantai atau membuat pagar automatik bukanlah ciri pengubahsuaian efektif yang mampu menaikkan kadar sewa atau nilai jualan rumah.
Sebaliknya, idea begini hanya mempengaruhi wajah kediaman dari segi ‘kosmetik’ dan dilihat sebagai percaturan tidak memberi sebarang nilai tambah atau membantu melonjakkan lagi nilai asal.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/04/21/mengubah-suai-rumah-dengan-pembiyaan-semula-pinjaman/
Friday, 18 April 2014
Jalan-jalan cari barang : Kedai Upholsteri
Sesetengah barang menyimpan nilai kenangan sangat peribadi justeru tidak hairanlah jika ada yang menyimpan sofa atau kerusi makan lama di rumah. Daripada membiarkan ia terperuk di dalam stor atau di belakang rumah, lebih baik dilakukan sesuatu agar perabot itu boleh dimanfaatkan semula. Sayang dibiarkan begitu sahaja.
Sewaktu membuat penggambaran dua buah rumah di Senawang, Seremban, saya sempat berkunjung ke kedai membaik pulih sofa. Kain rentang bersaiz besar dan tertera tulisan ‘Sofa renew and repair’ menarik perhatian saya untuk singgah. Secara kebetulan, saya dan suami pernah terfikir mahu menukar fabrik sofa lama.
Kedai di tingkat satu itu sudah beroperasi sejak 2001. Menurut pemilik kedai, Norfakira Baini Md Yusof, 29, mereka mempunyai dua lagi ruang pameran di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/04/18/jalan-jalan-cari-barang-kedai-upholsteri/
Wednesday, 16 April 2014
Kajang aluminium pelindung cat
Di ruang dapur, kajang aluminium biasanya berfungsi sebagai pembalut makanan sewaktu membakar dan mengekalkan haba serta suhu makanan yang sudah dimasak. Begitu pun kegunaannya tidak terhad di ruang itu.
Sekiranya anda melakukan kerja mengecat pada bahagian pintu, anda boleh membalut tombol pintu dengan kajang aluminium, melindunginya daripada terkena lelehan cat.
Monday, 14 April 2014
Sentuhan pengarah filem, Michael Ang
Bagi peminat program masakan, Master Chef Selebriti Astro, siapa yang tidak mengenali Michael Ang? Bermulut lantang, sekali ditemu bual pot pet pot pet dia menjawab, ‘sama naik’ dengan mulut selebriti, Azwan Ali.
Michael Ang, 38 adalah seorang pengarah tanah air yang tersohor dengan telefilem, “Biar Mimpi Sampai ke Bintang” lakonan artis dari Indonesia, Randy Pangalila dan pelakon muda tempatan Elfira Loy, tayangan Astro.
Selain pandai mengarah, berlakon dan memasak, Michael juga berminat di bidang seni hiasan dalaman. Berpeluang mengunjungi dan melihat idea penataan beliau, ternyata saya kagum dengan kebolehannya.
Sebagai seorang selebriti yang aktif dalam pelbagai bidang, tidak dinafikan beliau sentiasa sibuk.
Mujurlah Pembantu Pengarahnya yang lebih senang dikenali Abang Lan, membantu mempermudahkan urusan temu janji untuk sesi rakaman gambar kediaman pengarah berkenaan.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/04/14/sentuhan-pengarah-filem-michael-ang/
Friday, 11 April 2014
8 Kesilapan dalam pengubahsuaian
Siapa tidak gembira dapat peluang memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Semakin anak-anak membesar, terasa ruang kediaman diduduki kian mengecil.
Bagi yang biasa menyewa pula, memiliki rumah sendiri adalah saat dinantikan. Kalau dahulu terasa kebebasan menghias agak tersekat kerana duduk menyewa, dengan adanya rumah sendiri bolehlah membuat apa sahaja diingini.
Pada masa inilah pengubahsuaian menjadi satu kemestian tambahan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Bermulalah kerja pencarian kontraktor mahupun juru hias dalaman sesuai untuk ditugaskan demi merealisasikan impian terpendam.
Namun pencarian bukannya mudah seperti disangka, silap percaturan dalam pemilihan, bukan sahaja anda menjadi mangsa, duit yang dipertaruhkan hilang malah rumah juga terbengkalai.
Bukan itu sahaja, kesilapan sering dilakukan sewaktu melakukan ubah suai.
Klik pautan untuk mengetahui apakah 8 kesilapan tersebut --> http://anjungseri.my/2014/04/11/8-kesilapan-dalam-pengubahsuaian/
Thursday, 10 April 2014
Bedak bayi tanggalkan kesan minyak
Leka sangat memasak hingga tidak perasan minyak tumisan terpercik pada pakaian. Bukan mudah hendak menghilangkan kesan minyak ini.
Namun jangan gusar, bedak bayi boleh menanggalkan kesan minyak pada pakaian. Tabur bedak pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan semalaman. Cuci pakaian seperti biasa keesokan harinya.
