Ingin mencuba suasana baru saat makan bersama keluarga? Apa kata memanfaatkan ruang balkoni, anjung dan lanai sebagai tempat untuk menjamu selera. Atau boleh sahaja berkumpul di pondok terbuka di halaman. Kalau asyik menikmati hidangan di tempat yang sama - ruang dapur kering atau ruang makan - pun jemu juga, kan?
Ruang makan luar lazimnya bersifat sementara. Maksudnya kita tidak makan di situ setiap hari. Ia bukan ruang makan kita yang rasmi.
Sebaliknya ia adalah ruang makan tidak rasmi, yang wujud apabila ada majlis keraian atau ada ahli keluarga yang tiba-tiba berasa hendak makan malam sambil menikmati suasana luar. Ataupun kita berhasrat menjemput sekumpulan teman rapat, yang kita cuma sering 'bersua' di facebook, datang minum petang di rumah dan untuk itu di manakah lagi tempat sesuai kalau bukan di anjung
Ruang makan luar juga lebih santai dan mendekatkan kita dengan suasana alam - tumbuhtumbuhan hijau dan berwarna, serangga bebas lepas, cahaya bulan, kerdipan bintang, desiran angin. Semua ini tentunya mengasyikkan dan mendamaikan perasaan.
Apa pun pemandangan yang disajikan santai mana pun suasananya, pembentukan ruang makan luar tetap memerlukan perancangan rapi. Anda perlu mengambil kira beberapa elemen penting seperti susun atur, warna dan kapasiti ruang. Perlu diketahui bahawa ruang makan luar yang baik harus boleh berinteraksi dengan alam secara sempurna dan menawarkan keselesaan.
No comments:
Post a Comment