Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Demi keselesaan ibu yang kerap mengunjungi rumahnya, Raja Azhar Raja Majid, 48, mengecat serta menghias kediaman mengikut warna dan gaya kesukaan ibunya.
Kemasan dinding bercat rona lembut merah jambu diiringi pencahayaan sorot ke bawah membuatkan suasana ruang tamu sejuk dan mendamaikan. “Suasana rumah mirip atau hampir sama dengan rumah ibu bapa saya,” kata Raja Azhar.
Isterinya, Elma Noor Shaarani, 46, pula menyokong tindakan suami kerana sebelum ini dia pun melakukan yang sama
untuk ayahnya, Cikgu Shaarani Abdul Ain, dua tahun lalu.
untuk ayahnya, Cikgu Shaarani Abdul Ain, dua tahun lalu.
Menurut Elma, ayahnya bekas guru besar Sekolah Rendah Tanjung Bayan, seorang yang sangat berdikari. “...selepas ibu meninggal dunia, ayah bertegas tinggal sendiri kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak. Selepas mendapat tahu ayah menghidap katarak mata, saya berusaha ‘menculik’ ayah dan membawanya ke rumah ini,” katanya.
Baca artikel penuh di sini














Penggunaan bahan kaca untuk dinding atau tingkap rumah, ada baik dan buruknya. Selain membolehkan kemasukan cahaya semula jadi, pemandangannya cantik apabila dilihat dari luar.
“Penggunaan kaca mahupun cermin memberi kelebihan tersendiri iaitu dapat mewujudkan tarikan selain menjadikan sesuatu ruang nampak lebih luas daripada suasana sebenar.”
“Saya tidak menolak penggunaan bahan kaca mahupun cermin di kediaman. Perkembangan seni bina sekarang memang melebihkan bahan berkenaan sama ada sebagai dinding utama, tingkap mahupun pembahagi ruang.
“Cantik dipandang tetapi kurang praktikal di tempat bercuaca panas seperti negara kita.
“Rumah kaca memang nampak moden, cantik dan bergaya! Apatah lagi kalau ia diguna sampai ke bilik air. Tetapi dari segi rekaan seni bina mestilah bijak.