Monday, 7 April 2014
Sekitar majlis penyampaian hadiah peraduan terkumpul Anjung Seri
Shah Alam : Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) menerusi majalah hiasan dalaman, Anjung Seri meraikan pemenang tiga peraduan iaitu Dulux Pilihanku, Hari Raya bersama Joven serta Kumpul, Hantar dan Menang Fotile dalam majlis penyampaian hadiah peraduan terkumpul Anjung Seri tahun 2013 baru-baru ini.
Majlis penyampaian hadiah tiga peraduan ini merupakan acara kemuncak meraikan kejayaan pemenang yang juga pembaca majalah Anjung Seri di samping mengeratkan lagi hubungan pembaca dengan pihak editorial serta sebahagian daripada acara sambutan Ulang Tahun Anjung Seri yang ke-20.
Klik pautan untuk maklumat penuh --> http://anjungseri.my/2014/04/07/sekitar-majlis-penyampaian-hadiah-peraduan-terkumpul-anjung-seri/
Friday, 4 April 2014
10 langkah sebelum membina
Tidak semua berpuas hati membeli rumah siap dibina oleh pemaju. Demi memenuhi kehendak atau cita rasa, ada yang merancang membina rumah sendiri di atas tanah pusaka atau tanah banglo yang dibeli daripada pemaju. Tidak kurang juga mereka yang mengubah suai rumah sebaik sahaja menerima kunci.
Tidak kiralah sama ada merancang membina rumah di atas tanah pusaka atau di atas lot banglo tetapi tidak mahu menggunakan khidmat kontraktor yang ditawarkan ataupun mengubah suai rumah demi keselesaan; berikut adalah 10 perkara perlu diambil kira sebelum membina mahupun mengubah suai.
Klik pautan untuk membaca kesemua langkah penting ini --> http://anjungseri.my/2014/04/04/10-langkah-sebelum-membina/
Wednesday, 2 April 2014
Banglo gaya resort
Mag Builders Sdn Bhd mereka bentuk pengubahsuaian banglo tiga tingkat itu dengan gaya mewah, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan unsur tarikan yang membuatnya berbeza daripada rumah lain.
Binaan kolam berkeluasan 464.5 meter persegi dan pembinaan lif, antara pelaburan utama tuan rumah untuk meningkatkan imej kediaman itu, kata pengarah syarikat reka dan bina berkenaan, Muhsin Abdul Ghani.
Bagi menonjolkan kehebatan, sekeliling kolam dikemasi dek atau pelantar kayu menutupi permukaan tanah di sekitarnya. Penggunaan dinding dan tingkap kaca lut sinar membolehkan penghuni melihat keindahan panorama luar.
Klik pautan untuk artikel penuh -- > http://anjungseri.my/2014/04/02/banglo-gaya-resort/
Wednesday, 19 March 2014
Idea jadi realiti
Anjung Seri merupakan sumber ilham untuk semua pembaca setia tidak kira lama atau yang baru berjinak-jinak dengannya.
Kemunculan Anjung Seri setiap bulan sedikit sebanyak membantu individu yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah serta dapat merealisasikan impian jadi kenyataan.
Maka tidak dinafikan Anjung Seri senantiasa memaparkan banyak idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Begitu juga dengan saya senantiasa memanfaatkan apa juga yang menjadi sumber inspirasi menjadi realiti dalam dunia serba moden ini.
Memang tidak rugi kepada sesiapa yang menjadikan majalah Anjung Seri sebagai penambah ilmu dan bahan rujukan. Sudah berabad lamanya Anjung Seri menjadi teman sejati saya dari dulu hingga sekarang tanpa merasa jemu menatapnya. Bak kata pepatah “Teman Sejati, Sehati Sejiwa”.
Tidak semestinya apa juga perubahan susun atur yang dilakukan seseorang itu memerlukan belanja yang banyak. Gunakanlah kreativiti ilham yang diberikan oleh Anjung Seri semampu yang kita ada.
Banyak yang saya pelajari daripada Anjung Seri dan juga perkongsian ilmu dari semua pembaca yang setia. Semangat serta keikhlasan dan kesungguhan perlu ada pada diri setiap individu dalam merealisasikan impian berpandukan idea yang kreatif dan inovatif untuk menjadikan Rumahku Syurgaku. Benarlah kata ramai, Anjung Seri pemangkin sumber inspirasi yang realiti untuk dikongsi.
Kiriman e-mel,
Yasema Zainol
Bandar Tun Hussein Onn
Bandar Tun Hussein Onn
Monday, 17 March 2014
Jalan-jalan cari barang di JOHO
Terletak di dalam kawasan berpagar dan berhalaman luas, Concept Store Joho (Joho) beroperasi di sebuah bangunan lama bercat putih, di Johor Baru. Dari luar, tampil seperti kuarters kakitangan kerajaan zaman setengah abad lalu, Joho mempersembahkan konsep memanfaatkan barang lama atau terpakai untuk diguna, dijadikan hiasan dan dijual.
