>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday, 25 June 2014

Lego dan Muscle Car Tonggak Hiasan


Tinggal di Bandar Baru Selayang, tetapi bekerja di pusat bandar. Jarak sejauh itu bukanlah sesuatu yang asing bagi kelompok penghuni kota metropolitan. Namun bagi Faradila Mohd Yusoff, 32 dan suami, Mohd Hemily Abu Bakar, 33, jarak itu dirasakan mengorbankan banyak masa setiap hari.
Demi menjimatkan masa perjalanan ke pejabat setiap hari, mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Wangsa Maju. Anak tunggal mereka, Qaseh Alya Darwisyah Mohd Hemily, 6, juga dimasukkan ke sekolah di kawasan berhampiran supaya mudah dipantau.

Monday, 16 June 2014

Denggi, bahaya di dalam dan luar rumah


Rumah cantik berhias halaman indah sememangnya menjadi idaman semua. Lebih-lebih lagi apabila penghuninya hidup harmoni dan gembira bersesuaian dengan pepatah Rumahku, Syurgaku.
Bagaimanapun tanpa kita sedari rumah yang indah itu mampu menjadi hotel mewah kepada nyamuk sebagai tempat pembiakan mereka. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Keghairahan ramai membuat persiapan menyambut lebaran membuatkan kebersihan rumah diabaikan.

Friday, 13 June 2014

Manfaatkan tanah wakaf



Kajian mendapati banyak tanah wakaf yang terbiar di Malaysia iaitu masih belum dibangunkan atau tidak diusahakan selepas pewakafnya meninggal dunia.

Jumlah tanah wakaf seluruh negara berdasarkan rekod tahun 2013 dilaporkan mencecah 8,861 hektar dengan Sabah memiliki keluasan terbesar iaitu sekitar 2,163 hektar manakala Kedah negeri kedua dengan keluasan 1,244 hektar.

Nilai keseluruhan tanah ini dianggarkan berjumlah RM63.7 bilion dan masalah kekurangan dana dikatakan menjadi punca utama kepada kekangan pembangunan yang diharapkan.

Menyedari potensi yang ada, maka langkah khusus perlu dirancang dengan lebih baik demi meningkatkan peranan harta wakaf dalam proses pembangunan.

Klim untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/06/13/manfaatkan-tanah-wakaf/

Wednesday, 11 June 2014

Duranta tumbuhan tropika


Duranta adalah pokok renek yang tumbuh dalam ketinggian antara satu hingga enam meter. Berbatang lembut, daunnya berukuran kecil dengan hujungnya bergerigi, ia menghasilkan bunga cantik yang tidak berbau.
Ia juga mempunyai buah berbentuk bujur, berwarna jingga. Buah itu dikatakan mengandungi alkaloid, cecair bersifat toksik yang boleh menyebabkan kematian.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/06/11/duranta-tumbuhan-tropika/

Monday, 9 June 2014

Sanggup Berhabis Asal Puas Hati


Rumah agam milik pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 26, memang berbaloi untuk dikunjungi. Sebaik melangkah ke ruang legar, fikiran saya terus menayangkan adegan drama bersiri Ariana Rose.
Banglo dua tingkat ini pernah dijadikan sebahagian lokasi penggambaran drama berkenaan. Pandangan saya terus terpukau melihat tatarias serba mewah yang sedikit pun tidak menggambarkan kediaman ini didiami orang muda.

Friday, 6 June 2014

Cadar Cantik Bilik Bergaya



Meraikan Hari Raya Puasa atau Haji setahun sekali, semua ruang perlu dihias. Bagaimana dengan ruang lain? Bagi sesetengah orang, hatta bilik tidur yang terlindung dari pandangan mata tetamu juga diberikan tumpuan. Tidak susah menukar imej bilik. Hanya tukar set cadar dan sesuaikan dengan warna utama hamparan atau langsir. Pasti ketara perbezaan penampilannya.

Apa kata ketepikan jenis sarat berbunga tetapi pilih corak ringkas atau warna kosong dan geometri. Home's Harmony menawarkan pelbagai jenama cadar meliputi Louis Casa, Jean Perry, Diana, Genova, Novella, Sarah Miller dan Cotonsoft serta Looney Tunes. Boleh dikatakan saya minat kepada kesemuanya, namun tentunya hanya perlu memilih satu untuk dibawa pulang.

