>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday, 28 January 2015

Tips Menjaga Bunga Hiasan


Ternyata cukup sinonim kaum hawa dan bunga. Disebabkan itu, tidak hairanlah jika ramai suka menghias rumah dengan bunga. Jika jambangan bunga segar memerlukan belanja tinggi dan perlu kerap ditukar ganti, maka bunga hiasan plastik atau fabrik menjadi alternatif.
Begitu pun, bunga hiasan memerlukan penjagaan berterusan agar kekal menarik warnanya dan bebas habuk. Berikut adalah panduan mudah menjaga bunga hiasan.
1. Semburkan bancuhan air dan sedikit pencuci pinggan sehingga keseluruhan jambangan bunga betul-betul basah. Atau gunakan penyembur cucian sedia ada di pasaran.
2. Jemur bunga sehingga kering selama kira-kira tiga hingga empat jam bergantung pada cuaca.
3. Apabila kering, lap bunga tiruan dengan kain dan buang habuk secara teliti. Selak daun-daun dan lapisan bunga agar habuk yang terperangkap dapat dibuang.
4. Lakukan sebulan sekali.
5. Jika bosan, gubah semula jambangan bunga tiruan untuk mencipta suasana segar di persekitaran ruang tamu. Atau paling mudah, ubah kedudukannya ke sudut lain. Ambil jambangan bunga dari sudut lain untuk menghiasi ruang tamu pula.

Monday, 26 January 2015

Pencuci Pinggan Cuci Perabot



Ramai beranggapan sabun pencuci pinggan mangkuk hanya untuk membersihkan peralatan dapur.

Begitu pun, disebabkan ia mengandungi kimia kurang berasid dan tidak menghakis berbanding sabun cuci lain, ia juga boleh dijadikan pencuci perabot taman. Campurkan sedikit sabun ke dalam air suam dan bersih bahagian terkena kotoran menggunakan air sabun.

Bilas menggunakan air dan lap menggunakan kain kering.

Monday, 19 January 2015

Gaya Taman 2015

Bukan warna sahaja malah rekaan taman juga dikenal pasti berubah mengikut gaya saban tahun.
Melalui kajian dan penyelidikan daripada pakar dalam bidang seni taman serta penggemar tanaman hiasan, di bawah adalah gaya ikutan yang perlu di ambil kira dalam menghasilkan rekaan taman 2015.

TAMBAHKAN SUDUT TAMAN ORGANIK

Gaya TamanRamai sudah beralih kepada produk organik demi mengekalkan hidup yang sihat. Mengguna bahan semula jadi dan bebas campuran kimia, ia diyakini lebih selamat untuk kesihatan badan.
Sediakan satu sudut untuk anda tanam buah-buahan organik, sayursayuran organik serta herba organik.
Jadi sambil anda melayan bunga yang sedang mekar, anda juga boleh menghasilkan sumber makanan organik sendiri di satu tempat.

Friday, 16 January 2015

Beli-Belah Di CIMB Property Mart


Menghadiri satu sesi lelongan hartanah pada awal November lalu di Hotel Istana,Kuala Lumpur merupakan pengalaman pertama saya. CIMB Property Mart selaku pengelola kepada acara tersebut telah melantik dua syarikat jurulelong bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun - Ng Chan Mau & Co. Sdn Bhd dan Property Auction House Sdn. Bhd.
Sambutan pada hari itu ternyata cukup mengujakan dan saya melihat betapa pegawai CIMB bertugas serta warga kerja syarikat jurulelong seakan tidak menang tangan ketika menguruskan urusan pendaftaran.
Hampir 300 pembida hadir dan orang ramai sudah mula beratur seawal jam lapan pagi. Rata-ratanya datang dari sekitar Lembah Klang.
Sebelum tarikh lelongan, maklumat mengenai hartanah yang akan dilelong sudah pun diiklankan di beberapa dada akhbar. Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menjadi pembida iaitu sebagai pembeli berpotensi untuk mendapatkan hartanah tersenarai, butiran mengenai harga dan lokasi mesti diteliti.
Menurut Timbalan Presiden Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan CIMB Property Mart, Charmaine Tan,
“Bagi yang berminat untuk mengetahui mengenai unit yang dilelong dan mahu turut serta sebagai pembida, segala maklumat berkaitan boleh diperolehi sama ada di laman sesawang rasmi CIMB bank atau media cetak yang terpilih.
Kemudian, sediakan deposit dalam bentuk bank draf sebanyak lima peratus dari jumlah harga rumah. Permulaannya, mereka sediakan lima peratus berdasarkan harga bukaan lelong yang tertera di dalam iklan.
Selepas selesai membida dan berjaya, mereka hanya perlu menambah nilai deposit tersebut mengikut perkiraan lima peratus dari harga baru. Yang itu boleh lah dibuat dalam bentuk tunai atau cek.
Bagi pembida yang tidak berjaya, deposit dalam bentuk bank draf yang perlu disertakan ketika pendaftaran tadi akan dipulangkan sebaik saja sesi lelongan selesai.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://propertymart.cimbbank.com.my atau hubungi 1300-88-0811

