Anda mungkin pernah melalui pengalaman membeli atau mendirikan rumah yang kemudiannya
dirasakan kurang sesuai dengan cara hidup atau aktiviti anda. Hal ini berlaku bukan sekali tetapi berkalikali bagaikan pusingan mengikut fasa kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila membeli rumah sewaktu bujang atau baru mendirikan rumah tangga.
BILANGAN PENGHUNI
Ini menentukan berapa ruang yang diperlukan. Mungkin ada yang boleh berkongsi bilik dan ada yang tidak boleh. Semua inimenentukan perancangan dan aturan. Begitu juga di ruang lain seperti ruang makan dan ruang tamu.







