>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 10 May 2013

Keluasan Beri Kepuasan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu, pepatah Melayu ini sesuai merujuk pasangan Imzanei
Ibrahim, 36 dan isteri Tengku Haslina Tengku Mamat, 36, yang sama-sama masih muda tetapi berjaya memiliki rumah besar dan kini berpindah ke rumah yang lebih besar lagi demi keselesaan keluarga.


Rona coklat menguasai ruang tamu termasuk table runner dan hamparan permaidani. Ruang tamu dilengkapkan dengan sofa kulit kerana tahan lasak dan menepati tema moden.


Keluarga bahagia Puan Tengku Haslina


Kemasan lantai berjubin putih membezakan ruang makan berkonsep terbuka dengan ruang menonton yang menjadi tempat kegemaran mereka sekeluarga. Kemasan dinding ditampal cermin potongan bevel ukuran besar membuat ruang nampak lebih luas secara ilusi.

“Rumah lama itu pun tidak jauh dari kediaman kami sekarang,” kata Tengku Haslina. Menurutnya lagi, biarpun rumah lama selesa namun beliau dan suami menginginkan ruang lebih luas untuk membesarkan anak - Imran Harris Imzanie, 10; Irdina Yasmin Imzanie, 8; Irdina Nur Syahirah Imzanie, 6 dan Muhammad Irsyad Hazim Imzanie, 5. “Dulu setiap hari kami melihat kawasan perumahan ini dibangunkan. Melihatkan satu

persatu rumah siap, kami menyimpan hasrat memiliki sebuah,” ujarnya lagi.

...

Ikuti kisah Puan Tengku Haslina dalam menghias rumah dengan lebih lanjut dalam Anjung Seri Mei di pasaran sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...