>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday, 28 April 2014

Limau nipis buang sisa


Selepas menggunakan pemarut, lalukan air untuk membuang sisa bahan yang diparut. Tetapi jika ada yang degil dan sukar dikeluarkan, anda boleh gunakan lemon atau limau nipis.
Belah menjadi dua dan gosok isi limau pada permukaan pemarut. Bukan sahaja sisa bahan tertanggal malah pemarut menjadi lebih bersinar.

Untuk lebih banyak petua kecantikan dan petua kesihatan, sila layari laman web Anjung Seri.

Monday, 21 April 2014

Mengubah Suai Rumah Dengan Pembiyaan Semula Pinjaman


Idea mengubahsuai adalah satu langkah bijak untuk menambah nilai rumah.
Walaupun ini cara paling mudah bagi tujuan itu, namun kerja mengubah suai memerlukan banyak duit. Tidak semua proses ubah suai atau mencantikkan rupa kediaman dapat meningkatkan harga jualan atau kadar sewa.
Jika tersilap membuat pilihan atau terlalu terburu-buru membuat keputusan, berkemungkinan akan berdepan dengan kerugian apabila mengubah suai. Takut nanti, impian untuk mendapatkan pulangan maksimum tidak kesampaian.
Mengecat baru menggunakan jenama cat mahal, melepa siling, menukar jubin lantai atau membuat pagar automatik bukanlah ciri pengubahsuaian efektif yang mampu menaikkan kadar sewa atau nilai jualan rumah.
Sebaliknya, idea begini hanya mempengaruhi wajah kediaman dari segi ‘kosmetik’ dan dilihat sebagai percaturan tidak memberi sebarang nilai tambah atau membantu melonjakkan lagi nilai asal.

Friday, 18 April 2014

Jalan-jalan cari barang : Kedai Upholsteri


Sesetengah barang menyimpan nilai kenangan sangat peribadi justeru tidak hairanlah jika ada yang menyimpan sofa atau kerusi makan lama di rumah. Daripada membiarkan ia terperuk di dalam stor atau di belakang rumah, lebih baik dilakukan sesuatu agar perabot itu boleh dimanfaatkan semula. Sayang dibiarkan begitu sahaja.
Sewaktu membuat penggambaran dua buah rumah di Senawang, Seremban, saya sempat berkunjung ke kedai membaik pulih sofa. Kain rentang bersaiz besar dan tertera tulisan ‘Sofa renew and repair’ menarik perhatian saya untuk singgah. Secara kebetulan, saya dan suami pernah terfikir mahu menukar fabrik sofa lama.
Kedai di tingkat satu itu sudah beroperasi sejak 2001. Menurut pemilik kedai, Norfakira Baini Md Yusof, 29, mereka mempunyai dua lagi ruang pameran di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Wednesday, 16 April 2014

Kajang aluminium pelindung cat



Di ruang dapur, kajang aluminium biasanya berfungsi sebagai pembalut makanan sewaktu membakar dan mengekalkan haba serta suhu makanan yang sudah dimasak. Begitu pun kegunaannya tidak terhad di ruang itu.

Sekiranya anda melakukan kerja mengecat pada bahagian pintu, anda boleh membalut tombol pintu dengan kajang aluminium, melindunginya daripada terkena lelehan cat.

Monday, 14 April 2014

Sentuhan pengarah filem, Michael Ang


Bagi peminat program masakan, Master Chef Selebriti Astro, siapa yang tidak mengenali Michael Ang? Bermulut lantang, sekali ditemu bual pot pet pot pet dia menjawab, ‘sama naik’ dengan mulut selebriti, Azwan Ali.
Michael Ang, 38 adalah seorang pengarah tanah air yang tersohor dengan telefilem, “Biar Mimpi Sampai ke Bintang” lakonan artis dari Indonesia, Randy Pangalila dan pelakon muda tempatan Elfira Loy, tayangan Astro.
Selain pandai mengarah, berlakon dan memasak, Michael juga berminat di bidang seni hiasan dalaman. Berpeluang mengunjungi dan melihat idea penataan beliau, ternyata saya kagum dengan kebolehannya.
Sebagai seorang selebriti yang aktif dalam pelbagai bidang, tidak dinafikan beliau sentiasa sibuk.
Mujurlah Pembantu Pengarahnya yang lebih senang dikenali Abang Lan, membantu mempermudahkan urusan temu janji untuk sesi rakaman gambar kediaman pengarah berkenaan.

