Monday, 29 April 2013
Jangan Lupa Jumpa Kami di Pesta Buku PWTC
Anda di jemput ke gerai kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, Gerai HA11 - HA14, Dewan Tun Hussein Onn, 26 April - 5 Mei 2013, 10 pagi - 9 malam.
Friday, 26 April 2013
Memang Sudah Dijangka
Keistimewaan butik Najjah milik pengacara televisyen Al Hijrah, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf ini
bukan sekadar menjual busana Muslimah moden, malah turut menyediakan kemudahan ruang tertentu
untuk keselesaan pelanggan dan kakitangan. Diusahakan bersama rakannya, Nurul Azwin, Najjah yang
bermaksud kejayaan mempunyai tiga cawangan kedai.
Wednesday, 24 April 2013
Panduan Pilih Hartanah Untuk Pelaburan
Saya yakin ramai yang teringin untuk membuat pelaburan hartanah. Mengapa tidak? Lebih-lebih lagi apabila kita tahu pelaburan jenis ini menjanjikan pulangan lumayan. Ada yang berjaya menjadikan pelaburan mereka kepada satu bentuk perniagaan menguntungkan. Ada juga yang bijak merancang strategi agar mereka selesa menikmati pendapatan pasif setiap bulan. Bagaimana mereka melakukannya?
Tuesday, 23 April 2013
Monday, 22 April 2013
Violet Afrika Mudah Berbunga
Mempunyai 20 spesies di dunia, Violet Afrika (African Violet) atau nama saintifiknya Saintpaulia adalah dari keluarga Gesneriaceae. Ia berasal dari Tanzania dan mudah menghasilkan bunga walaupun kurang pendedahan kepada cahaya matahari. Ini menjadikannya pilihan untuk menghias ruang dalaman rumah dan pejabat.
Friday, 19 April 2013
'Syurga' Hijau Isteri Dan Permaidani Suami
Berpindah dari unit pangsapuri memang sangat melegakan mereka kerana si isteri boleh bercucuk tanam sepuasnya dan si suami dapat mempamerkan semua permaidani himpunannya.
Harum bunga kesidang menyinggah deria bau tatkala kami berada berhampiran pergola. laluan bertangga dibina sehingga ke atas bukit supaya mudah memantau taman. |
Wednesday, 17 April 2013
Masjid Tok Dolah
“Ini kah yang ramai orang kata macam Disneyland tu?” tanya saya kepada Rusli, adik bongsu saya
yang memberhentikan kereta serta-merta apabila saya meminta untuk merakamkan gambar. Saya pernah
terpandang kerja-kerja pembinaannya sewaktu lalu-lalang ke kampung ayah di Pangkal Kalong, kira-kira tiga kilometer dari situ. Namun saya tidak pernah sempat singgah untuk melihat lebih dekat sehinggalah bangunan masjid hampir siap setelah lebih tiga tahun pembinaan bermula.
Tuesday, 16 April 2013
Murah Dan Menarik
Friday, 12 April 2013
Penyatuan Tiga Generasi
Dua buah keluarga daripada tiga generasi – ibu bapa, anak menantu dan lima orang cucu – tinggal di bawah satu bumbung, tetapi masing-masing tetap mempunyai hak kebersendirian yang diingini.
Wednesday, 10 April 2013
20 Kaedah Mudah Hias Ruang Makan
Setiap rumah pasti memiliki ruang makan, tidak kiralah sama ada luas mahupun sempit. Persoalannya,
apakah ruang makan itu dimanfaatkan sepenuhnya?
Monday, 8 April 2013
Friday, 5 April 2013
Korbankan Bilik Untuk Dapur
Kalau orang lain menambah bilik sewaktu mengubah suai rumah, mereka terus memperbesarkan ruang dapur dengan meruntuhkan salah sebuah bilik tidur sebaik sahaja mendapat kunci rumah.
Wednesday, 3 April 2013
Monday, 1 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)