Friday, 25 January 2013
ARIKITEK ROBERT POWELL GIAT MENULIS & BERSUKAN
Powell bukan sebarangan arkitek. Selain sibuk mengendalikan kerjayanya sebagai Pengarah Projek di Llewelyn Davies Young, London, beliau juga giat menulis. Sehingga kini lebih 30 buah buku berkaitan bidang seni bina sudah dihasilkan antaranya The
Modern Thai House, The New Indonesian House, Singapore Houses dan The New Malaysian House. Powell turut berminat melukis dan lebih 100 karya sudah dihasilkan.
Ada antaranya dijadikan muka hadapan kad ucapan. Satu kegemarannya adalah sukan, terutama triathlon, di samping kriket dan tinju. Berpengalaman 16 tahun dalam bidang seni bina, beliau pernah mengajar di Sekolah Seni Bina Universiti Kebangsaan Singapura dari 1984 hingga 2001 dan bekerja di bawah satu bumbung dengan arkitek terkenal tanah air, Dr Ken Yeang di Llewelyn Davies Yeang cawangan London pada 2007 hingga hari ini sebagai Pengarah Projek. Dilahirkan di Yorkshire, England 70 tahun lalu, Powell mendapat pendidikan seni bina di Universiti Durham, United Kingdom dan memperoleh Sarjana dari Universiti Kebangsaan Singapura. Beliau berkahwin dengan rakyat Malaysia dan kini menetap di Brighton, England.
Dapatkan Anjung Seri Januari 2013 untuk cerita penuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment