Menghadiri satu sesi lelongan hartanah pada awal November lalu di Hotel Istana,Kuala Lumpur merupakan pengalaman pertama saya. CIMB Property Mart selaku pengelola kepada acara tersebut telah melantik dua syarikat jurulelong bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun - Ng Chan Mau & Co. Sdn Bhd dan Property Auction House Sdn. Bhd.
Sambutan pada hari itu ternyata cukup mengujakan dan saya melihat betapa pegawai CIMB bertugas serta warga kerja syarikat jurulelong seakan tidak menang tangan ketika menguruskan urusan pendaftaran.
Hampir 300 pembida hadir dan orang ramai sudah mula beratur seawal jam lapan pagi. Rata-ratanya datang dari sekitar Lembah Klang.
Sebelum tarikh lelongan, maklumat mengenai hartanah yang akan dilelong sudah pun diiklankan di beberapa dada akhbar. Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menjadi pembida iaitu sebagai pembeli berpotensi untuk mendapatkan hartanah tersenarai, butiran mengenai harga dan lokasi mesti diteliti.
Menurut Timbalan Presiden Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan CIMB Property Mart, Charmaine Tan,
“Bagi yang berminat untuk mengetahui mengenai unit yang dilelong dan mahu turut serta sebagai pembida, segala maklumat berkaitan boleh diperolehi sama ada di laman sesawang rasmi CIMB bank atau media cetak yang terpilih.
Kemudian, sediakan deposit dalam bentuk bank draf sebanyak lima peratus dari jumlah harga rumah. Permulaannya, mereka sediakan lima peratus berdasarkan harga bukaan lelong yang tertera di dalam iklan.
Selepas selesai membida dan berjaya, mereka hanya perlu menambah nilai deposit tersebut mengikut perkiraan lima peratus dari harga baru. Yang itu boleh lah dibuat dalam bentuk tunai atau cek.
Bagi pembida yang tidak berjaya, deposit dalam bentuk bank draf yang perlu disertakan ketika pendaftaran tadi akan dipulangkan sebaik saja sesi lelongan selesai.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://propertymart.cimbbank.com.my atau hubungi 1300-88-0811
No comments:
Post a Comment