Tinggal di tengah-tengah kota metropolitan adalah pilihan Md Amran Ismail, 28 kerana menepati gaya hidup pelakon drama ini yang sentiasa sibuk dengan kegiatan seninya.
Ruang tamu berkonsep minimalis menepati cita rasa Amran. “Saya mengecat sendiri warna merah hati sebagai titik tumpu.”
|
Jejaka kelahiran Johor ini adalah anak kelima daripada enam beradik. Bakat Amran dalam bidang lakonan mula dikesan sewaktu berusia 17 tahun. Sikapnya yang tidak sombong dan mudah mesra membuatkan Amran menjadi buruan ramai penerbit drama serta filem.
Kesibukannya memenuhi tuntutan pekerjaan menyebabkan Amran mencari kediaman yang berdekatan studio dan stesen televisyen.
“Saya pilih tinggal di sini, unit kondominium empat bilik di Bukit Kiara. Biarpun agak mahal tetapi mudah untuk saya ke lokasi penggambaran. Lazimnya lokasi penggambaran di sekitar kawasan ini saja. Jika jauh pun, ia tidak menimbulkan masalah kerana tempat ini berhampiran Lebuh Raya Sprint,” katanya.
Ruang makan turut mengetengahkan
rona merah hati sebagai dinding tumpu
|
“Saya seorang yang sangat cerewet, saya akan pastikan bilik tidur sentiasa kemas dan
berbau harum kerana di sinilah tempat saya melepaskan lelah apabila pulang dari lokasi penggambaran.”
...
Ketahui cerita penuh bagaimana selebriti ini menghias rumahnya di dalam Anjung Seri Ogos di pasaran sekarang.
No comments:
Post a Comment