>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday, 29 September 2014

Indahnya Pemandangan Bot Persiaran di Tasik!

Ini kali keempat saya berpeluang menulis mengenai kediaman di Putrajaya. Secara peribadi saya mendapati hartanah di sini mahal belaka namun bagi yang berkemampuan, membeli rumah di sini tentunya suatu pelaburan berbaloi. Konsep perbandaran Putrajaya menawarkan rumah bermutu serta prasarana mengagumkan.
Lantaran itu, pasangan tuan rumah, Datin Dr Nurul Azzah Zainal Abidin, 42 dan suami, Datuk Azman Ismail, 45 tidak teragak-agak membeli. Mereka memberi alasan, berkenan dengan pemandangan menghadap tasik. Ini sesuai dengan idea mahu menjadikan rumah itu sebagai kediaman hujung minggu.
Rumah dan persekitaran memang cantik, klik link untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/09/29/indahnya-pemandangan-bot-persiaran-di-tasik/

Wednesday, 24 September 2014

Monday, 22 September 2014

Jalan-Jalan Cari Barang Di Aino Living


Hujung minggu menghabiskan masa bersama keluarga dengan berjalan-jalan sambil window shopping di Sunway Piramid, Subang Jaya, tidak terlintas untuk membeli-belah.
Dalam asyik mengintai jendela beberapa kedai, saya seolah-olah dipanggil untuk memasuki kedai perhiasan dalaman Aino Living. Mungkin juga disebabkan warna jingga putih kedai yang menarik perhatian.
Barang hiasan dalaman bergaya moden dan peralatan dapur yang praktikal membuat tapak tangan kiri saya terasa gatal, sementelah harganya berpatutan.
Bagi sesiapa mempunyai belanja tidak lebih RM2,000, pasti mampu membeli untuk mengubah mana-mana sudut kediaman. Dalam tidak mahu membeli, berbelanja juga saya dibuatnya apabila melangkah ke Aino Living ini.

Monday, 15 September 2014

Syurga Idaman



Ibarat mencari pasangan, jangan mudah membenci orang yang mula-mula kita kenali, kelak terikat menjadi teman sejati. Begitulah juga dengan rumah yang kita beli, mungkin pada mulanya kita sukarmenerima sesuatu yang belum kita biasa tetapi lama kelamaan, bertukar suka sehingga akhirnya menjadi syurga di hati! Seumpama itulah kisah Roslina Hudin, 43, dan kediamannya di Shah Alam.

“Sewaktu mula suami memilih kediaman ini, saya memang tidak setuju kerana sewaktu itu kawasan ini belum membangun. Tiada apa hanya kawasan perumahan ini sahaja yang ada. Keadaan sangat sunyi jiran pun belum ramai. Ini membuat saya berasa tidak selesa dan cuak untuk tinggal bersama anak-anak di sini.”

Artikel Lengkap

Friday, 12 September 2014

Sublet, Keuntungan Tanpa Modal


Pernahkah anda terfikir menyewakan semula hartanah yang disewa? Dalam erti kata lain, kita sebagai penyewa boleh mencipta peluang untuk menjana keuntungan atau memperoleh pendapatan pasif hanya dengan menggunakan aset milikan orang lain. Tanpa perlu memiliki hartanah sendiri, namun anda masih boleh menikmati hasil duit sewa setiap bulan.
Idea ini tentunya cukup menarik untuk dipertimbangkan terutama buat mereka yang baru berjinak-jinak mengumpul dana bagi memulakan pelaburan hartanah.
Teknik sublet seperti ini semakin mendapat perhatian kerana ia dikatakan mampu memberi pulangan lumayan.

Wednesday, 10 September 2014

Tips Bilik Tidur Anak-Anak


Berikut adalah tip-tip bilik tidur anak-anak yang perlu anda tahu.
  • Jangan guna lebih daripada empat warna dalam satu bilik.
  • Pilih langsir siang yang membolehkan kemasukan cahaya semula jadi ke dalam bilik.
  • Jika bilik ada tingkap besar, gayakan dengan corak besar, manakala bagi tingkap kecil, pilihlah corak kecil mengikut kesesuaian.
  • Untuk mengelakkan habuk terperangkap pada langsir, lakukan kerja membersih dengan penyedut hampa gas seminggu sekali.

Monday, 8 September 2014

Jom Pi Kedah Jalan-jalan Sambil Belajar

Alami pengalaman menjadi budak kampung dalam suasana desa yang menyeronokkan. Program anjuran Berita Publishing Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, memberi kelainan bagi anda.