Monday, 12 January 2015

Warna Untuk Bilik Tidur Anak Istimewa


Warna umpama penyeri dalam kehidupan seharian baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Pun begitu, susun atur juga memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak istimewa.
Berikut disertakan kesan warna dan panduan susun atur yang sesuai untuk anak-anak autisme, hiperaktif mahupun mempunyai alahan atau lelah.
Dengan adanya beberapa pelarasan kecil dilakukan anda telah berjaya menjadikan bilik tidur mereka sebuah tempat khas yang menyeronokkan.

AUTISME

Tidak semua anak autisme menyukai warna yang sama. Psikologi warna boleh merangsang mereka terdiri daripada warna hangat seperti oren, merah atau kuning.
Namun, kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati ton warna pucat seperti pale pink merupakan warna pilihan semua anak autisme. Anda juga boleh memilih warna sejuk seperti ..

Wednesday, 7 January 2015

Apakah Ukuran Bilik Air Yang Sesuai?


SOALAN

Saya dalam proses mengubah suai rumah dan merancang mahu menambah bilik air di ruang menonton untuk kemudahan tetamu. Apakah ukuran bilik air yang sesuai untuk ruang menonton yang tidak terlalu besar?

JAWAPAN

Apa yang perlu ada di bilik air tetamu ialah tandas dan sink serta cermin muka. Bergantung pada keluasan, anda boleh mengasingkan tandas dan tempat berdandan atau tidak.
Anda juga boleh mengayakan bilik air itu mengikut kesukaan tetapi biarlah ringkas dan tidak berserabut. Pilih gandingan warna sejuk dan hangat seperti kelabu nipis serta kuning cair untuk menyuntik keanggunan bilik air. Saya cadangkan kemasan jubin kelabu di bahagian sink.
Gantung cermin bujur dan sepasang lampu dinding pada bahagian kiri dan kanan cermin. Susun losen, tisu, sabun tangan dan jambangan bunga segar di dalam bakul di tepi sink.
Tempatkan pokok hiasan di dalam pasu dan gantung gambar pemandangan.

Monday, 5 January 2015

8 Rona Kedamaian


Warna diakui boleh mengubah ragam perasaan seseorang. Warna juga mempunyai impak besar di dalam rumah seperti memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan perasaan akibat penat selepas seharian bekerja.
Malah kepercayaan Feng Shui mendakwa warna boleh mengurangkan tenaga negatif di dalam rumah.
Ia dibuktikan lagi melalui kajian oleh beberapa penyelidik dari Universiti Minnesota yang mana mereka mendapati setiap warna mempunyai kesan berlainan pada seseorang baik dari segi fizikal mahupun mental.
Oleh itu, jika anda mengalami kemurungan, mudah tertekan dan sebagainya, apa kata cuba warna ini di kediaman.

