Sarung kusyen, sarung sofa dan permaidani di ruang tamu sudah bertukar baru. Begitu juga dengan kemasan langsir dan alas meja. Semua serba baru, maklumlah raya hampir tiba. Terlalu fokus dengan ruang tamu dan ruang makan hingga terabai dengan keperluan hiasan di bilik tidur.
Pernah berhadapan dengan keadaan, tetamu minta izin menggunakan bilik tidur untuk menukar pakaian atau hendak menidurkan anak yang meragam? Lebih-lebih lagi dalam musim perayaan, bilik tetamu pun sudah dihuni saudara-mara dari jauh, jadi terpaksalah anda membenarkan tetamu tadi menggunakan bilik tidur anda. Apa agaknya akan terjadi seandainya keadaan bilik tidur anda bersepah dan berkecah?
1. Cat semula. Sebaik-baiknya dibuat sebulan awal sebelum berhari raya. Tetapi jika anda seorang yang sangat cekap mengecat, anda boleh mengecat sebahagian dinding dengan warna terang sebagai titik tumpu. Dengan mengecat semula dinding atau sebahagiannya menggunakan warna terang, anda
pasti merasai perubahan suasana dalam bilik sekelip mata. Bilik tidur pun akan nampak lebih segar dan ceria.
2. Atau menggunakan teknik span dan mencipta corak menarik di atas permukaan dinding yang masih elok keadaan catnya.
3. Pasang langsir baru atau padankan corak langsir dengan tema cadar supaya suasana bilik tampil lebih manis.
4. Hamparkan ambal atau permaidani berukuran kecil. Anda perlu bijak meletakkan permaidani di tempat yang betul agar ia menjadi titik tumpu dan memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur. Pilih corak dan tekstur yang sesuai dengangaya bilik tidur.
...
Dapatkan Anjung Seri Ogos untuk mendapatkan tips yang lain.
No comments:
Post a Comment