BILA?

24 - 25 Oktober 2014 ( 2 Hari 1 Malam )

HARGA

  • RM250 seorang bagi Pakej Berkumpulan (sekolah) minimum 50 pelajar (2 orang guru pengiring tanpa bayaran)
  • RM270 seorang bagi Pakej Perseorangan

Harga termasuk pengangkutan, penginapan, makan dan minum, beg cenderahati istimewa dan sijil penyertaan.
Jom-Kedah-1

PROGRAM & AKTIVITI

Berkumpul di Stesen Kuala Lumpur Sentral pada jam 8.30 malam pada 23/10/2014. Bertolak ke Kedah menaiki keretapi.

HARI PERTAMA

Program 'Indahnya Merbok'
  • Lawatan ke Muzium Bakau
  • Eksplorasi Bakau (Chalet Terapung Segantang Garam)
  • Lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang
  • Ekskavasi Tapak Arkeologi Sungai Batu

Jom-Kedah-2

HARI KEDUA

Program ‘Inap Desa’
  • Aktiviti ‘Kenali Kampungku’
  • Aktiviti ‘Budak Kampung’
  • Budaya Kampungku

Jom-Kedah-3
Bertolak pulang ke Kuala Lumpur

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

15 Oktober 2014 atau apabila .penyertaan sudah penuh.
Pertanyaan, hubungi: 03-76208111 samb 118 , (Suriani) 017-6309436 , (Hasrul) 017-2825523

Friday, 5 September 2014

Tidak Kekal Dengan Satu Gaya



Alah bisa tegal biasa. Lantaran sudah lama cenderung dan terbabit dalam bidang hiasan dalaman, maka apa sahaja halangan tidak membataskan ilham seseorang untuk berkreatif.

Tidak payah tunggu tugasan daripada orang lain untuk menunjukkan kebolehan kerana yang penting adalah minat dan rajin mengasah bakat sedari awal.

Menyebut mengenai hal hias menghias, bukanlah sesuatu yang baru bagi Eksekutif Kanan Forex, Reeza Mohammed. Minatnya dalam bidang itu tertanam sejak beliau masih tinggal bersama orang tua.

Teruskan membaca

Tuesday, 2 September 2014

Ingin Kabinet Berpulau Di Ruang Dapur


Soalan

Rumah saya tidak mempunyai sekatan di antara ruang tamu dengan ruang dapur. Walaupun begitu saya amat menyukainya kerana lebih terbuka dan luas memandangkan keluasaan ruang dapur kira-kira 14 meter persegi.

Jika boleh, saya mahukan seunit kabinet berpulau dibina di situ untuk bersarapan dan meja penyediaan makanan.

Kamariah Abdullah, Batu Caves, Selangor.

Baca jawapannya disini

Monday, 25 August 2014

Demi Ibu Bapa


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Demi keselesaan ibu yang kerap mengunjungi rumahnya, Raja Azhar Raja Majid, 48, mengecat serta menghias kediaman mengikut warna dan gaya kesukaan ibunya.
Kemasan dinding bercat rona lembut merah jambu diiringi pencahayaan sorot ke bawah membuatkan suasana ruang tamu sejuk dan mendamaikan. “Suasana rumah mirip atau hampir sama dengan rumah ibu bapa saya,” kata Raja Azhar.
Isterinya, Elma Noor Shaarani, 46, pula menyokong tindakan suami kerana sebelum ini dia pun melakukan yang sama
untuk ayahnya, Cikgu Shaarani Abdul Ain, dua tahun lalu.
Menurut Elma, ayahnya bekas guru besar Sekolah Rendah Tanjung Bayan, seorang yang sangat berdikari. “...selepas ibu meninggal dunia, ayah bertegas tinggal sendiri kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak. Selepas mendapat tahu ayah menghidap katarak mata, saya berusaha ‘menculik’ ayah dan membawanya ke rumah ini,” katanya.
Baca artikel penuh di sini