Pertama kali melihat tempat itu dari luar, nampak seperti biasa-biasa sahaja, dengan lanskap kosong berumput taman, membuat saya tidak teruja. Dalam hati saya tertanya-tanya apa yang menarik membuat ia menjadi destinasi pilihan lawatan program Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia (KCC1M). Saya mengikuti rombongan media KCC1M ke Johor pada November lalu.
Melangkah ke dalam, tidak banyak barang dijual selain cenderamata seperti baju T dan beg kain membawa logo Joho dalam warna hitam dan putih. Apa pun yang mencuri perhatian adalah hiasan dalamannya. Barang antik dan terpakai menjadi unsur hiasan dan kemasan dalaman seperti radio lama, kerusi rotan berkaki tinggi untuk kanak-kanak, jam dan peti barang. Barang-barang itu tidak dijual, sekadar hadir sebagai melengkapi gaya penataan.
Joho di bawah pengurusan USS Sdn Bhd diasaskan oleh sekumpulan anak muda kreatif Johor pada 2009. Penjualan barangan cenderamata eksklusif di ruang pameran itu adalah salah satu daripada kegiatan pertubuhan berkenaan.
Friday, 14 March 2014
9 ilham hias halaman belakang
Jika mempunyai kawasan bertanah di bahagian belakang rumah, ia boleh diolah menjadi halaman. Sungguhpun terletak di belakang rumah dan terlindung daripada pandangan umum, taman belakang rumah boleh digayakan dengan indah dan dirancang penuh manfaat.
Sama ada ingin mengekalkan kehadiran tanah atau mahu dilepa sahaja dengan lantai simen, ia bergantung pada keperluan dan kehendak ruang tersebut.
Halaman belakang memberi lebih privacy buat anda sekeluarga. Berikut merupakan sembilan ilham membangunkan halaman belakang agar tampil menarik dan praktikal untuk gaya hidup anda sekeluarga.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/03/14/9-ilham-hias-halaman-belakang/
Wednesday, 12 March 2014
Langsir menambah seri
Tidak seperti pereka langsir lain, Pengarah Urusan Lentera Creative Home, Amran Azahar memang sangat berpengalaman dalam bab menghias tingkap. Serahkanlah apa juga gaya langsir, semuanya dapat dihasilkan dan mengubah pesona ruang menjadi sangat indah dan berbeza.
Baca artikel penuh melalui pautan --> http://anjungseri.my/2014/03/12/langsir-menambah-seri/
Monday, 10 March 2014
Hasil penantian setengah tahun
“Tuan rumah memberitahu saya yang mereka gemarkan gaya moden. Berpandukan maklumat itu, saya terus melukis lakaran. Sketch itu kemudiannya kami serah kepada tuan rumah dan mereka bersetuju. Saya mengesyorkan gaya moden semasa serasi dengan penampilan zaman sekarang,” cerita Azman.
Menurutnya lagi, projek peningkatan imej rumah teres dua tingkat yang mempunyai empat bilik tidur itu mengambil masa agak lama daripada kebiasaan. Selalunya kami berjaya menyiapkan gaya penataan dalam masa dua bulan, tetapi rumah ini mengambil masa setengah tahun, termasuklah penambahan dan pengubahsuaian ruang, mereka bentuk hiasan dalaman dan menyediakan perabot.
Berikut temu bual bersama Azman berhubung kerja rekaan dalaman yang dilakukan pada rumah teres dua tingkat itu.
Klik pautan untuk membaca temubual tersebut --> http://anjungseri.my/2014/03/10/hasil-penantian-setengah-tahun/
Wednesday, 5 March 2014
Resort atas air
Laut biru luas terbentang dan kejernihan tasik dikelilingi kehijauan hutan, selamanya menjadi kegilaan pencinta alam. Tidak hairanlah jika lokasi berkenaan menjadi tumpuan pengusaha hotel dan pusat peranginan untuk dijadikan lokasi percutian.
Memang benar ramai menyukai panorama laut dan tasik. Nilai keindahan berasaskan sumber alam semula jadi ciptaan tuhan sudah tentulah tidak dapat ditandingi rekaan manusia. Bak kata pakar pembangunan projek resort di atas air, Philippe Villeroux dari Perancis, “...tidak siapa boleh menyangkal keindahan semula jadi di lokasi yang masih mengekalkan keaslian alam.”
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/03/05/resort-atas-air/
Monday, 3 March 2014
Mengukir kerana minat
Saya kerap pulang ke Utara Semenanjung menjenguk mama dan papa. Di sana saya sentiasa berhadapan masalah tidak cukup masa kerana memenuhi agenda bersama mereka. Namun, baru-baru ini saya sempat berkunjung ke sebuah rumah di Taman Tunku Yaakob, Alor Setar.
Mungkin sudah ‘jodoh’ saya bertemu dan berkongsi cerita mengenai rumah teres tiga bilik milik pasangan pesara dikenali sebagai Pak Uda, 63, serta Mak Uda, 63. Keindahan hiasan rumah berbicara dalam bahasanya sendiri melalui keunikan seni kayu dan ukiran tangan Pak Uda. Wajah kediaman berkeluasan kira-kira 27 meter persegi ini mencerminkan keperibadian dan gaya hidup mereka berdua.
