>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday, 27 April 2015

Saya Teliti, Suami Lagi Teliti


Daripada seorang juruhebah radio dan pengacara televisyen kini Hani Farhana bergelar penyanyi Rap. Perkembangan dalam kerjayanya itu bagaimanapun tidak mengubah masa yang diperuntukkan untuk menghias kediaman.
Hani Farhana Mohd Hatim, 31 atau lebih dikenali dengan panggilan Hunny Madu mungkin tidak lagi terikat dengan kerja di radio, tetapi tugas sebagai seorang isteri, ibu, pengacara Hip TV bersama stesen TV9 dan menjadi penyanyi sudah cukup memenuhi masa lapangnya.
Justeru itu, beliau dan suaminya, Khairul Azhar Wahid, 40 memilih penataan praktikal untuk unit kondominium mereka.
Baca artikel seterusnya di sini

Thursday, 23 April 2015

Guna Semula Air Mandian


Menyiram pokok di taman tidak semestinya perlu menggunakan air paip. Sebaliknya anda boleh guna semula air mandian.
Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat menjimatkan bil air, tetapi yang penting menyokong amalan hijau.
Jadi mulai sekarang setiap kali anda mandi, jangan lupa bawa sekali baldi kosong dan letakkan di sisi atau di bawah pancuran supaya air siraman yang lalu ke badan akan masuk ke dalam baldi.
Takungan air di dalam baldi inilah yang boleh digunakan untuk menyiram pokok. Anda juga boleh menggunakan air cucian pinggan mangkuk.

Monday, 20 April 2015

Mengindahkan Taman Cara Mudah & Murah


Jadikan usaha mencantikkan taman, yang sejak sekian lama tergendala, sebagai projek 2015 anda. Mulakannya sekarang agar suasana baru itu dapat dinikmati menjelang majlis rumah terbuka Syawal nanti.
Jangan jadikan kewangan sebagai punca yang membataskan impian kerana anda tidak perlu pun mengeluarkan belanja besar. Masih ada cara lain yang boleh dilakukan dengan menggunakan perbelanjaan minimum.
Ia juga boleh dilaksanakan di semua kawasan taman tanpa mengira keluasan. Yang penting adalah kesungguhan anda memastikan taman impian kekal cantik.

Wednesday, 15 April 2015

Sunway Lagoon Penuh Magis & Keseronokan


Melangkah sahaja ke Sunway Lagoon yang menerima anugerah ‘Taman Tema terbaik di Asia’, suasana penuh magis dan keseronokan dirasai bagi anda serta keluarga.
Seringkali dipilih sebagai lokasi bagi acara antarabangsa seperti MTV World Stage dan Amphitheatre @ Sunway Lagoon pula pernah mementaskan beberapa teater musikal West End antaranya Peter Pan the Musical, Snow White and the Seven Dwarfs the Musical dan banyak lagi.
Menangi 18 pas masuk untuk 2 orang ke Sunway Lagoon, klik sini untuk maklumat lanjut.

Monday, 13 April 2015

Outdoor Dining


Ingin mencuba suasana baru saat makan bersama keluarga? Apa kata memanfaatkan ruang balkoni, anjung dan lanai sebagai tempat untuk menjamu selera. Atau boleh sahaja berkumpul di pondok terbuka di halaman. Kalau asyik menikmati hidangan di tempat yang sama - ruang dapur kering atau ruang makan - pun jemu juga, kan?
Ruang makan luar lazimnya bersifat sementara. Maksudnya kita tidak makan di situ setiap hari. Ia bukan ruang makan kita yang rasmi.
Sebaliknya ia adalah ruang makan tidak rasmi, yang wujud apabila ada majlis keraian atau ada ahli keluarga yang tiba-tiba berasa hendak makan malam sambil menikmati suasana luar. Ataupun kita berhasrat menjemput sekumpulan teman rapat, yang kita cuma sering 'bersua' di facebook, datang minum petang di rumah dan untuk itu di manakah lagi tempat sesuai kalau bukan di anjung
Ruang makan luar juga lebih santai dan mendekatkan kita dengan suasana alam - tumbuhtumbuhan hijau dan berwarna, serangga bebas lepas, cahaya bulan, kerdipan bintang, desiran angin. Semua ini tentunya mengasyikkan dan mendamaikan perasaan.
Apa pun pemandangan yang disajikan santai mana pun suasananya, pembentukan ruang makan luar tetap memerlukan perancangan rapi. Anda perlu mengambil kira beberapa elemen penting seperti susun atur, warna dan kapasiti ruang. Perlu diketahui bahawa ruang makan luar yang baik harus boleh berinteraksi dengan alam secara sempurna dan menawarkan keselesaan.