Wednesday, 4 June 2014

Garapan Ilham Seiring Minat


Merakam kediaman Cef Suwarsi M Arukin, 43, memberi peluang saya mengenali beliau lebih dekat. Anak keenam daripada lapan beradik ini meminati bidang memasak sejak usia muda.
“Minat memasak timbul apabila saya sering menyediakan hidangan sewaktu ibu tiada di rumah. Saya memasak untuk adik-beradik. Lama-kelamaan saya jatuh cinta dengan dunia masakan,” katanya.
Cef Suwarsi telah menerbitkan beberapa buku masakan sejak 2009. Buku resipinya mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai. Ini membakar semangatnya untuk menghasilkan lebih banyak buku resipi.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga sangat menjaga penampilannya, peramah dan mudah mesra membuat sesiapa sahaja..

Friday, 30 May 2014

Suasana Putih Bersih



Warna kosong, putih polos dengan kemasan bingkai dan garis timbul hitam mewujudkan suasana kemas serta bersih di restoran steamboat, Asapanas Bistro di Selayang. Bukan sahaja dinding, bahkan meja makan dan kerusi juga bercat serba putih. Sekali imbas memperlihatkan biasan gaya Inggeris, hasil penggunaan warna tema berkenaan.

Tidak syak lagi, pilihan warna seragam di ruang dalaman menampakkan imej kemas dan terancang di restoran Asapanas Bistro. Selain suasana dalaman cantik, restoran itu menjadi bualan ramai kerana makanannya enak dan harga berpatutan. Menawarkan harga makanan RM20 seorang, ia boleh dianggap restoran steamboat termurah di Lembah Klang.

Friday, 23 May 2014

Buang debu papan kekunci dengan nota pelekat



Sebelum anda membuang nota pelekat yang sudah digunakan, lalukan bahagian bergam pada papan kekunci komputer. Ia akan mengumpul partikel debu halus dan sisa makanan yang melekat pada papan kekunci.

Klik pautan untuk membaca himpunan petua Anjung Seri --> http://anjungseri.my/petua/

Wednesday, 21 May 2014

Jenis pinjaman ditawarkan apakah pilihan anda?


Secara umumnya, produk pinjaman perumahan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pinjaman konvensional dan pinjaman Islam.
Terdapat lebih daripada 20 institusi kewangan dan perbankan yang menawarkan khidmat ini. Sama ada pekerja swasta mahupun penjawat awam, masing-masing boleh memohon pinjaman perumahan bergantung kepada syarat kelayakan ditetapkan.
Pelbagai jenis faedah, ansuran bulanan dan pakej kemudahan kredit menarik ditawarkan kepada bakal peminjam.
Justeru, tidak hairanlah jika ramai berasa keliru dan mendapati agak sukar membuat perbandingan antara satu tawaran pinjaman dengan tawaran pinjaman lain.
Apa yang perlu anda ketahui tentang tawaran pinjaman? Perlu diingat bahawa hal membeli rumah ialah satu bentuk pelaburan paling berharga.
Maka, perancangan kewangan yang rapi dan teliti amat penting sebelum anda mengambil langkah seterusnya.
Klik pautan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan di Malaysia --> http://anjungseri.my/2014/05/21/jenis-pinjaman-ditawarkan-apakah-pilihan-anda/

Monday, 19 May 2014

Guru Bahasa Inggeris Dapat Ilham Daripada Novel


Bermula dengan minat membaca novel Inggeris, Rozihah Baharim, 49, mula membayangkan suasana ruang atau rumah yang dibacanya di dalam novel. Lama-kelamaan, dia jatuh cinta pada setiap tempat diceritakan oleh penulis novel yang kebanyakannya menampilkan konsep kedesaan Inggeris.
“Apabila penulis novel menulis mengenai suasana dan susun atur kediaman setiap karakter, sambil membaca saya membayangkan apa yang diceritakan. Dari situ saya terus jatuh minat pada gaya kedesaan Inggeris,” ujar Rozihah.
Secara kebetulan pula beliau mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah berdekatan rumah. Beliau mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun di beberapa sekolah. Sebelum mendiami rumah jenis teres setingkat di Beranang ini sejak 12 tahun lalu, Rozihah dan suami, Rostam Affandi Abdul Rashid, 51, membeli seunit apartmen di Ampang.
“Unit apartmen itu saya tata hias dengan konsep kedesaan Inggeris juga. Bagaimanapun, waktu itu konsep kedesaan Inggeris masih belum dikenali lagi. Tidak seperti sekarang..