Wednesday, 26 February 2014
Jus lemon menghilangkan kesan karat
Pisau berkarat? Atasinya dengan merendamkan pisau berkarat ke dalam jus lemon selama setengah jam.
Kemudian gosok bahagian karat menggunakan span keras. Anda akan dapati kesan karat tertanggal dan melekat pada span. Bilas pisau seperti biasa.
Lebih banyak petua di pautan ini --> http://anjungseri.my/petua/
Monday, 24 February 2014
Diuji minda dan ketangkasan di Courts
Petaling Jaya : Anjung Seri buat pertama kalinya bergabung dengan Courts menganjurkan program Eksplorasi Bersama Courts bersama pembaca di Courts Megastore Sri Damansara.
Program Eksplorasi Bersama Courts merupakan sebahagian aktiviti bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Anjung Seri. Ia diadakan untuk mendekatkan dan mendedahkan pembaca kepada Courts Megastore sebagai pusat sehenti penjualan barangan elektrik, IT, dan perabot terbesar di Malaysia.
Dimulakan tepat jam 2 petang, majlis didahulukan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Komersial Courts, Rob Lewis. Beliau ternyata sangat gembira melihat ramai pembaca Anjung Seri menyertai eksplorasi ini. Sambutan menggalakkan daripada pembaca yang hadir bersama keluarga dan berkumpulan membuatkan suasana Courts Megastore petang itu meriah dan riuh rendah.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/24/diuji-minda-dan-ketangkasan-di-courts/
Friday, 21 February 2014
Sejuknya berendam di Legoland
Dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Merdeka 4 Januari lalu, maka bermulalah pelbagai kegiatan yang merancakkan industri pelancongan negara.
Tourism Malaysia melaksanakan banyak program promosi sejak beberapa tahun lalu termasuk Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia (KCC1M) bersama majalah Gaya Travel. Terbaru KCC1M ke Johor dari 10 hingga 13 Disember lalu. Antara tempat yang saya kunjungi sewaktu mengikuti KCC1M ialah Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia) di Nusajaya. Dibuka pada 15 September 2012, kami ke situ untuk melihat produk terbaru mereka iaitu Taman Tema Air dan Hotel Legoland.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/21/sejuknya-berendam-di-legoland/
Wednesday, 19 February 2014
Panduan memilih lokasi rumah
Dalam sibuk meninjau rumah contoh dan melawat ke beberapa kawasan perumahan baru atau rumah milik individu yang hendak dijual, jangan lupa selidik lokasinya.
Menjadi faktor penting harus diberi perhatian sewaktu mencari rumah, lokasi sasaran sebaik-baiknya berdekatan tempat kerja, kemudahan pengangkutan awam, lebuh raya dan sebagainya.
Ketahui juga latar belakang atau sejarah lokasi. Adakah ia kawasan selamat didiami? Adakah dahulunya ia merupakan bekas lombong atau pelupusan sampah? Atau sekadar hutan belantara yang belum diteroka?
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/19/panduan-memilih-lokasi-rumah/
Monday, 17 February 2014
Santai bersama Salwa Md Razak
Sewaktu melangkah masuk ke rumah penyanyi lagu popular Ahmad, pandangan saya tertumpu ke arah treadmill di ruang tamu. Berasal dari Kota Tinggi, Johor, anak sulung daripada empat beradik ini mempunyai alasan sendiri mengenai alat senaman tersebut.
Seperti sudah menjangka kami akan bertanya, Salwa terus berkata: “Saya rajin bersenam. Kalau tidak berenang saya akan menggunakan treadmill tidak kira waktu. Sewaktu pindah ke sini memang tiada tempat untuk alat ini dan saya memutuskan untuk meletakannya di ruang tamu memandangkan ada cermin di situ. Kan seronok berjalan-jalan di atasnya sambil menghirup udara segar dari balkoni dan menonton televisyen.”
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/17/santai-bersama-salwa-md-razak/
Friday, 14 February 2014
Miliki rumput subur dan hijau
Rumput adalah lantai laman. Alangkah seronok jika setiap hari melihat laman dihampar rumput segar menghijau. Kehadirannya memberi sudut pandangan berbeza serta mengilhamkan pesona pada persekitaran semula jadi.
Selain mengaspirasikan ketenangan buat pemilik, rumput juga membuatkan kaki lebih selesa memijak apabila bersantai bersama ahli keluarga dan beriadah bersama-sama anak-anak di halaman.
Hamparan rumput segar yang terjaga menzahirkan persekitaran bersih dan rapi. Tanpa rumput, halaman seolah-olah telanjang dan kaku. Kadangkala ia nampak cacat jika tumbuh tidak rata, menampakkan tompok-tompok tanah yang menyakitkan pandangan. Justeru, ilmu mengenai rumput harus kita ketahui agar laman hijau yang diimpikan berjaya dicipta.
