>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 19 July 2013

Merah Cili Berapi

Kabinet merah cili kemasan akrilik yang melengkapi wajah baru ruang dapur menjadi tarikan utama kediaman Datuk Ir Tajul Ariffin dan Datin Salmah Saleh selepas diubah suai.




 Merah bukanlah warna kegemaran Ir Tajul Ariffin, tetapi beliau berani menerimanya selepas berjaya diyakini oleh juruhias dalaman agar mempertaruhkan rona itu di ruang dapur sebagai unsur kejutan yang mengesankan. Sementelah beberapa contoh rumah yang ditata hias dengan sedikit merah membuktikan bahawa warna itu memang berupaya mewujudkan daya tarikan.
Memang warna merah cili yang dipilih untuk pintu kabinet dapur itu agak keterlaluan namun kebijaksanaan mengimbangkannya dengan warna putih permukaan kerja kabinet dan dinding berhasil mewujudkan suasana sejuk mata memandang. Apatah lagi padanan merah dan putih menegaskan gaya moden yang menjadi pilihan tata hias.
Kertas dinding dan binaan rak berkotak membezakan setiap kawasan tempat duduk di ruang tamu. Kemasan kertas dinding corak geometri yang membiaskan warna berkilau
menerbitkan ciri mewah manakala bidai fabrik dan langsir yang menggandingkan rona kelabu, hitam dan krim menegaskan kesinambungan warna tema kediaman.




Salmah bergambar bersama anaknya,
di ruang keluarga.
...
Dapatkan Anjung Seri Julai di pasaran sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...