Friday, 16 May 2014

Menukar Tabiat Buruk


Kedudukannya dalam bilik tidur dan jauh dari pandangan orang luar menyebabkan ramai tidak memberikan perhatian utama kepada kebersihan di dalamnya berbanding ruang penting seperti dapur dan ruang tamu yang dibersihkan setiap hari mahupun hujung minggu.
Cukuplah hanya sekadar mencuci lantai dan jubin dinding serta membuang sampah sarap yang penuh di dalam bakul sampah. Tahukah anda bilik air juga perlu dijaga kebersihannya secara berkala?
Ini kerana bilik air adalah kawasan kerap basah dan mempunyai kadar kelembapan tinggi. Maka kuman dan bakteria mudah membiak dan jika tidak dipantau, boleh mengundang pelbagai penyakit kepada penghuni terutamanya penghidap asma. Penghasilan kulat boleh memudaratkan tahap kesihatan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Colorado Boulder, Amerika Syarikat, kuman dan bakteria hidup bebas di semua permukaan dalam bilik air termasuk di pintu, pemegang pintu dan peralatan mandi seperti sabun. Sebab itu disarankan, agar mencuci tangan dengan sabun dan bilas dengan bersih sebaik sahaja menyelesaikan ‘urusan’ di dalam tandas.
Namun, hanya segelintir sahaja berbuat demikian. Tidak mahu mencuci tangan dengan alasan “mahu cepat, bukannya buat apa pun, sekejap sahaja masuk, tak suka tangan basah” menjadi satu kebiasaan.
Untuk mengurangkan pemindahan kuman dan bakteria, ada beberapa amalan buruk perlu dijauhkan antaranya :
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/05/16/menukar-tabiat-buruk/

Wednesday, 14 May 2014

Basuh Tangan Anda!

Mungkin ada antara kita tidak perasan bahawa tabiat di atas adalah satu amalan kurang sihat. Namun, masih tidak terlambat untuk menukarnya meskipun mungkin mengambil masa untuk dipraktikkan.
Basuh tangan misalnya nampak seperti perbuatan yang kecil tetapi impaknya sangat besar kerana ia boleh mengurangkan penyebaran kuman.
Pusat Pengawalan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat menyarankan agar mencuci tangan selama 20 saat selesai keluar dari bilik air.
Masa 20 minit ini boleh mengelakkan anda terlantar sakit selama tiga hari akibat demam selesema!

Thursday, 8 May 2014

Cikgu Bahasa Malaysia Bijak Membahagi Tiga Tugas



Beliau memikul tugas ‘3M’ serentak. Beliau tekun mengajar. Beliau rajin meniaga. Pada masa yang sama beliau juga gemar menghias rumah. Guru di Sekolah Antarabangsa Parkcity ini tidak keberatan melaksanakan tanggungjawab yang berbeza itu kerana minatnya yang mendalam terhadap ketiga-tiganya.

Ingatkan rumah orang bujang biasa-biasa saja penampilannya. Namun sangkaan saya meleset. Langkah saya terhenti seketika tatkala memasuki kediaman Nizam Samad, 34. Apartmen tiga bilik tidur yang didiami bersama seorang rakannya sejak empat tahun lalu langsung tidak kelihatan seperti rumah orang bujang.

Klik pautan untuk membaca kisah seterusnya --> http://anjungseri.my/2014/05/08/cikgu-bahasa-malaysia-bijak-membahagi-tiga-tugas/

Monday, 28 April 2014

Limau nipis buang sisa


Selepas menggunakan pemarut, lalukan air untuk membuang sisa bahan yang diparut. Tetapi jika ada yang degil dan sukar dikeluarkan, anda boleh gunakan lemon atau limau nipis.
Belah menjadi dua dan gosok isi limau pada permukaan pemarut. Bukan sahaja sisa bahan tertanggal malah pemarut menjadi lebih bersinar.

Untuk lebih banyak petua kecantikan dan petua kesihatan, sila layari laman web Anjung Seri.

Monday, 21 April 2014

Mengubah Suai Rumah Dengan Pembiyaan Semula Pinjaman


Idea mengubahsuai adalah satu langkah bijak untuk menambah nilai rumah.
Walaupun ini cara paling mudah bagi tujuan itu, namun kerja mengubah suai memerlukan banyak duit. Tidak semua proses ubah suai atau mencantikkan rupa kediaman dapat meningkatkan harga jualan atau kadar sewa.
Jika tersilap membuat pilihan atau terlalu terburu-buru membuat keputusan, berkemungkinan akan berdepan dengan kerugian apabila mengubah suai. Takut nanti, impian untuk mendapatkan pulangan maksimum tidak kesampaian.
Mengecat baru menggunakan jenama cat mahal, melepa siling, menukar jubin lantai atau membuat pagar automatik bukanlah ciri pengubahsuaian efektif yang mampu menaikkan kadar sewa atau nilai jualan rumah.
Sebaliknya, idea begini hanya mempengaruhi wajah kediaman dari segi ‘kosmetik’ dan dilihat sebagai percaturan tidak memberi sebarang nilai tambah atau membantu melonjakkan lagi nilai asal.

