Harum bunga kesidang menyinggah deria bau tatkala kami berada berhampiran pergola. laluan bertangga dibina sehingga ke atas bukit supaya mudah memantau taman. |
![]() |
Pudy bersama anak bongsunya, Muhammad Luqman Firdaus, 16. |
Gazebo mengisi ruang antara kolam ikan di halaman belakang rumah. Pokok kemboja yang masih dalam proses membentuk akar untuk menjadikannya bonsai tersusun kemas sekeliling lantai gazebo. |
“Saya memang suka berbelanja untuk pokok berbanding membeli perhiasan rumah. Kerja saya saban hari membelek pokok, merawat dan membaja mana yang patut. Kerja membonzai pokok kemboja pun saya buat sendiri. Pokok bonzai paling tua berusia 15 tahun saya bawa dari rumah lama.”
...
Dapatkan Anjung Seri April di pasaran untuk mengetahui cerita lanjut mengenai rumah cantik ini, sentuhan peribadi Puan Fauziah Azni.
No comments:
Post a Comment