Thursday, 21 August 2014

Semakin Dewasa Semakin Padat


Minat menghias rumah bercambah sejak remaja. Apatah lagi, emak sangat menitikberatkan kebersihan dan kekemasan rumah semenjak saya kecil. Kami diajar membuat kerja rumah, di mana setiap anak-anak mempunyai tugasan masing-masing.
Majalah Anjung Seri sentiasa menjadi pilihan saya sejak remaja hingga sekarang. Saya masih ingat lagi, sewaktu di zaman universiti, rakan sebilik sering membeli Anjung Seri setiap bulan dan saya tidak melepaskan peluang menumpang membacanya. Hendak membeli sendiri kurang berkemampuan kerana bajet terhad.
Sejak dahulu hinggalah keluaran terbaru, saya dapat merasakan pengisian majalah semakin matang dan gambar yang dipaparkan semakin hari semakin cantik, tip yang diberi sangat berguna dan praktikal.
Tanpa saya sedari, sudah 20 tahun Anjung Seri mewarnai dan menyeri dunia dekorasi tempatan. Ibarat anak kecil yang kini sudah dewasa.
Setelah memiliki rumah sendiri, semangat menghias rumah semakin membuak-buak. Semestinya Anjung Seri menjadi rujukan utama saya.
Saya melakukan sendiri kerja menata hias kediaman dengan sokongan suami tercinta. Alhamdulillah, walaupun belum siap sepenuhnya, Anjung Seri banyak memberi saya idea bernas dan kreatif dengan paparan bervariasi seiring bajet saya.
Terima kasih Anjung Seri kerana majalah ini telah menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada saya dalam merealisasikan kediaman impian dan akan sentiasa menjadi koleksi peribadi saya.
Fazalina Mohd Yusof
Kota Damansara, Petaling Jaya.

Monday, 18 August 2014

Hari Keluarga Anjung Seri di Janda Baik



Hari Keluarga Anjung Seri yang menyatukan kakitangan majalah hiasan dalaman itu dengan sebahagian pembacanya berlangsung meriah selama dua hari satu malam di Harmony Excellence Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang pada Jun lalu.

Majlis itu mengisi jadual program yang diatur sepanjang tahun ini bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Anjung Seri.

Seramai 40 pembaca bertuah yang dipilih menyertainya bukan sahaja berpeluang belajar membuat hiasan kraf menggunakan tumbuhan kering, tetapi juga menguji minda dan fizikal dalam Eksplorasi Rimba.

Rombongan bertolak dari pejabat Berita Publishing Sdn Bhd pada pagi 21 Jun dan sebaik tiba di pusat percutian & latihan itu, mereka disambut dengan jamuan minum pagi sebelum menyertai demonstrasi membuat kraf oleh Attitude Planet Art (APA Art) kendalian dua rakan kongsi, Fauzi Abdul Majid@Benji dan Hisham Kamarudin@Sam.

Mereka kemudian mendengar perkongsian ilmu ‘Petua Dapur’ daripada penulis Anjung Seri, Irawati Ismail, diikuti taklimat mengenai kegiatan dan operasi Harmony Excellence oleh pengurus syarikat, Azrul Nizam Abdul Aziz.

Friday, 15 August 2014

Rambang Mata Di Bali

Wanita dan membeli-belah memang tidak boleh dipisahkan. Meskipun jadual kerja padat kerana menghadiri Forum Samsung Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Nusa Dua selama tiga hari di Bali, itu tidak menghalang saya mencari masa membeli belah.
Kebetulan pusat beli-belah berdekatan, Bali Collection mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari hotel penginapan, maka itulah tempat pertama saya tuju pada hari pertama tiba di Bali.

Namun harga barang di situ mahal dan hati teringin pula hendak mencuci mata di tempat lain. Hari kedua selesai menghadiri forum, saya ditemani beberapa rakan media mengunjungi tempat menarik di sekitar Seminyak dan Jimbaran. Kebetulan pula kenalan di Bali sudi membawa kami makan angin, memang hati melonjak gembira kerana tidak perlu bersusah payah menyewa pengangkutan ke sana.
Terletak di Tabanan, iaitu kira-kira 30 minit pemanduan dari Nusa Dua, rambang mata melihat kawasan bazar dipenuhi kedai kecil menjual aneka cenderamata, aksesori hiasan diri dan pakaian. Di sini, lukisan dinding pelbagai ukuran dan motif menarik boleh diperoleh dengan harga murah, kira-kiraRM15. Begitu juga peralatan rumah semuanya berharga kira-kira RM2.
Sementara menanti matahari terbenam, saya singgah di setiap kedai melihat barang jualan yang boleh dibeli sebagai oleh-oleh. Namun hati lebih tertarik untuk membeli-belah di Agung Bali.
Satu-satunya toko terbesar di Tanah Lot, ia menawarkan aneka barang kraf dan tradisional Bali dalam satu tempat berharga kira-kira RM1 sahaja! Dengan hanya membelanjakan kira-kira RM20 yang bersamaan Rp75,000, saya berjaya membeli 10 biji pinggan hiasan dan 50 buah dompet diperbuat daripada kain batik.
Ikutkan hati memang semuanya mahu saya beli tapi apakan daya, saya tiada kudrat untuk mengangkut balik semuanya ke Malaysia!