Friday, 10 April 2015

Cara Mendapatkan Ruang Tamu Yang Lapang Tanpa Ubah Suai



Di sesetengah kediaman, pembesaran ruang tamu memungkinkan tuan rumah menempatkan meja tambahan untuk kemudahan melakukan kegiatan masa lapang seperti menjahit dan menulis atau mewujudkan ruang tamu kedua yang lebih santai.

Baca artikel penuh

Thursday, 9 April 2015

Peraduan Riuh Rendah Di Dapur Bersama Luminarc & Anjung Seri


Jadikan dapur dan meja makan anda berseri dengan set makan malam yang segar dan menarik, Pink Bloom, koleksi terbaharu dan edisi terhad daripada Luminarc.
Hiasan bunga kecil merah jambu pada pinggan dan mangkuk menambah kemeriahan serta menaikkan seri meja makan dan ruang di dapur, tanpa memerlukan sebarang perhiasan lain seperti bunga.
Set lengkap 19 biji, merangkumi enam pinggan makan, enam pinggan sup, enam pinggan pencuci mulut dan satu mangkuk salad.

CARA MENYERTAI PERADUAN, HADIAH & SYARAT-SYARAT

Hantarkan satu resipi utama (masakan berasaskan ayam, daging atau makanan laut) dan satu resipi pencuci mulut. Resipi yang dihantar perlu disertakan sekali gambar masakan.
Hadiah
Pemenang Utama x 1
– Produk Luminarc bernilai RM1,000
Pemenang sagu hati x 9
– Produk Luminarc bernilai RM400

HANTARKAN PENYERTAAN BERSAMA BUTIRAN PERIBADI KEPADA:

Melalui Pos
Promosi Anjung Seri / Luminarc, Bahagian Acara & Promosi,
Berita Publishing Sdn Bhd.
No.16-20, Jalan 4/109E, Desa Business Park,
Taman Desa, Off Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur
Melalui Email
Hantar penyertaan anda ke anjungseri.beritapub@gmail.com

SYARAT PENYERTAAN

  • Hadiah tidak boleh ditukar kepada tunai.
  • Pemenang akan dihubungi melalui telefon.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Mei 2015.

Wednesday, 8 April 2015

Oh, Cantiknya Di Dalam!



“Betul ke nak buat photoshoot di rumah ni Encik Man? Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut jurugambar sebaik melihat kediaman ini,” cerita Azman Mustafa dari NAM Interior Design & Build. 

Banglo setingkat ini dimiliki pasangan suami isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah dan Sabri.

Memang sangat cantik rumah ini, klik pautan dibawah untuk melihat koleksi gambar yangdiambil oleh Team Anjung Seri.

http://anjungseri.my/2015/04/08/oh-cantiknya-di-dalam/

Wednesday, 25 March 2015

12 Rahsia Di Dapur


Jadikan dapur anda sentiasa dalam keadaan tip-top dan bersedia menerima kunjungan sesiapa sahaja tanpa anda berasa malu mahupun bimbang kalau sink tersumbat atau tuala tangan lembap ataupun periuk belanga bersimpang-siur.
Segar dan bersih dengan idea hiasan menarik pasti membuatkan ruang dapur anda satu tempat yang menyeronokkan!
Anda tentu tidak kisah untuk berada lama di ruang dapur kalau suasana yang diidamkan wujud di sini dan semua yang diperlukan juga ada di sini. Kami perturunkan 12 cara terbaik mewujudkan ruang dapur kemas dan bersih.
Martha Stewart, 'maharani' masakan dan hiasan dalaman turut berkongsi pendapatnya. Barangkali sebahagian besar cara yang dikemukakan ini sudah pun anda ketahui cuma belum dilaksanakan lagi.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, bertindak sekarang!