Friday, 11 April 2014

8 Kesilapan dalam pengubahsuaian


Siapa tidak gembira dapat peluang memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Semakin anak-anak membesar, terasa ruang kediaman diduduki kian mengecil.
Bagi yang biasa menyewa pula, memiliki rumah sendiri adalah saat dinantikan. Kalau dahulu terasa kebebasan menghias agak tersekat kerana duduk menyewa, dengan adanya rumah sendiri bolehlah membuat apa sahaja diingini.
Pada masa inilah pengubahsuaian menjadi satu kemestian tambahan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Bermulalah kerja pencarian kontraktor mahupun juru hias dalaman sesuai untuk ditugaskan demi merealisasikan impian terpendam.
Namun pencarian bukannya mudah seperti disangka, silap percaturan dalam pemilihan, bukan sahaja anda menjadi mangsa, duit yang dipertaruhkan hilang malah rumah juga terbengkalai.
Bukan itu sahaja, kesilapan sering dilakukan sewaktu melakukan ubah suai.
Klik pautan untuk mengetahui apakah 8 kesilapan tersebut --> http://anjungseri.my/2014/04/11/8-kesilapan-dalam-pengubahsuaian/

Thursday, 10 April 2014

Bedak bayi tanggalkan kesan minyak


Leka sangat memasak hingga tidak perasan minyak tumisan terpercik pada pakaian. Bukan mudah hendak menghilangkan kesan minyak ini.
Namun jangan gusar, bedak bayi boleh menanggalkan kesan minyak pada pakaian. Tabur bedak pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan semalaman. Cuci pakaian seperti biasa keesokan harinya.

Monday, 7 April 2014

Sekitar majlis penyampaian hadiah peraduan terkumpul Anjung Seri


Shah Alam : Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) menerusi majalah hiasan dalaman, Anjung Seri meraikan pemenang tiga peraduan iaitu Dulux Pilihanku, Hari Raya bersama Joven serta Kumpul, Hantar dan Menang Fotile dalam majlis penyampaian hadiah peraduan terkumpul Anjung Seri tahun 2013 baru-baru ini.
Majlis penyampaian hadiah tiga peraduan ini merupakan acara kemuncak meraikan kejayaan pemenang yang juga pembaca majalah Anjung Seri di samping mengeratkan lagi hubungan pembaca dengan pihak editorial serta sebahagian daripada acara sambutan Ulang Tahun Anjung Seri yang ke-20.

Friday, 4 April 2014

10 langkah sebelum membina


Tidak semua berpuas hati membeli rumah siap dibina oleh pemaju. Demi memenuhi kehendak atau cita rasa, ada yang merancang membina rumah sendiri di atas tanah pusaka atau tanah banglo yang dibeli daripada pemaju. Tidak kurang juga mereka yang mengubah suai rumah sebaik sahaja menerima kunci.
Tidak kiralah sama ada merancang membina rumah di atas tanah pusaka atau di atas lot banglo tetapi tidak mahu menggunakan khidmat kontraktor yang ditawarkan ataupun mengubah suai rumah demi keselesaan; berikut adalah 10 perkara perlu diambil kira sebelum membina mahupun mengubah suai.
Klik pautan untuk membaca kesemua langkah penting ini --> http://anjungseri.my/2014/04/04/10-langkah-sebelum-membina/

Wednesday, 2 April 2014

Banglo gaya resort


Mag Builders Sdn Bhd mereka bentuk pengubahsuaian banglo tiga tingkat itu dengan gaya mewah, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan unsur tarikan yang membuatnya berbeza daripada rumah lain.
Binaan kolam berkeluasan 464.5 meter persegi dan pembinaan lif, antara pelaburan utama tuan rumah untuk meningkatkan imej kediaman itu, kata pengarah syarikat reka dan bina berkenaan, Muhsin Abdul Ghani.
Bagi menonjolkan kehebatan, sekeliling kolam dikemasi dek atau pelantar kayu menutupi permukaan tanah di sekitarnya. Penggunaan dinding dan tingkap kaca lut sinar membolehkan penghuni melihat keindahan panorama luar.
Klik pautan untuk artikel penuh -- > http://anjungseri.my/2014/04/02/banglo-gaya-resort/