Wednesday, 13 August 2014

Pereka Bentuk Produk Mohd Sujak Hasbollah


Sejak akhir-akhir ini nama Mohd Sujak Hasbollah menjadi perbualan dan sebutan pereka perabot sama ada tempatan mahupun luar negara. Semua ini gara-gara kejayaannya melayakkan diri sebagai finalis Malaysia Mobili Milan 2014 dan Salone Satellite Award 2014, pertandingan reka cipta industri antarabangsa di Milan, Itali yang diadakan setiap tahun sejak 1998.
Kejayaan yang diraih itu adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Berkelulusan Ijazah dalam Seni Reka Industri dari Uitm Shah Alam, Mohd Sujak mempunyai sikapnya yang tidak berputus asa dan menjadikan kegagalan yang dihadapinya sebagai pelantar untuk menjadi lebih baik.
Satu demi satu produk rekaannya menerima pengiktirafan sejak tiga tahun lalu. Antaranya Top 20, Nextus Malaysia New Furniture Designer 2011, Manufacturer Choice, MIFF Ideation Award 2011, Platinum Award, MIFF Furniture Excellence Award 2013, Malaysia Good Design Mark 2013 dan Top 46 Design, MIFF 2014.

Monday, 11 August 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 Meriah


Seiring dengan slogan Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) - Pilihan Tepat Anda, pelbagai jenis buku mengikut peringkat umur dipamerkan dan dijual dengan potongan harga menarik di Pesta Buku Antarabangsa 2014 di PWTC pada 23 April hingga 4 Mei lalu.
Pesta buku itu bertujuan menambah dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia di samping memberi kemudahan kepada pengunjung mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan di bawah satu bumbung. Gerai BPSB di Dewan Tun Hussein Onn dikerumuni ribuan pengunjung.
Kaunter langganan mendapat sambutan hebat daripada pengunjung yang melanggan majalah terbitan BPSB iaitu, Anjung Seri, Jelita, Malaysian Business dan Madam Chair kerana mendapat hadiah tajaan Living Palette Sdn Bhd iaitu set gelas Luminarc, bekas simpanan makanan Luminarc dan kaserol Arcuisine.

Wednesday, 6 August 2014

Lain Dari Yang Lain


Alasan ingin memiliki rumah lebih besar kerana bilangan keluarga bertambah sememangnya lazim didengar. Bagaimanapun alasan hendak berpindah rumah kerana tempat letak kenderaan yang sedia ada tidak cukup besar, kali pertama saya dengar.
Jurina Azanan sengaja mencabar suami yang berhajat membeli motor berkuasa tinggi supaya mendapatkan rumah lebih besar kerana kediaman dihuni sekarang tidak mempunyai ruang di tempat letak kereta atau lebih tepat, tidak muat untuk sebiji lagi motor!
“Sebenarnya saya hanya bergurau dan tak sangka suami bersungguh-sungguh mencari rumah baru. Disebabkan kami akan berpindah di Bukit Jelutong maka saya mengajak Anjung Seri merakam gambar rumah sebagai kenang-kenangan. Berat hati sebenarnya hendak berpindah,” kata Jurina.

Monday, 21 July 2014

Pencuci Mulut Hilangkan Bau Hancing



Bagi yang memelihara kucing atau anjing, pasti berhadapan masalah kesukaran menghilangkan bau hancing pada permukaan lantai, dinding atau perabot. Meskipun sudah disemburkan dengan pewangi dan pelbagai jenis pencuci, bau hancing masih ada.

Cubalah cara ini pula, iaitu campurkan dua cawan air bersama satu cawan pencuci mulut. Semburkan pada kawasan yang berbau dan lekapkan surat khabar di atas permukaan itu untuk mengeringkannya.

Ulang semula sehingga bau hancing tiada lagi.

