Friday, 17 October 2014
Santai Bersama Sylvia Shazia Merican
Puan Sri Sylvia Shazia Merican, 52 kecil molek orangnya. Senyuman terukir di bibir ketika mempersilakan kami bersantai di patio banglo mewahnya yang berkeluasan anggaran 1,858 meter persegi.
Dengan lembut dia memulakan bicara, “Saya amat menyukai ketenangan. Alam adalah sahabat baik saya kerana ia mendamaikan jiwa," ujarnya, lembut.
Tidak menyukai suasana bising, beliau lebih gemar bersantai di patio berdekatan kolam renang pada hujung minggu. “Jika tidak sibuk dengan kerja atau aktiviti lain, saya lebih suka menghabiskan masa berehat di sini sambil melihat anak berenang," katanya.
Persekitaran tamannya bersih lagi indah dengan pelbagai tumbuhan. Beliau mengupah tukang kebun untuk menjaga pokok kesayangannya agar tumbuh sihat dan segar menghijau. Dan orkid adalah bunga pilihan utamanya.“I’m just crazy about orchid!”
Sudah lebih 20 tahun menetap di Malaysia, beliau yang berasal dari Davao, Filipina adalah Pengarah Urusan Euzelle, iaitu sebuah pusat kesihatan. Petang itu beliau mengenakan sepasang gaun midi dan sehelai jaket hitam. Walaupun sudah berusia 50-an beliau amat mementingkan penjagaan kecantikan.
“Setiap kali saya melihat makanan, saya akan memikirkan gaun apa yang hendak dipakai keesokan harinya. Itulah yang memberi motivasi kepada saya,” tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment