Kalau orang lain menambah bilik sewaktu mengubah suai rumah, mereka terus memperbesarkan ruang dapur dengan meruntuhkan salah sebuah bilik tidur sebaik sahaja mendapat kunci rumah.
Sikap ramah bekas pembaca berita TV3 ini membuatkan saya tidak kering gusi mendengar celotehnya. Sesekali terasa seperti saya pula yang sedang ditemu ramah. “Saya ini memang suka bercakap,” katanya, ketawa. “Saya pun,” balas saya. Dan berderai kami ketawa, memecah suasana tenang di ruang tamu.
Norhaizi Mohd Rani, 34 sudah mendiami rumah teres dua tingkat berkeluasan kira-kira 9.1 x 19.8 meter ini selama lima tahun. Gaya hiasan yang diketengahkan adalah ilham bersama beliau dan suaminya, Ahmad Fazlan Abdul Aziz, 46. Cita rasa kontemporari menjadi pilihan mereka, dengan unsur kayu sebagai bahan utama yang diketengahkan dalam setiap ruang dan sudut.
Dibeli pada 2007 dan menerima kunci rumah dua tahun kemudian, mereka segera membuat pengubahsuaian sebelum berpindah masuk. “Dapat saja kunci rumah, suami saya terus buat keputusan untuk melakukan pengubahsuaian. Dia kata, biar kami lebih selesa apabila berpindah masuk,” ujar Norhaizi.
...
“Saya suka berangan. Bila pergi bercuti, seronok tengok hiasan dalaman bilik yang diketengahkan. Sebab itulah saya cuba gayakan kamar kami bagaikan di pusat peranginan.”
Cerita lanjut, dapatkan Anjung Seri April kini di pasaran.
No comments:
Post a Comment