>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 27 October 2014

Bahan Binaan Mesra Alam


1. KAYU

Diguna sejak beberapa abad lalu. Ia mudah didapati dan dengan itu tidak membabitkan kos yang tinggi apabila hendak membuat binaan baru mahupun pengubahsuaian.
Bahkan apabila bangunan hendak dirobohkan, kerangkanya boleh dikitar semula.

2. BAHAN MENYERUPAI KAYU

Bahan ini semakin mendapat sambutan, antaranya lantai kayu lamina Floor Depot.
Ia dihasilkan daripada bahan mesra alam yang tidak memudaratkan kesihatan dan hadir dalam pelbagai corak menarik, di samping tahan lasak, tahan lama serta boleh ditanggalkan semula untuk dipasang di tempat lain.
Sebab itu lantai kayu lamina Floor Depot menjadi pilihan kebanyakan pemilik rumah.
Proses pemasangannya juga mudah dan mengambil masa singkat kerana tidak membabitkan sebarang proses memecah struktur lantai sedia ada. Penghasilannya yang mesra alam berjaya mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara.

3. GABUS

Banyak diguna dalam bidang pembuatan wain, tapi turut mendapat tempat dalam industri binaan yang digunakan untuk lantai, dinding dan siling.
Gabus bersifat anti-gegaran dan anti-bunyi jadi ia adalah bahan penebat yang baik. Gabus dihasilkan daripada pokok oak istimewa yang hanya dituai setiap 9 tahun sekali.
Selepas dituai, pokok akan terus mengeluarkan pucuk baru.

4. KACA

Penggunaan kaca sebagai bahan binaan bangunan mesra alam semakin meluas kerana keupayaannya menapis sinaran cahaya dan haba matahari yang boleh membahayakan kesihatan.
Dalam masa yang sama ia membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam bangunan, secara tidak langsung menjimatkan kos tenaga.
Penggunaan kaca turut memberi peluang arkitek, jurutera dan pereka bentuk mengharmonikan struktur rekaan dengan persekitaran.

5. BAHAN BINAAN HASIL KAJIAN

Pelupusan sisa pertanian secara berleluasa dan tidak terkawal seperti pembakaran terbuka mengakibatkan pencemaran serta mengganggu sistem ekologi semula jadi.
Pelbagai penyelidikan dijalankan bagi mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah pencemaran itu. Salah satu daripadanya adalah mengitar semula bahan berkenaan menjadi perabot serta bahan binaan seperti jubin dan siling.
Terdapat juga bahan binaan yang dihasilkan daripada kelapa sawit, hampas jagung, jerami dan sekam padi. Satu lagi bahan binaan yang dihasilkan daripada kajian ialah bata G-brick atau bata hijau yang diilhamkan oleh Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan dihasilkan oleh UMP Innovest Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan oleh Universiti Malaysia Pahang bersama Portlanad Group of Companies.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...