Monday, 23 March 2015

5 Unsur Utama Menghias Ruang Tamu Agar Nampak Mewah


Betul, kerja menghias tidak memerlukan sebarang aturan rasmi. Namun dengan sedikit pengetahuan pastinya memudahkan kita untuk membuat perancangan. Paling penting di peringkat awal adalah menentukan gaya hiasan yang hendak dipersembahkan.
Kali ini kami mengetengahkan unsur mewah dalam penataan ruang tamu. Ya, penerapan unsur mewah bukan hanya milik orang berada atau sesuai digayakan di banglo besar sahaja. Semua orang boleh menerapkan unsur ini selagi ada keinginan dan mengikut kemampuan wang yang ada.
Tipulah kalau tidak ada sekelumit pun perasaan untuk memiliki ruang tamu mewah lagi bergaya seperti di rumah orang kaya. Anda mungkin tidak mampu menyediakan ruang sebegitu gah dengan sekelip mata seperti orang ada-ada, tapi pernah dengar peribahasa 'sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit"? Maknanya kalau kemampuan terhad buatlah berdikit-dikit sehingga akhirnya kita berjaya menyempurnakan gaya hiasan mewah yang diimpikan.
Apakah unsur-unsur tersebut? Baca di sini

Thursday, 19 March 2015

10 Makanan Tidak Sesuai Disimpan Di Dalam Peti Sejuk


Peti sejuk adalah antara kelengkapan yang mesti ada di hampir setiap rumah.
Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyimpan bahan mentah seperti ikan dan daging serta lebihan makanan, peti sejuk juga diguna untuk mendinginkan minuman dan makanan kegemaran supaya lebih enak sewaktu diminum dan dimakan.
Namun tidak semua bahan makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk kerana persekitaran yang lembap dan dingin boleh mengurangkan rasa serta menjejas teksturnya.
Berikut adalah barang makanan yang tidak sesuai untuk simpanan peti sejuk.

Monday, 16 March 2015

Ubi Berkhasiat Tinggi


Ubi garut atau nama Inggerisnya Arrowroot berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan. Dikenali juga dengan nama botaninya Maranta arundinacea L, ia adalah pokok herba yang tumbuh berumpun serta banyak dijumpai di negara beriklim tropika dan bukan tropika.
Ubi garut juga dipanggil ubi bemban, ubi larut, ubi sagu, ubi sakut, ubi sagu Belanda dan sagu betawi.
Pokok daripada keluarga Marantaceae ini adalah sejenis rizom yang membesar dalam tanah, berbentuk bulat dan runcing di hujung manakala daunnya bujur telur atau mata lembing yang tersusun secara berselang-seli ataupun memanjang. Bunganya yang berbentuk tiub pula berwarna putih dan condong ke tanah.
Rupanya hampir menyamai lengkuas atau halia, tetapi rasanya tetap seperti ubi yang lain - manis dan berserat. Ukuran dan bentuk ubinya bagaimanapun berlainan mengikut spesies.
Ubi garut mengandungi kanji, protein, lemak, serat, gula dan resin serta fitokimia seperti beta karotena, niasin, tiamina dan riboflavin. Kandungan kanjinya pula mengandungi amilase dan kalium.