Klik pautan untuk artikel penuh -- > http://anjungseri.my/2014/02/14/miliki-rumput-subur-dan-hijau/
Wednesday, 12 February 2014
Penginapan Apartmen di Simfoni Resort Langkawi
Kemasan batu bertekstur warna tanah pada seluruh dinding balkoni berselang-seli dengan cat putih di bangunan empat tingkat menjadi tanda pengenalan Simfoni Resort Langkawi, Kedah.
Pada bahagian tengah tingkat teratas, tertera nama tempat penginapan itu. Justeru, tidak susah mencari resort di Jalan Taman Pelangi, Kelibang, berhampiran plaza bebas cukai, Teo Soon Huat.
Di situlah kami menginap sewaktu berkunjung ke Langkawi menerusi program Pakej Percutian Tiga Hari Dua Malam membabitkan sekumpulan pembaca Anjung Seri dan wakil media untuk menyertai program Berjalan Santai Langkawi 2013, dari 22 hingga 24 Disember lalu.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/12/penginapan-apartmen-di-simfoni-resort-langkawi/
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/12/penginapan-apartmen-di-simfoni-resort-langkawi/
Monday, 10 February 2014
Das Haus - Ilham Ikram
Sebagai salah seorang pemenang pertandingan Anugerah Kreatif Anjung (AKAS) 2011, Muhammad Ikram Ibrahim adalah individu gigih dan komited dalam kerjayanya sebagai jurureka dalaman.
Jika sebelum ini kami memaparkan gaya penataan rumah teres setingkat miliknya, kali ini rumah berkembar dua tingkat lot tepi juga terletak di Perlis. Mengulas mengenai tema rekaan kediaman barunya di Taman Desa Pulai, Kangar, Muhammad Ikram menghias mengikut cita rasa sendiri di bahagian dalam dan luar rumah dengan menonjolkan tema Bauhaus Vintage serta German Modernism.
Klik pautan untuk membaca artikel penuh -- > http://anjungseri.my/2014/02/10/das-haus-ilham-ikram/
Friday, 7 February 2014
Lepas gian membeli-belah
Langkawi dan Pulau Lagenda, Mahsuri. Dua nama merujuk tempat sama, sinonim dengan kegiatan pelancongan dan membeli-belah. Selepas menyertai acara Berjalan Santai Langkawi 2013 yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Anjung Seri, peserta rombongan dari Kuala Lumpur dibawa ke pekan Kuah untuk membeli-belah.
Acara membeli-belah sememangnya dinanti-nantikan peserta pada hari terakhir. Sepanjang tiga hari dua malam di sana, mereka menginap di Simfoni Resort Langkawi. Beberapa jam yang diperuntukkan sebelum pulang ke jeti, mereka manfaatkan sepenuhnya untuk shopping sakan.
Klik pautan untuk artikel penuh -- > http://anjungseri.my/2014/02/07/lepas-gian-membeli-belah/
Wednesday, 5 February 2014
Tidak sanggup tinggalkan ibu
Biarpun tinggal di kampung bersama keluarga di rumah pusaka, Mohd Hafis Daud, 25, tidak menjadikan itu sebagai alasan membiarkan sahaja rumah itu diuruskan oleh ibunya, Ramlah Othman, 62. Jiwanya resah melihat suasana rumah hanya menempatkan perabot asas tanpa sebarang perhiasan. Berpandukan Anjung Seri dan rancangan dekor di televisyen, Mohd Hafis mula mencorak suasana rumah dengan ilham sendiri.
Kasih kepada ibu mengatasi keinginan sendiri dan anak bongsu daripada 10 adik-beradik ini sanggup mengenepikan keseronokan bekerja di bandar kerana tidak mahu ibunya tinggal keseorangan di di Sungai Besar, Kuala Selangor. Biarlah pekerjaannya sekarang sebagai pekebun kelapa sawit dan pesawah, namun yang lebih diutamakan adalah membantu ibu melakukan kerja harian di rumah. Dan sambil membuat pelbagai pekerjaan, Mohd Hafis turut berfikir cara mengindahkan rumah agar jiwanya damai tinggal di situ.
Baca artikel penuh melalui pautan ini -- > http://anjungseri.my/2014/02/05/tidak-sanggup-tinggalkan-ibu/
Wednesday, 29 January 2014
Inspirasi Seminit
Kita jarang memikirkan mengenai barangan sekeliling yang berpotensi menjadi sesuatu di luar imaginasi. Disebabkan kesibukan masa, kita juga terlupa untuk mencipta atau menghasilkan produk ringkas yang dapat mencantikkan ruang rumah, bilik anak atau sesuatu berguna yang tidak memerlukan duit untuk membelinya.
Pernah kah kita terfikir penyangkut baju boleh menjadi kaki meja? Menggunakan botol atau majalah yang dilipat sebagai kaki meja? Sudu menjadi tempat menyangkut beg atau baju? Majalah menjadi pemegang rak buku? Kunci sebagai tempat letak telefon mudah alih? Kertas menjadi pasu? Kotak menjadi kerusi dan sebagainya?
