Kuala Lumpur: Baru-baru ini, Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) menerusi majalah Anjung Seri dan Jelita menganjurkan program masakan “Hebatnya di Dapur Bersama Tramontina dan Iwaki” dengan kerjasama Miracle Home Centre Sdn Bhd, iaitu pengedar produk kelengkapan dapur Tamontina serta Iwaki di Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur.
Seramai 55 peserta menyertai program selama dua jam yang bersifat santai ini. Peserta disajikan dengan demonstrasi memasak oleh Cef Rose Soo Hoo atau lebih dikenali sebagai Auntie Rose yang didatangkan khas dari Pulau Pinang.
Beliau mempunyai pengalaman memasak selama 33 tahun dalam bidang masakan terutamanya Nyonya serta Vegetarian. Cef Rose menyediakan empat resipi istimewa iaitu Kek Zebra, Biskut Coklat Crunch, Thai Nasi Ulam dan Ayam Stragonaff mengguna perkakas dapur Tramontina serta Iwaki.
Selesai sahaja demonstrasi memasak, penganjur terus mengutarakan beberapa kuiz secara spontan kepada peserta untuk menguji mereka mengenai program yang disertai dan perkakasan yang digunakan. Lima peserta berjaya menjawab dan dihadiahkan dengan pisau Tramontina dan bekas simpanan makanan Iwaki.
Sebelum pulang, peserta didedahkan dengan beberapa petua dan panduan dapur terutamanya cara terpantasmenajamkan mata pisau mengguna cawan seramik dalam segmen Petua Oh Petua oleh penulis Anjung Seri, Irawati Ismail.
Peserta juga berpeluang membeli rangkaian produk Tramontina dan Iwaki pada harga promosi selain memenangi hadiah cabutan bertuah dengan setiap pembelian produk dalam satu resit selain membawa pulang beg cenderahati tajaan Sogo dan Berita Publishing.
No comments:
Post a Comment