Wednesday, 31 December 2014

Hanya yang Bermutu


Mutu dan keselesaan adalah prinsip asas yang menjadi pegangan Johari Abu Bakar, 38 dalam kerja-kerja menghias, termasuklah untuk rumah ini. Justeru itu, tidak hairanlah tuan rumah meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk merancang idea penataan.
Saya berjumpa kali pertama dengan Pengurus Bahagian Langsir dan Hiasan Dalaman Jakel Trading ini di Gedung Jakel cawangan Shah Alam. Daripada pertemuan itu saya mendapati beliau adalah seorang yang cukup ‘berilmu’ mengenai jenis fabrik, terutama untuk upholsteri dan langsir.
Dan pelawaan kepada saya untuk meninjau rumah ini membuktikan segala-galanya. Beliau telah menumpahkan seluruh tenaga dan sentuhan kreatifnya untuk menyempurnakan segenap ruang kediaman.
Sebaik melangkah masuk ke ruang tamu, mata saya terus terarah kepada..

Monday, 22 December 2014

Menata Untuk Kepuasan Mata


Menjadi suri rumah sepenuh masa sebenarnya sesibuk wanita berkerjaya juga. Apatah lagi jika mempunyai anak kecil.
Dalam hal ini, Jerina Ismail, 42 perlu bijak membahagikan masa di antara mengurus keperluan keluarga serta mengemas dan menghias rumah. Ibu kepada empat cahaya mata ini akan tetap meluangkan masa menggayakan ruang kediamannya agar sentiasa cantik, rapi dan menepati cita rasa.
Menata hias kediaman sebenarnya adalah untuk kepuasan mata! Bagi orang seperti saya yang lebih banyak menghabiskan masa di rumah, idea mix and match menjadi pilihan kerana suasana yang terhasil membuatkan saya tidak cepat bosan.

Wednesday, 17 December 2014

Menghias Sudut Bilik


Setelah berpenat-lelah mengecat dan menyusun atur kelengkapan, adakah anda fikir semuanya sudah selesai? Perhatikan betul-betul sekeliling bilik.
Sebenarnya apa yang anda lakukan sebentar tadi hanyalah menghias latar belakang bilik. Oleh itu, ini lah masanya bagi anda untuk menambah sedikit perincian istimewa kepada sudut bilik yang 'sunyi'.
Sering kali ruang ini dibazirkan begitu sahaja sedangkan penjuru 'sepi' itu berpotensi menjadi medium tambahan untuk anda berkarya mewujudkan ruang serba guna.

Monday, 15 December 2014

Nyahkan Bilik Tidur Yang Membosankan


Bilik tidur anda membosankan? Anda berasa tertekan setiap kali melangkah masuk ke dalam bilik tidur? Kalau ya jawapannya, usah dibiarkan berlarutan.
Berhenti mengeluh dan jangan asyik duduk termenung melihat empat dindingbilik. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaliknya anda akan terus-terusan berasa bosan apabila memasuki bilik tidur sendiri!
Segerakan langkah mengubah suasana bilik dengan lima langkah mudah berikut, yang boleh dilakukan dalam masa sehari sahaja. Sebelum itu, pasang muzik upbeat untuk menaikkan mood ketika berkemas.

Wednesday, 10 December 2014

7 Jenis Pokok Yang Membersihkan Udara Di Rumah Anda


Unsur flora tidak terbatas di halaman, anjung, beranda dan lanai sahaja. Di dalam rumah pun sebenarnya memerlukan kehadiran hidupan hijau sebagai pembersih udara agar wujud persekitaran yang nyaman dan lebih sihat.
Bilik air adalah salah satu tempat yang boleh dihiaskan dengan pokok pasuan bagi mengisi kekosongan ruang di penjuru.
Pokok hidup adalah unsur hiasan yang ringkas dan mempunyai karakter tersendiri, selain dapat mencipta suasana segar.
Tahukah anda juga bahawa tanaman pembersih udara ini berupaya mengurangi gas berbahaya seperti formaldehyde, amoniac, benzene, karbon monoksida, nitrogen monoksida yang secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran?