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/29/inspirasi-seminit/
Monday, 27 January 2014
Mencipta Peluang Membeli Rumah - Pertimbangkan 10 Soalan
Saya suka dengan lirik lagu dibawah dan melodinya juga cukup santai didengar. Jika ia berkumandang di radio ketika memandu, pasti mulut saya akan terikut-ikut menyanyikannya. Suara saya tidaklah merdu, tetapi sekadar berseronok menghayati lagu. Bagi saya, bait-bait lirik tersebut adalah cermin kehidupan masyarakat sekarang.
"Aku nak gaya hidup aku berubah,
Alangkah indah kalau dah tak susah,
Jadi pemilik bukan sewa rumah,
Makan tak habis minum tak sudah"
( Lirik lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Altimet dan Awie Rafael )
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/27/mencipta-peluang-membeli-rumah-pertimbangkan-10-soalan/
Friday, 24 January 2014
Penutup tin tambahkan ruang penyangkut
Mengalami masalah tempat penyangkut pakaian yang terhad? Jangan bimbang. Anda boleh menambah penyangkut tanpa perlu mengeluarkan belanja.
Caranya adalah menyangkutkan penarik tin aluminium pada bahagian hujung atau tengah penyangkut pakaian sedia ada.
Kini anda boleh sangkut lebih daripada satu pakaian.
Baca lebih banyak petua di blog rasmi Anjung Seri --> klik sini
Wednesday, 22 January 2014
Laluan Pejalan Kaki Ala Roller-Coaster
Saya mendengar cerita daripada teman yang sedang melanjutkan pengajian di Jerman mengenai taman ini. Ia digambarkan sebagai roller-coaster tetapi tanpa roller-coaster sebenar!
Reka bentuk bergelung dan berada pada ketinggian kira-kira 20 meter, persembahan arca mengagumkan ini sebenarnya adalah laluan pejalan kaki diperbuat daripada zink dan keluli. Rupa fizikalnya memang saling tidak tumpah seperti landasan roller-coaster kerana diilhamkan daripada permainan tersebut. Sekali pandang pasti mengelirukan pengunjung kali pertama.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/22/laluan-pejalan-kaki-ala-roller-coaster/
Monday, 20 January 2014
Santai bersama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias
Lebih dikenali sebagai Nana, 30, sudah 15 tahun dia bertapak dalam industri seni suara dan lakonan.
Biarpun sibuk dengan pelbagai kegiatan seni saban minggu Nana pasti pulang ke rumah keluarganya di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah emak. Jaraknya pun tidak jauh, dari Cheras ke Seremban hanya 40 minit menaiki kereta.
Klik pautan untuk membaca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/20/santai-bersama-penyanyi-dan-pelakon-siti-nordiana-alias/
Bekas Alat Tulis
Susu pekat manis sudah habis, tinggallah tin kosong. Sebelum dibuang, fikirkan dahulu bolehkah ia dimanfaatkan? Apa salahnya dibuangkan penutup tin kemudian basuh bahagian dalam dan tanggalkan labelnya. Akan terdedahlah permukaan tin yang berkilau.
Klik pautan untuk artikrl penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/17/bekas-alat-tulis/
Wednesday, 15 January 2014
Seharian Di `Paru-Paru’ Shah Alam
Dahulu sewaktu saya menyambung pengajian dalam peringkat sarjana kepujian di UiTM Shah Alam, saya tinggal menyewa bersama kawan di Seksyen 8. Jarak di antara rumah sewa dengan Bukit Cerakah yang kini dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) sejak 2006 memang sangat dekat, kira-kira lima minit pemanduan.
Setiap hujung minggu, jika kami tidak pulang ke kampung kerana terikat dengan aktiviti kampus, kami ke situ untuk beriadah atau berkelah.
Klik untuk membaca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/15/seharian-di-paru-paru-shah-alam/
Monday, 13 January 2014
Seronok Berjalan di Golden Palm Tree
Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa Sepang (Golden Palm) adalah tempat penginapan kedua bagi peserta Kembara Kraf Selangor 2013. Dari lobi, kami menaiki buggy untuk ke vila penginapan memandangkan kedudukannya agak jauh ditambah dengan beg galas yang berat. Saya dan jurugambar ditempatkan di Canary Palm Villa berkeluasan 82 meter persegi yang mempunyai dua bilik serta beranda peribadi terlalu luas untuk kami berdua!
Klik link untuk membaca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/13/seronok-berjalan-di-golden-palm-tree/
Friday, 10 January 2014
Ilham Hiasan Doktor Pakar
Dari jauh, tersergam indah rumah agam milik Dr Zulkornain, anak jati Sarawak yang merupakan Pakar Perunding Perubatan di Hospital Pakar Senawang, Negeri Sembilan. Sebaik sahaja tiba di hadapan banglo, saya terpaku seketika menghayati keindahan seni binanya yang lain daripada biasa. Hati tidak sabar-sabar hendak melihat rekaan dan hiasan dalaman banglo ini. Pasti secantik luaran. Melangkah ke ruang tamu, ternyata benarlah telahan hati. Saya terpukau melihat gaya penataan ruang yang disimbah rona putih.