Wednesday, 19 March 2014

Idea jadi realiti


Anjung Seri merupakan sumber ilham untuk semua pembaca setia tidak kira lama atau yang baru berjinak-jinak dengannya.
Kemunculan Anjung Seri setiap bulan sedikit sebanyak membantu individu yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah serta dapat merealisasikan impian jadi kenyataan.
Maka tidak dinafikan Anjung Seri senantiasa memaparkan banyak idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Begitu juga dengan saya senantiasa memanfaatkan apa juga yang menjadi sumber inspirasi menjadi realiti dalam dunia serba moden ini.
Memang tidak rugi kepada sesiapa yang menjadikan majalah Anjung Seri sebagai penambah ilmu dan bahan rujukan. Sudah berabad lamanya Anjung Seri menjadi teman sejati saya dari dulu hingga sekarang tanpa merasa jemu menatapnya. Bak kata pepatah “Teman Sejati, Sehati Sejiwa”.
Tidak semestinya apa juga perubahan susun atur yang dilakukan seseorang itu memerlukan belanja yang banyak. Gunakanlah kreativiti ilham yang diberikan oleh Anjung Seri semampu yang kita ada.
Banyak yang saya pelajari daripada Anjung Seri dan juga perkongsian ilmu dari semua pembaca yang setia. Semangat serta keikhlasan dan kesungguhan perlu ada pada diri setiap individu dalam merealisasikan impian berpandukan idea yang kreatif dan inovatif untuk menjadikan Rumahku Syurgaku. Benarlah kata ramai, Anjung Seri pemangkin sumber inspirasi yang realiti untuk dikongsi.

Kiriman e-mel,
Yasema Zainol
Bandar Tun Hussein Onn

Monday, 17 March 2014

Jalan-jalan cari barang di JOHO


Terletak di dalam kawasan berpagar dan berhalaman luas, Concept Store Joho (Joho) beroperasi di sebuah bangunan lama bercat putih, di Johor Baru. Dari luar, tampil seperti kuarters kakitangan kerajaan zaman setengah abad lalu, Joho mempersembahkan konsep memanfaatkan barang lama atau terpakai untuk diguna, dijadikan hiasan dan dijual.
Pertama kali melihat tempat itu dari luar, nampak seperti biasa-biasa sahaja, dengan lanskap kosong berumput taman, membuat saya tidak teruja. Dalam hati saya tertanya-tanya apa yang menarik membuat ia menjadi destinasi pilihan lawatan program Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia (KCC1M). Saya mengikuti rombongan media KCC1M ke Johor pada November lalu.
Melangkah ke dalam, tidak banyak barang dijual selain cenderamata seperti baju T dan beg kain membawa logo Joho dalam warna hitam dan putih. Apa pun yang mencuri perhatian adalah hiasan dalamannya. Barang antik dan terpakai menjadi unsur hiasan dan kemasan dalaman seperti radio lama, kerusi rotan berkaki tinggi untuk kanak-kanak, jam dan peti barang. Barang-barang itu tidak dijual, sekadar hadir sebagai melengkapi gaya penataan.
Joho di bawah pengurusan USS Sdn Bhd diasaskan oleh sekumpulan anak muda kreatif Johor pada 2009. Penjualan barangan cenderamata eksklusif di ruang pameran itu adalah salah satu daripada kegiatan pertubuhan berkenaan.

Friday, 14 March 2014

9 ilham hias halaman belakang


Jika mempunyai kawasan bertanah di bahagian belakang rumah, ia boleh diolah menjadi halaman. Sungguhpun terletak di belakang rumah dan terlindung daripada pandangan umum, taman belakang rumah boleh digayakan dengan indah dan dirancang penuh manfaat.
Sama ada ingin mengekalkan kehadiran tanah atau mahu dilepa sahaja dengan lantai simen, ia bergantung pada keperluan dan kehendak ruang tersebut.
Halaman belakang memberi lebih privacy buat anda sekeluarga. Berikut merupakan sembilan ilham membangunkan halaman belakang agar tampil menarik dan praktikal untuk gaya hidup anda sekeluarga.

Wednesday, 12 March 2014

Langsir menambah seri



Tidak seperti pereka langsir lain, Pengarah Urusan Lentera Creative Home, Amran Azahar memang sangat berpengalaman dalam bab menghias tingkap. Serahkanlah apa juga gaya langsir, semuanya dapat dihasilkan dan mengubah pesona ruang menjadi sangat indah dan berbeza.