Monday, 8 December 2014

Merancang Pembinaan Kabinet Dapur


Sewaktu merancang untuk membina kabinet dapur, perkara utama yang perlu diketahui adalah ukuran asas. Dalam hal ini, pembinaan dapur moden sudah ada set ukuran asas yang dianggap standard.
Jadi dengan mengikut ukuran standard ini, pembentukan ruang dapur kita bukan sahaja dapat mematuhi ciri ergonomik, tetapi juga mudah disesuaikan bersama perkakasan dan hiasan.
Sebuah ruang dapur yang lengkap dan sempurna bukan setakat ada dapur masak, kabinet dan pintu sahaja. Fungsinya juga tidak sekadar tempat memasak dan menyimpan bahan makanan.
Sebaliknya, kegunaan ruang dapur lebih daripada itu. Di sini lah tempat ahli keluarga berkumpul dan bersembang sambil menjamu selera. Paling penting, di sini ikatan kasih disemai apabila isteri dan ibu ralit menyediakan hidangan untuk suami dan anak-anaknya dengan penuh rasa sayang.

Wednesday, 3 December 2014

Pengguna Boleh Bendung Spekulasi Harga


Kenaikan harga bahan bakar petrol dan diesel naik lagi sebanyak RM0.20 seliter. Tidak perlulah saya bercerita panjang mengapa dan bagaimana ia berlaku kerana itu tidak akan mengubah apa-apa.
Yang pasti, kita semua terpaksa menghadapinya untuk satu tempoh tertentu. Tumpuan saya sebenarnya lebih terarah kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan lain yang menyumbang kepada aktiviti harian kita.
Sudah menjadi lumrah apabila harga minyak naik maka kos barang keperluan lain turut meningkat berikutan pengurusan rantaian bekalan yang merangkumi pergerakan dan penyimpanan bahan mentah, inventori kerja dalam proses serta barang siap dari tempat asal ke titik penggunaan. 
Industri hartanah juga tentu tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya. Lantas harga rumah tetap tidak turun juga!

Monday, 1 December 2014

CIMB Referral Reward Program


Auction228.com is a dedicated advertisement website for property auction in Malaysia and act as a bridge between consumers, real estate agents, and auction houses.

Once you find your preferred property, you can contact us directly for auction registration and details.

Join NOW & earn exclusive REWARDS today!

http://www.auction228.com/register/

Bijak Kumpul Harta



Berkelulusan kejuruteraan sistem elektronik & pengawalan dari United Kingdom, Ahmad Aidei Jalaluddin bijak merancang masa depannya.

Manakan tidak, dalam usia belum sampai 40-an anak bujang ini sudah pun memiliki empat buah rumah berupa dua unit kondominium di Lembah Klang dan dua unit apartmen di Port Dickson, Negeri Sembilan. Menariknya, semua empat rumah itu sudah diubah suai lengkap dengan gaya penataan yang berbeza satu sama lain.

Memandangkan saya bekerja dengan syarikat multinational yang beroperasi di Port Dickson dan jarang ke Kuala Lumpur maka kedua-dua rumah di Lembah Klang saya sewakan kepada ekspatriat kerana biasanya golongan ini jarang duduk lama di satu-satu tempat.

Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/12/01/bijak-kumpul-harta/

Monday, 24 November 2014

Petua Tidur Lena


Bauan seperti vanilla, Lavender, marjoram dan Sandalwood dikatakan membantu anda mencapai ketenangan sebelum tidur. Sapu atau sembur pada bantal, udara bilik tidur atau di bilik air.
Minuman teh herba atau segelas susu juga membantu menenangkan dan meredakan badan.

POSISI TIDUR RASULULLAH SAW

Tidur yang terbaik adalah mengiring ke lambung (rusuk) kanan menghadap kiblat.
Dalam keadaan tidur yang begini, kedudukan jantung kita berada di atas dan dengan itu dapat mengepam darah untuk mengalir lancar ke seluruh badan. Hati juga akan berada pada kedudukan yang stabil dan tidak tergantung.
Posisi tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW ini, insya-Allah membawam kepada tidur yang lebih berkualiti dan nyenyak walaupun hanya untuk tempoh dua-tiga jam.

