>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 24 July 2013

STRATEGI MENYEDIAKAN REKA BENTUK DALAMAN RUMAH

Anda mungkin pernah melalui pengalaman membeli atau mendirikan rumah yang kemudiannya
dirasakan kurang sesuai dengan cara hidup atau aktiviti anda. Hal ini berlaku bukan sekali tetapi berkalikali bagaikan pusingan mengikut fasa kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila membeli rumah sewaktu bujang atau baru mendirikan rumah tangga.


BILANGAN PENGHUNI
Ini menentukan berapa ruang yang diperlukan. Mungkin ada yang boleh berkongsi bilik dan ada yang tidak boleh. Semua inimenentukan perancangan dan aturan. Begitu juga di ruang lain seperti ruang makan dan ruang tamu.




ANAK
Bayi memerlukan perhatian dan aktiviti berlainan menurut umurnya. Apabila empat hingga lima tahun, keperluan anak dan kemajuan fizikal serta mental perlu dijaga. Dalam tujuh tahun pertama, perbezaan dari segi aktiviti akan kerap berubah. Justeru itu, reka bentuk dalaman rumah perlu membantu pembentukan fizikal, selamat dan mewujudkan emosi yang baik.



TAHAP KESIHATAN
Faktor ini penting sebab ia memberi kesan kepada banyak perkara seperti bagaimana hendak bergerak atau berjalan dari satu ruang ke ruang lain, khususnya bagi yang menggunakan tongkat dan kerusi roda. Faktor keupayaan fizikal menentukan paras dan perubahan tahap lantai. Split level atau aras selisih mungkin cantik tetapi kurang berfungsi jika ada golongan kurang upaya tinggal di situ. Kemasan lantai dan permukaan dinding yang sesuai memastikan ahli keluarga selamat.

...

Ketahui lebih banyak strategi dalam Anjung Seri Julai di pasaran sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...