>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 5 July 2013

Keluarga Besar Johnson Woo

Awal-awal lagi saya sudah diberitahu bahawa banglo tiga tingkat ini dihuni oleh sembilan ahli
keluarga - ibu, empat orang anak, dua menantu dan tiga cucu. Ini membuatkan hunian kediaman
itu menjadi lebih bermakna, tambahan pula keluasan ruang yang selesa disediakan berjaya
melengkapi keperluan sekaligus menyerlahkan lagi fungsi rumah.

Binaan kaca keluli bukan sekadar membawa masuk cahaya semula jadi ke dalam
rumah, bahkan mendekatkan suasana menghijau di taman dengan ruang dalaman.
Pintu kaca hayun membentuk lalulan dari ruang santai ke anjung di luar. Candelier
moden di ruang ini adalah lampu paling disukai Johson Woo.


Ungkapan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing menepati sikap keluarga besar Johson Woo Chzee
Wui. Saya kagum dengan semangat kerjasama mereka. Tidak sekali pun saya melihat ada ahli keluarganya yang duduk bersahaja sepanjang penggambaran berlangsung pada pagi
itu. Adik-adik lelakinya mahu pun perempuan sibuk menyiapkan sesuatu di ruang dapur dan merias apa yang patut di beberapa sudut rumah untuk menjadikannya lebih baik. Magic box adalah
inspirasi hiasan dalaman mereka.



“Acara makan  bersama adalah perkara wajib di rumah ini, jadi ruang makan
sentiasa menjadi tumpuan kami sekeluarga. Maklumlah ibu saya suka memasak dan
kalau beliau masak memang di dalam kawah sebab kami ramai. Dan setiap kali di meja makan, memang meriahlah suasana.”

...
Dapatkan Anjung Seri Julai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemilik rumah ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...