Friday, 18 April 2014

Jalan-jalan cari barang : Kedai Upholsteri


Sesetengah barang menyimpan nilai kenangan sangat peribadi justeru tidak hairanlah jika ada yang menyimpan sofa atau kerusi makan lama di rumah. Daripada membiarkan ia terperuk di dalam stor atau di belakang rumah, lebih baik dilakukan sesuatu agar perabot itu boleh dimanfaatkan semula. Sayang dibiarkan begitu sahaja.
Sewaktu membuat penggambaran dua buah rumah di Senawang, Seremban, saya sempat berkunjung ke kedai membaik pulih sofa. Kain rentang bersaiz besar dan tertera tulisan ‘Sofa renew and repair’ menarik perhatian saya untuk singgah. Secara kebetulan, saya dan suami pernah terfikir mahu menukar fabrik sofa lama.
Kedai di tingkat satu itu sudah beroperasi sejak 2001. Menurut pemilik kedai, Norfakira Baini Md Yusof, 29, mereka mempunyai dua lagi ruang pameran di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Wednesday, 16 April 2014

Kajang aluminium pelindung cat



Di ruang dapur, kajang aluminium biasanya berfungsi sebagai pembalut makanan sewaktu membakar dan mengekalkan haba serta suhu makanan yang sudah dimasak. Begitu pun kegunaannya tidak terhad di ruang itu.

Sekiranya anda melakukan kerja mengecat pada bahagian pintu, anda boleh membalut tombol pintu dengan kajang aluminium, melindunginya daripada terkena lelehan cat.

Monday, 14 April 2014

Sentuhan pengarah filem, Michael Ang


Bagi peminat program masakan, Master Chef Selebriti Astro, siapa yang tidak mengenali Michael Ang? Bermulut lantang, sekali ditemu bual pot pet pot pet dia menjawab, ‘sama naik’ dengan mulut selebriti, Azwan Ali.
Michael Ang, 38 adalah seorang pengarah tanah air yang tersohor dengan telefilem, “Biar Mimpi Sampai ke Bintang” lakonan artis dari Indonesia, Randy Pangalila dan pelakon muda tempatan Elfira Loy, tayangan Astro.
Selain pandai mengarah, berlakon dan memasak, Michael juga berminat di bidang seni hiasan dalaman. Berpeluang mengunjungi dan melihat idea penataan beliau, ternyata saya kagum dengan kebolehannya.
Sebagai seorang selebriti yang aktif dalam pelbagai bidang, tidak dinafikan beliau sentiasa sibuk.
Mujurlah Pembantu Pengarahnya yang lebih senang dikenali Abang Lan, membantu mempermudahkan urusan temu janji untuk sesi rakaman gambar kediaman pengarah berkenaan.

Friday, 11 April 2014

8 Kesilapan dalam pengubahsuaian


Siapa tidak gembira dapat peluang memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Semakin anak-anak membesar, terasa ruang kediaman diduduki kian mengecil.
Bagi yang biasa menyewa pula, memiliki rumah sendiri adalah saat dinantikan. Kalau dahulu terasa kebebasan menghias agak tersekat kerana duduk menyewa, dengan adanya rumah sendiri bolehlah membuat apa sahaja diingini.
Pada masa inilah pengubahsuaian menjadi satu kemestian tambahan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Bermulalah kerja pencarian kontraktor mahupun juru hias dalaman sesuai untuk ditugaskan demi merealisasikan impian terpendam.
Namun pencarian bukannya mudah seperti disangka, silap percaturan dalam pemilihan, bukan sahaja anda menjadi mangsa, duit yang dipertaruhkan hilang malah rumah juga terbengkalai.
Bukan itu sahaja, kesilapan sering dilakukan sewaktu melakukan ubah suai.
Klik pautan untuk mengetahui apakah 8 kesilapan tersebut --> http://anjungseri.my/2014/04/11/8-kesilapan-dalam-pengubahsuaian/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...