>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 25 January 2013

TARIKAN KOLAM PANCURAN




Mendengar bunyi jatuhan air sambil dikelilingi pohon hijau tentu membangkitkan perasaan segar dan nyaman kala bersantai di laman rumah. Saya yakin ramai bersetuju bahawa lanskap dengan unsur air sememangnya saling melengkapi antara satu sama lain.


Ia mencipta suasana lebih semula jadi dan membuatkan persembahan taman tampak sempurna.
Ilham mewujudkan kolam pancuran boleh dilaksanakan di semua jenis kediaman sama ada berhalaman luas, terhad atau langsung tidak mempunyai tanah. Kita boleh membeli yang siap dipasang atau mendapatkan sentuhan profesional seperti arkitek lanskap atau kontraktor. Kedua-duanya boleh memberikan hasil yang dimahukan bergantung pada bajet masing-masing.

Perancangan teliti dalam membina kolam pancuran bakal memberi kesan pada keseluruhan penataan taman. Seboleh-bolehnya biarlah ia bersesuaian dengan keluasan ruang dan mempunyai reka bentuk serasi dengan konsep laman agar suasana harmoni terhasil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...