Friday, 18 July 2014

Buaian Mengimbau Nostalgia Zaman Kanak-Kanak


Kehadiran buaian di ruang laman pernah menjadi fenomena ikutan suatu ketika dulu. Saya masih ingat sewaktu kecil, iaitu sekitar tahun 1980-an, kebanyakan rumah terdapat buaian besi dengan dua tempat duduk yang menghadap satu sama lain. Kalau untuk golongan dewasa, buaian itu selesa menempatkan empat orang. Namun bagi kanak-kanak sebaya saya, selagi boleh kami mahu memenuhkan ruang buaian!
Buaian besi itu menjadi bas atau keretapi olok-olok kami dengan mengenakan tiket setiap kali teman sepermainan mahu menaikinya. Kemudian, si pengelola tiket dan juga merangkap sebagai pemandu akan menghayun selaju-lajunya buaianmenggunakan tenaga kaki dan tangan. Cukup seronok merasa angin kencang daripada hayunan sambil disusuli teriakan dan ketawa beramai-ramai.

Wednesday, 16 July 2014

Helsinki Di Hatiku


Bukan mudah hendak merakam kediaman milik Pengurus Komersial Aino Living, Harriet Holmberg kerana masa terlalu mencemburuinya sehingga sukar untuk membuat temu janji. Sebaik tarikh ditetapkan, saya mewakili krew Anjung Seri berasa teruja hendak ke rumahnya.
Ternyata, Harriet lebih gemar berbicara mengenai kerjaya berbanding soal peribadinya. Saya menghormati permintaan beliau agar rencana ini difokuskan kepada kegiatan kerja dan sedikit perihal rumah.
Bertugas sebagai Pengurus Komersial Aino Living Sdn Bhd (Aino Living) sejak 2010, Harriet bertanggungjawab dalam merancang pembangunan konsep kedai, reka bentuk dalaman, perdagangan visual dan pemasaran.

Wednesday, 9 July 2014

Rumah kaca, adakah praktikal?

“AzlanPenggunaan bahan kaca untuk dinding atau tingkap rumah, ada baik dan buruknya. Selain membolehkan kemasukan cahaya semula jadi, pemandangannya cantik apabila dilihat dari luar.
Saya tertarik melihat rumah berdinding kaca penuh seperti dalam cerita Korea di tv, nampak moden dan berani. Bagaimanapun kos bahan itu mahal dan orang kaya saja yang mampu memiliki rumah seperti itu.
Dari segi keburukan, bagi saya rumah berkaca tidak ada privasi, orang luar boleh nampak terus ke dalam, kos untuk melindunginya dengan langsir juga mahal, begitu juga pemasangan jeriji. Apa pun saya tetap suka rumah berdinding kaca.”
Mohd Azlan Zaidin, Pegawai Kerajaan.

Azamalini“Penggunaan kaca mahupun cermin memberi kelebihan tersendiri iaitu dapat mewujudkan tarikan selain menjadikan sesuatu ruang nampak lebih luas daripada suasana sebenar.”
Wan Azamalini Wan Abdullah, Pemilik Restoran Asapanas Bistro.


Zukri“Saya tidak menolak penggunaan bahan kaca mahupun cermin di kediaman. Perkembangan seni bina sekarang memang melebihkan bahan berkenaan sama ada sebagai dinding utama, tingkap mahupun pembahagi ruang.
Suka atau tidak, baik atau buruk, terpulang kepada penerimaan masing-masing.
Selalunya arkitek membuat cadangan berdasarkan kehendak pelanggan.”
Ahmad Zukri Aziz, Arkitek.

Ismail“Cantik dipandang tetapi kurang praktikal di tempat bercuaca panas seperti negara kita.
Lagi pun kena pakai banyak langsir. Banyak belanjanya.”
Ismail Pantek, mantan wartawan.


hadi“Rumah kaca memang nampak moden, cantik dan bergaya! Apatah lagi kalau ia diguna sampai ke bilik air. Tetapi dari segi rekaan seni bina mestilah bijak.
Dalam keadaan begini, bilik air selalunya terletak di dalam bilik tidur, justeru tidak terdedah di tonton mata luar.”
Abdul Hadi, Penolong Pegawai Pertanian.

Maklumat umum mengenai penggunaan kaca jenis double glaze.
  • menyelesaikan masalah bising.
  • menghasilkan kesan bunyi baik.
  • jimat tenaga dan meningkatkan daya penebatan.
  • menghasilkan persekitaran lebih senyap, tenang dan kurang tekanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...