Berkeluasan kira-kira 557.42 meter persegi, banglo dua tingkat ini terletak di tengah-tengah Bandar Sunway. Suasana di luar rumah memang agak bising tetapi sebaik melangkah pintu pagar, sepasang telinga saya menangkap bunyi air terjun. Bermula dari bunyi itulah saya berjaya menyingkap rahsia mengapa Pushpalatha dan suami, Araasu Munisamy, 55, tidak berkeluh-kesah dengan masalah bunyi bising yang datang dari arah lebuh raya.
Rupa-rupanya bunyi air terjun buatan di tepi rumah menawarkan ketenangan kepada keluarga ini. Halaman yang luas memberi peluang kepada mereka membina kolam renang.
![]() |
Ruang tamu bersiling cove diterangi lampu alabaster menampilkan perabot bergaya Eropah merangkumi sepasang sofa grandmother, sofa couch, otoman dan sofa
fabrik 3+2.
|
![]() |
“Saya memang sukakan kemasan kayu kerana iaevergreen menawarkan terapi kepada saya dan suamisetiap kali berada di dalam bilik tidur.”
...
Untuk mengetahui lebih lanjut rumah yang cantik ini, dapatkan Anjung Seri Ogos di pasaran sekarang.
No comments:
Post a Comment