Wednesday, 19 November 2014

Santai Bersama Adi Suwardy



Adi Suwardi, 41 yang berkelulusan diploma reka bentuk dalaman dari MIID Kuala Lumpur bekerja tetap di sebuah syarikat hiasan dalaman dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam sebelum memulakan tugas sebagai juruhebah sambilan untuk rancangan Irama Ria di radio Klasik Nasional, RTM dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi. Anak keempat daripada lima beradik, beliau bukan sahaja gemar menyanyi malah mengkaji lagu.

"Alhamdulillah hobi itu memberikan saya pendapatan apabila mula menyanyi sejak 2009," ujarnya.
Berasal dari Klang, Selangor, beliau menjadikan bilik belajar di kediamannya sebagai tempat "mencari ilham mencipta lagu dan menulis lirik serta mempelajari muzik untuk dipersembahkan sama ada di radio mahupun bernyanyi nanti."

Bilik ini kemas tersusun dengan segala kelengkapan yang diperlukan seperti komputer, mesin pencetak dan sebuah katil siang untuk berehat.

Beliau menambah, hitam dan putih yang melatari ruang mengingatkannya kepada kehidupan dan membantu beliau membuat keputusan dengan cepat apabila berada di persimpangan. Semua perancangan susun atur dilakukan setiap dua minggu dan moodboard dijadikan panduan ketika berhias.

Apa-apa pun satu hal yang pasti adalah Ady tidak akan sesekali membawa pulang kerja pejabat.
"Cukuplah seharian bekerja di pejabat. Biarlah ruang ini menjadi tempat saya berkarya dan melihat keindahan malam. Kalau pada hari cuaca baik, kerlipan lampu dari Genting Highland boleh nampak dari sini," katanya.

Monday, 17 November 2014

Belajar Empat Resipi Bersama Tramontina & Iwaki

Kuala Lumpur: Baru-baru ini, Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) menerusi majalah Anjung Seri dan Jelita menganjurkan program masakan “Hebatnya di Dapur Bersama Tramontina dan Iwaki” dengan kerjasama Miracle Home Centre Sdn Bhd, iaitu pengedar produk kelengkapan dapur Tamontina serta Iwaki di Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur.
Seramai 55 peserta menyertai program selama dua jam yang bersifat santai ini. Peserta disajikan dengan demonstrasi memasak oleh Cef Rose Soo Hoo atau lebih dikenali sebagai Auntie Rose yang didatangkan khas dari Pulau Pinang.
Beliau mempunyai pengalaman memasak selama 33 tahun dalam bidang masakan terutamanya Nyonya serta Vegetarian. Cef Rose menyediakan empat resipi istimewa iaitu Kek Zebra, Biskut Coklat Crunch, Thai Nasi Ulam dan Ayam Stragonaff mengguna perkakas dapur Tramontina serta Iwaki.
agenda-1
Selesai sahaja demonstrasi memasak, penganjur terus mengutarakan beberapa kuiz secara spontan kepada peserta untuk menguji mereka mengenai program yang disertai dan perkakasan yang digunakan. Lima peserta berjaya menjawab dan dihadiahkan dengan pisau Tramontina dan bekas simpanan makanan Iwaki.
Sebelum pulang, peserta didedahkan dengan beberapa petua dan panduan dapur terutamanya cara terpantasmenajamkan mata pisau mengguna cawan seramik dalam segmen Petua Oh Petua oleh penulis Anjung Seri, Irawati Ismail.
Peserta juga berpeluang membeli rangkaian produk Tramontina dan Iwaki pada harga promosi selain memenangi hadiah cabutan bertuah dengan setiap pembelian produk dalam satu resit selain membawa pulang beg cenderahati tajaan Sogo dan Berita Publishing.

Friday, 14 November 2014

Guna Semula Bingkai Gambar



Adakah anda sedang menghadapi masalah mempunyai bingkai gambar, tetapi tidak adagambar yang sesuai untuk dipamerkan di dalamnya? Atau adakah lapisan kaca bingkai gambar anda sudah pecah?

Jangan cepat sangat membuang bingkai gambar itu. Apa salahnya terus dimanfaatkan sebagai hiasan dinding dengan menggantungkannya seperti biasa dan kemudian tampalkan sebarang benda yang berwarna pada ruang dalam lingkungan bingkai itu, misalnya himpunan reben, getah rambut, pin dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...