Baca artikel penuh melalui pautan --> http://anjungseri.my/2014/03/12/langsir-menambah-seri/

Monday, 10 March 2014

Hasil penantian setengah tahun


“Tuan rumah memberitahu saya yang mereka gemarkan gaya moden. Berpandukan maklumat itu, saya terus melukis lakaran. Sketch itu kemudiannya kami serah kepada tuan rumah dan mereka bersetuju. Saya mengesyorkan gaya moden semasa serasi dengan penampilan zaman sekarang,” cerita Azman.
Menurutnya lagi, projek peningkatan imej rumah teres dua tingkat yang mempunyai empat bilik tidur itu mengambil masa agak lama daripada kebiasaan. Selalunya kami berjaya menyiapkan gaya penataan dalam masa dua bulan, tetapi rumah ini mengambil masa setengah tahun, termasuklah penambahan dan pengubahsuaian ruang, mereka bentuk hiasan dalaman dan menyediakan perabot.
Berikut temu bual bersama Azman berhubung kerja rekaan dalaman yang dilakukan pada rumah teres dua tingkat itu.
Klik pautan untuk membaca temubual tersebut --> http://anjungseri.my/2014/03/10/hasil-penantian-setengah-tahun/

Wednesday, 5 March 2014

Resort atas air



Laut biru luas terbentang dan kejernihan tasik dikelilingi kehijauan hutan, selamanya menjadi kegilaan pencinta alam. Tidak hairanlah jika lokasi berkenaan menjadi tumpuan pengusaha hotel dan pusat peranginan untuk dijadikan lokasi percutian.

Memang benar ramai menyukai panorama laut dan tasik. Nilai keindahan berasaskan sumber alam semula jadi ciptaan tuhan sudah tentulah tidak dapat ditandingi rekaan manusia. Bak kata pakar pembangunan projek resort di atas air, Philippe Villeroux dari Perancis, “...tidak siapa boleh menyangkal keindahan semula jadi di lokasi yang masih mengekalkan keaslian alam.”

Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/03/05/resort-atas-air/

Monday, 3 March 2014

Mengukir kerana minat


Saya kerap pulang ke Utara Semenanjung menjenguk mama dan papa. Di sana saya sentiasa berhadapan masalah tidak cukup masa kerana memenuhi agenda bersama mereka. Namun, baru-baru ini saya sempat berkunjung ke sebuah rumah di Taman Tunku Yaakob, Alor Setar.
Mungkin sudah ‘jodoh’ saya bertemu dan berkongsi cerita mengenai rumah teres tiga bilik milik pasangan pesara dikenali sebagai Pak Uda, 63, serta Mak Uda, 63. Keindahan hiasan rumah berbicara dalam bahasanya sendiri melalui keunikan seni kayu dan ukiran tangan Pak Uda. Wajah kediaman berkeluasan kira-kira 27 meter persegi ini mencerminkan keperibadian dan gaya hidup mereka berdua.

Wednesday, 26 February 2014

Jus lemon menghilangkan kesan karat


Pisau berkarat? Atasinya dengan merendamkan pisau berkarat ke dalam jus lemon selama setengah jam.
Kemudian gosok bahagian karat menggunakan span keras. Anda akan dapati kesan karat tertanggal dan melekat pada span. Bilas pisau seperti biasa.
Lebih banyak petua di pautan ini --> http://anjungseri.my/petua/ 

Monday, 24 February 2014

Diuji minda dan ketangkasan di Courts


Petaling Jaya : Anjung Seri buat pertama kalinya bergabung dengan Courts menganjurkan program Eksplorasi Bersama Courts bersama pembaca di Courts Megastore Sri Damansara.
Program Eksplorasi Bersama Courts merupakan sebahagian aktiviti bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Anjung Seri. Ia diadakan untuk mendekatkan dan mendedahkan pembaca kepada Courts Megastore sebagai pusat sehenti penjualan barangan elektrik, IT, dan perabot terbesar di Malaysia.
Dimulakan tepat jam 2 petang, majlis didahulukan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Komersial Courts, Rob Lewis. Beliau ternyata sangat gembira melihat ramai pembaca Anjung Seri menyertai eksplorasi ini. Sambutan menggalakkan daripada pembaca yang hadir bersama keluarga dan berkumpulan membuatkan suasana Courts Megastore petang itu meriah dan riuh rendah.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/24/diuji-minda-dan-ketangkasan-di-courts/

Friday, 21 February 2014

Sejuknya berendam di Legoland


Dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Merdeka 4 Januari lalu, maka bermulalah pelbagai kegiatan yang merancakkan industri pelancongan negara.
Tourism Malaysia melaksanakan banyak program promosi sejak beberapa tahun lalu termasuk Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia (KCC1M) bersama majalah Gaya Travel. Terbaru KCC1M ke Johor dari 10 hingga 13 Disember lalu. Antara tempat yang saya kunjungi sewaktu mengikuti KCC1M ialah Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia) di Nusajaya. Dibuka pada 15 September 2012, kami ke situ untuk melihat produk terbaru mereka iaitu Taman Tema Air dan Hotel Legoland.
Klik pautan untuk artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/02/21/sejuknya-berendam-di-legoland/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...