Klik link untuk membaca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/10/ilham-hiasan-doktor-pakar/
Thursday, 9 January 2014
Hujan Rahmat & Semangat Iringi Berjalan Santai Langkawi Anjung Seri
Dua koc eksekutif dua tingkat, Nice Imperial yang sungguh eksklusif, serba mewah dan amat selesa membawa saya, sekumpulan pembaca Anjung Seri serta enam wakil media menuju Kuala Perlis untuk program Berjalan Santai Langkawi anjuran majalah hiasan dalaman nombor satu Malaysia itu dengan kerjasama Kompleks Kraf Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Tourism Langkawi pada 23 November lalu.
Klik untuk membaca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/01/08/hujan-rahmat-semangat-iringi-berjalan-santai-langkawi-anjung-seri/
Monday, 30 December 2013
Lanskap Cantik Di Premis Kraf
Kali pertama menjejakkan kaki ke premis kraf kepunyaan Omar Husin, 58, yang terletak di Sepang, tumpuan saya terarah ke laman berhias indah meskipun ramai peserta Kembara Kraf Negeri Selangor 2013 memenuhi perkarangan kedai kraf yang dinamakan Pak Lang Ngah Kraf ini.
Klik link untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/30/lanskap-cantik-di-premis-kraf/
Friday, 27 December 2013
Santai Bersama Elliza Razak AF
Pernah menjadi peserta rancangan realiti televisyen dalam bidang nyanyian, Elliza Abdul Razak, 29, tidak meneruskan kariernya dalam bidang seni suara tetapi beralih arah menjadi pelakon.
Beliau banyak mendapat watak sebagai gadis sekolah untuk drama televisyen antaranya, Impian Elyana, Dotti, Prebet Jamilah, Ponti Anak Remaja, Qaisara dan banyak lagi.
Klik untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/27/santai-bersama-elliza-razak-af/
Monday, 23 December 2013
Garam Cairkan Ais
Bagi yang merancang meninggalkan rumah dalam tempoh lama, bukan sahaja perlu memastikan rumah selamat dikunci dan semua suis peralatan elektronik ditutup terutamanya peti sejuk.
Rancang supaya makanan mudah busuk tidak disimpan di dalam peti sejuk; sama ada dimasak atau disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan. Anda perlu membersihkan ruang sejuk beku. Cara pantas mencairkan ais adalah menabur garam di atasnya. Hanya beberapa minit, ais mula mencair.
Friday, 20 December 2013
Bidai Suntik Seri
Cuba ubah langsir gaya lurus kepada bidai, pasti menaikkan seri ruang. Kini bidai boleh didapati dalam pelbagai warna dan kemasan buatan. Anda juga boleh memilih mengikut selera dan kesesuaian tingkap rumah. Bidai berfungsi melindungi ruang daripada cahaya matahari yang terik. Ia juga sesuai digayakan pada tingkap kecil atau satu panel.
Pilihan bidai gaya ringkas dan warna bersesuaian mampu memberikan impak selesa. Kehadiran tingkap tinggi dan sempit amat sesuai dipasang bidai. Tidak seperti langsir, bidai lebih tahan lama biarpun kerap terdedah pada cahaya matahari. Ia mudah dibersihkan dan tidak perlu dihantar ke dobi untuk cucian kering.
Wednesday, 18 December 2013
Rentetan Isu Hartanah Penghujung 2013
Sebelum tirai 2013 dilabuhkan, saya sekali lagi ingin menyentuh mengenai harga rumah. Sama ada suka atau tidak, realitinya perkara ini sentiasa hangat diperdebatkan. Persoalan demi persoalan timbul.
Malah, ada yang suka membuat spekulasi kerana tidak mahu membuat lebih kajian terhadap isu ini. Tidak perlu mencari salah siapa atau menuding jari kepada pihak tertentu kerana hakikatnya, masing-masing sekadar mahu memahami dengan tepat dan rasional tentang apa yang sedang berlaku.
Klik link untuk membaca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/18/rentetan-isu-hartanah-penghujung-2013/
Monday, 16 December 2013
Peraduan Panorama Indah Menara Kuala Lumpur
Baucar minum petang di Restoran Berputar 360 darjah + Tiket ke Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur untuk 2 orang bernilai RM200 menanti anda.
Sertai peraduan Panorama Indah Menara Kuala Lumpur sekarang.
Klik sini untuk memuat turun borang peraduan -->http://anjungseri.my/2013/ 12/16/ peraduan-panorama-indah-men ara-kuala-lumpur/
Sertai peraduan Panorama Indah Menara Kuala Lumpur sekarang.
