Friday, 25 January 2013
ZALEHA PANTANG MENGALAH
Saya melihat sendiri perhiasan yang digantung pada pintu hilang sewaktu penggambaran sedang dibuat dan akhirnya dijumpai di dalam longkang! Sungguhpun begitu, Zaleha tidak mudah tergugat apatah lagi menyerah kalah. Sebagai penyelesaian, semua perhiasan di luar pintu diletak gam supaya tidak mudah ditanggalkan. Biarpun pelbagai usaha dibuat dan masih ada perhiasan yang diletakkan di luar rumah hilang, semua itu tidak pernah melemahkan semangat beliau.
Mendiami unit pangsapuri di tingkat sembilan di Tok Uban, Pulau Pinang, saya dapati rumah beliau adalah satu-satunya yang mempunyai bahagian luaran berhias lanskap mini gaya Inggeris. Sebahagian dinding pintu masuk dilukis gambar rumah Inggeris manakala dindingnya dicat agar menyerupai bentuk batu-bata.
Zaleha memberitahu saya, minat menghias rumah dengan gaya
Inggeris bermula apabila mendapat hadiah sebiji cawan Vantage selepas membeli kopi segera. Beliau terus membeli beberapa pek kopi dengan tujuan hendak menambah himpunan cawan
jenama itu. Sejak hari itu, minatnya kepada hiasan Inggeris bercambah.
Ikuti kisah ini dalam Anjung Seri Januari 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)