Friday, 13 March 2015

Bilik Air Sentiasa Kemas


Memastikan barangan di bilik air sentiasa kemas dan tersusun sebenarnya sangat mudah asalkan anda merancang susun aturnya.
1. Perhatikan sekeliling bilik air, adakah ruang kosong di atas lantai atau di dinding? Sudahkah anda manfaatkan ruang di bawah sink? Sudahkah anda gantung rak di atas sink.
2. Kalau belum, anda boleh melakukannya sekarang menerusi penyediaan tempat penyimpanan dengan memaksimumkan mana-mana ruang kosong di dalam bilik air.
3. Sediakan rak bertingkat di penjuru untuk meletak barang mandian. Kalau tidak mahu menggunakan ruang lantai boleh beli rak jenis gantung di dinding.
4. Sediakan rak berpintu cermin di atas sink dan kotak atau rak berlaci di bawah sink. Anda boleh mengupah kontraktor untuk memasang rak itu atau beli sahaja kotak siap diguna.
Bahkan ruang dinding di atas pam mangkuk tandas jenis duduk pun boleh dimanfaatkan untuk menggantung tempat penyimpanan tambahan .
5. Kaedah lain yang lebih murah adalah dengan menggunakan semula bekas penyimpanan lama seperti bakul serba guna atau rak bertingkat plastik.
Bekas yang sudah lama tersimpan di dalam stor itu boleh dijadikan tempat menyimpan tuala tangan dan tuala muka serta barang dandanan diri.
Troli juga boleh digunakan jika ruang mandi dibina terpisah daripada mangkuk tandas atau ruang mandi dipasang tabir.
6. Jika tiada ruang kosong lagi di kawasan lantai atau sekitarnya, cuba berfikir menegak, iaitu salah satu kaedah berfikir di luar kotak ;-).
Kita boleh cipta ruang penyimpanan secara menegak seperti menambah para-para, rak gantung, rel tuala dan beberapa penyangkut, semuanya dipasang di dinding tanpa mewujudkan sebarang halangan pun di kawasan lantai.
7. Akhir sekali, dalam keseronokan mencipta ruang tambahan, pastikan keadaan di dalam bilik air tidak terlalu padat sehingga kita berasa rimas dan lemas pula hendak mandi atau melepas hajat.
Satu lagi, dan ini sangat penting, iaitu anda meletakkan semula barang yang sudah diguna di tempat asalnya supaya tidaklah nampak bersepah. Apa gunanya ada tempat penyimpanan kalau barangan mandian masih diletakkan di merata tempat!

Wednesday, 11 March 2015

Buruk-Baik Berkongsi Bilik


Sesetengah ibu bapa memang memilih untuk berkongsi bilik bersama anak kecil, khususnya yang masih bayi. Mereka akan menyediakan katil bayi di dalam bilik tidur atau bayi itu tidur bersama mereka di atas katil kelamin.
Selain itu, ada pula anak-anak yang terpaksa berkongsi bilik, terutama di kalangan keluarga yang mempunyai rumah kecil dan jumlah bilik tidur terhad. Selesa mana pun kita tidur sebilik dengan anak kecil atau serasi mana pun adik-beradik berkongsi bilik, hakikatnya lama-kelamaan anak-anak akan membesar dan memerlukan ruang privasi masing-masing.
Namun sebelum bayi anda membesar menjadi kanak-kanak dan boleh berpindah tidur sendirian di dalam biliknya atau sementara anda dapat menyediakan bilik yang mencukupi untuk setiap anak, masing-masing terpaksa akur dengan keadaan semasa. Tidak ada buruknya berkongsi bilik kerana dalam setiap keburukan ada kebaikan.

Monday, 9 March 2015

Dulu Seorang Kini Berdua


Lapan tahun menduda akhirnya Julfekar Ahmad Shah, 50 tunduk kepada ketentuan Ilahi apabila bertemu jodoh dengan Min Yasmin Abdul Aziz, 26. Perubahan dalam kehidupan peribadinya itu turut membawa bersama perubahan dalam suasana kediamannya yang menyaksikan sebuah rumah bujang serba santai bertukar menjadi rumah kelamin yang lebih indah dan teratur. Itulah yang berlaku ke atas unit kondominium Julfekar selepas mendirikan rumahtangga dengan Min Yasmin pada April tahun lalu.
“Sebaik saja berkahwin kami terus sepakat untuk menghias semula rumah bujang Julfekar ini. Kediaman dulu tu memang ‘bujang’ sangat,” kata Min Yasmin, tersenyum.
Mereka menyerahkan kerja menghias semula kepada juruhias dalaman Siti Hawa Ismail. Kedua-dua Julfekar dan Min Yasmin memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk mencantikkan kediaman mereka. Namun pada masa yang sama juga mereka duduk berbincang mengenai apa yang perlu dan sesuai, terutama dalam memilih warna serta corak kemasan.

