>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 6 May 2013

Hitam Putih Kehidupan

Lain padang, lain belalang. Tidak kiralah berlandaskan pengalaman, pemerhatian
peribadi atau kehendak tersendiri, sudah lumrah inspirasi penataan rumah berbezabeza
mengikut cita rasa penghuninya.


Kedua cahaya mata Puan Ida Maslina Ideris di hadapan  laman rumah.


Gaya moden menjadipilihan. Perabot rona gelapmemberi keseimbangan pada ruang  tamu yang luas ini.

Ismail mencipta kelainan dengan mewujudkan dinding tumpu
berlatarkan tiga garisan warna pada dinding di laluan pintu utama ke ruang tamu.


Falsafah menghias bagi Ida Maslina Ideris, 34, cukup mudah – “biar suami yang pilih dan tentukan.” Sejak mula berkahwin dan sewaktu mendiami unit kondominium lagi, suami yang merancang tatahias seluruh rumah. Ida Maslina hanya memberi pendapat atau pandangannya jika merasakan ianya perlu. Kebijaksanaan menghias si suami, Ismail Ahmad, 38, dikatakan sering ‘menjadi’ dan sentuhannya jauh lebih kreatif
berbanding si isteri. Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang reka bentuk automotif memberi sedikit kelebihan kepada Ismail untuk mencerna impak gaya pada kediaman. Malah perancangan
mereka bentuk ruang untuk pengubahsuaian juga lahir daripada buah ļ¬kiran beliau.

...
Ikuti kisah lanjut di dalam Anjung Seri Mei di pasaran sekarang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...