Klik sini untuk memuat turun borang peraduan -->http://anjungseri.my/2013/
Bertolak Ansur Tambah Serasi
Suami isteri ini memang suka menghias, namun sering kali tidak sependapat. Apabila isteri bersetuju akan sesuatu hal, si suami pula membantah. Begitu pun, Afiza Kamarulzaman, 29, dan suami, Husni Zabidin, 33, berusaha bertolak ansur serta berbincang sehingga kedua-dua pihak setuju. Dari situlah, hubungan mereka bertambah serasi.
Sifat bertolak ansur pasangan ini diterjemahkan pula menerusi penataan hiasan dalaman rumah terutamanya di ruang tamu. “Sebenarnya ada cerita di sebalik dua warna cat dinding yang kami gunakan di ruang tamu. Apabila tiba masa mengecat rumah, saya usulkan warna kelabu manakala suami pula sukakan biru firus. Puas kami berbincang, namun tiada siapa mahu mengalah, akhirnya kami sepakat menggabungkan saja kedua-dua warna itu,” cerita Afiza yang mengecat sendiri rumah.
Klik link untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/16/bertolak-ansur-tambah-serasi/
Friday, 13 December 2013
Bijak Merancang Masa Depan
Sebaik menjengah ke dalam rumah dari arah pintu, saya terus dapat menggambarkan cita rasa pemilik rumah yang gemarkan gaya ringkas dan praktikal. Menyedari ruang tamu selajur bilik tidur, Choo Mei Sze, 26, hanya memilih perabot asas yang bersesuaian untuk digayakan di ruang tersebut.
Mampu membeli unit kondominium berkeluasan kira-kira 80 meter persegi dalam usia muda adalah langkah bijak dan tindakan Choo itu sangat dipuji. Sedang ramai yang sebaya sibuk menukar gadjet supaya dikatakan bergaya dan mengikut trend, Choo pula memilih untuk melaburkan semua simpanan serta pendapatannya dengan membeli hartanah.
Klik link untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/13/bijak-merancang-masa-depan/
Wednesday, 11 December 2013
Chef Ismail Suka Merah Saga
Ini adalah kali kedua Anjung Seri menyiarkan keindahan rumah Selebriti Chef terkenal ini. Kali pertama disiarkan dalam keluaran Februari, 2006.
Tetapi bagi saya, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke rumah Chef. Terdetik dalam hati, siapa bilang Datuk Chef Ismail Ahmad hanya mampu berkarya di ruang dapur?
Hampir 15 tahun menetap di unit kondominium berkeluasan 130.06 meter persegi di Bangsar, saya dapati kediaman ini mempamerkan banyak hiasan unik dan menarik untuk dikongsi ceritanya.
“Saya gemarkan kediaman bersiling tinggi kira-kira 12 kaki selain menawarkan pelan lantai yang mempunyai sudut menarik. Keluasan kediaman sudah memadai untuk saya pamerkan perhiasan yang saya beli dari merata tempat saya kunjungi,” katanya.
Klik link untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/11/chef-ismail-suka-merah-saga/
Monday, 9 December 2013
Ruang Dapur Mesra Kanak-Kanak
Sewaktu kecil, saya sering dihalang daripada memasuki ruang dapur terutama ketika emak dan kakak sibuk memasak. Mendengarkan keadaan riuh rendah di ruang dapur, hati saya meronta-ronta hendak ikut serta.
Mula-mula saya menghendap dari ambang pintu. Namun bau ayam goreng yang menggoda membuatkan saya bergerak sedikit demi sedikit sehingga akhirnya menghampiri dapur masak. Menyedari kehadiran saya, emak menjerit-jerit mengarahkan saya keluar dari ruang dapur. Tidak lama kemudian, ayah terkocoh-kocoh datang mengangkat dan membawa saya ke ruang tamu.
Klik sini untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/09/ruang-dapur-mesra-kanak-kanak/
Friday, 6 December 2013
10 Pokok Pembersih Udara Dalam Rumah
Meskipun kita membersihkan rumah setiap hari atau hujung minggu, itu tidak memberi jaminan bahawa kediaman kita bebas daripada partikel racun seperti gas toluena, xilena, etil asetat, aseton, kloroform, benzena, trichloroethylene dan formaldehid.
Kesemua unsur ini boleh didapati daripada penggunaan kimia di dalam cat, penyembur minyak wangi, sabun pencuci dan banyak lagi yang tidak kita sedari. Penyebaran gas itu boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, gatal kulit dan paling serius, kanser!
Klik untuk baca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/06/10-pokok-pembersih-udara-dalam-rumah/
Monday, 2 December 2013
3 Hari Santai Di Kembara Kraf
Destinasi Kembara Kraf Selangor 2013 agak jauh berbanding sebelumnya di mana kali ini peserta dibawa sehingga ke Sepang. Seperti biasa peserta dikehendaki berkumpul seawal pukul 7 pagi di perkarangan letak kereta Matic KL untuk sesi pendaftaran. Seramai 29 peserta merangkumi wakil media dan blogger mengikuti program kembara ini.
Klik link untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/12/02/3-hari-santai-di-kembara-kraf/
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