Monday, 2 March 2015

Membesar Dengan Anjung Seri


Tugasnya di awan biru membawa beliau ke banyak negara. Ini juga secara tidak langsung memberi beliau peluang tinggal di hotel luar negara. Kekerapan kunjungan itu seterusnya membuatkan beliau jatuh cinta dengan dekorasi setiap hotel yang dikunjunginya. Lalu digarapnya semua ilham dan inspirasi itu di kediaman merekamenjadi satu persembahan dekor yang memukau pandangan.
“Saya suka gaya beberapa hotel di London, Paris dan di sesetengah ibu kota negara Eropah lain yang masih mengekalkan ciri klasik biarpun tidak seratus peratus kerana diadun dengan gaya kontemporari. Menariknya, biarpun keluasan bilik terhad pihak pengurusan hotel di sana masih mampu mengasingkan suasana ruang tamu, sudut bekerja dan ruang tidur seolah-olah ia dalam kawasan yang berbeza sedangkan hakikatnya saling berpautan.
“Sebahagian besar hotel masih mengekalkan penggunaan sofa fabrik bersayap atau sofa kulit chesterfield ataupun grandmother chair, set meja kerja kayu dan katil berkepala kayu. Mereka sangat bangga dengan rekaan perabot tradisional mereka dan tidak tergesa-gesa menukar kepadaperabot moden,” jelasnya, yang hanya mahu dikenali sebagai Nana.

Wednesday, 25 February 2015

Kertas Dinding Jadi Taruhan

Buat kali pertama, juruhias dalaman Azman Mustafa dari NAM Interior Design & Build menampilkan kertas dinding sebagai tonggak penyeri kediaman dan bukannya binaan panel kayu, penghadang mahupun rak seperti lazim beliau lakukan.
Ia adalah untuk memenuhi permintaan tuan rumah yang menolak pembinaan pengadang kerana mahu menampilkan suasana luas dan lapang.
Kemasan kertas dinding melatari hampir keseluruhan ruang dalaman, kecuali di ruang dapur. Azman juga berjaya menterjemahkan kehendak tuan rumah yang menginginkan gaya klasik Itali di bilik tidur utama dan ruang dapur berkonsep terbuka.
Beliau menambah, satu lagi yang menarik mengenai kediaman ini adalah ia tidak mempunyai ruang menonton kerana setiap bilik dilengkapkan dengan layar televisyen.
Melangkah masuk ke ruang tamu, suasana tenang dan indah menangkap pandangan hasil pancaran kertas dinding warna lembut krim tanpa sarat bercorak.

Monday, 23 February 2015

Dekat Pejabat Syarat Utama


Menariknya, Azlinda dan suaminya, Ahmad Azwar Azmi, masing-masing sudah mempunyai rumah sendiri sewaktu masih bujang lagi. Jadi setelah menjadi pasangan suami isteri mereka terpaksa menentukan rumah mana untuk didiami.
Antara syarat pemilihan mereka adalah kedudukan rumah berhampiran tempat kerja, keluasan rumah selesa, suasana persekitaran taman perumahan tidak sesak, bersih dan terjaga serta lokasi rumah di hujung jalan yang privacy. Dan ciri-ciri ini ada pada rumah Azlinda.
“Memang syarat pertama pilihan saya adalah saya nak tinggal di rumah yang paling dekat dengan tempat kerja. Sebabnya, sewaktu mula-mula kerja dulu saya menyewa jauh di Permatang Pauh dan mengambil masa setengah jam memandu ke pejabat.
“Saya dah lalui penat-lelah memandu lama. Jadi apabila dapat rumah yang dekat dengan pejabat rasa selesa sangat. Maka kami memutuskan untuk tinggal di rumah saya. Lagipun rumah saya lebih luas. Rumah suami saya disewakan kepada pekerja kontrak,” luah Azlinda.
Menariknya lagi, rumah mereka tidak menghadap kediaman orang.

Monday, 16 February 2015

Kaedah Penyelesaian Ruang Penyimpanan


Ruang penyimpanan di kediaman tidak pernah dianggap barang mewah, sebaliknya sudah disifatkan sebagai kelengkapan perlu ada, termasuk untuk bilik tidur khususnya bilik tidur yang kecil.
Jangan sekali-kali menggunakan alasanruang sempit sebagai penyumbang utama kepada suasana bilik yang tidak teratur, berserabut dan semak sehingga bilik kecil itu menjadi gelap malah tiada ruang untuk bergerak!
Semua ini sebenarnya boleh diubah kalau anda bersedia untuk mengikut cara betul dalam penyediaan tempat penyimpanan walaupun ia sedikit mencabar sewaktu melaksanakannya.
Lima cara berikut diyakini boleh membantu anda mengatasi masalah untuk menyimpan barang dan seterusnya mencapai impian memiliki bilik tidur yang kemas walau di ruang kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...