Friday, 25 January 2013
PAMERAN MATRIX 2013
Saya sering memberitahu pelajar bahawa latihan melukis berterusan dapat mengembangkan bakat terpendam. Jika malas berusaha, sia-sialah bakat anugerah Tuhan. Bukan semua pelajar mendapat anugerah itu. Bertambah bertuah jika berpeluang belajar di universiti yang menawarkan kursus seni dan kreatif. Ramai pelukis tempatan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran tetapi kesungguhan berusaha berserta bakat, mereka tetap berjaya.
Universiti dan kolej swasta memainkan peranan penting melahirkan kesinambungan pelukis berbakat. Terbukti ramai pelukis hari ini adalah graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan universiti luar negara atau lulusan sekolah seni swasta.
Dapatkan info lanjut dalam Anjung Seri Januari 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment