>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Thursday, 30 October 2014

Buatlah Apa Yang Patut Asalkan Cantik



Ramai bertangguh hendak mengubah suai rumah disebabkan kekangan bajet dan ada juga yang memberi alasan tiada masa hendak memantau. Tuan rumah ini bagaimanapun mempunyai masa dan bajet, tetapi tidak ada idea.

Tengok hasilnya di sini --> http://anjungseri.my/2014/10/30/buatlah-apa-yang-patut-asalkan-cantik/

Monday, 27 October 2014

Bahan Binaan Mesra Alam


1. KAYU

Diguna sejak beberapa abad lalu. Ia mudah didapati dan dengan itu tidak membabitkan kos yang tinggi apabila hendak membuat binaan baru mahupun pengubahsuaian.
Bahkan apabila bangunan hendak dirobohkan, kerangkanya boleh dikitar semula.

2. BAHAN MENYERUPAI KAYU

Bahan ini semakin mendapat sambutan, antaranya lantai kayu lamina Floor Depot.
Ia dihasilkan daripada bahan mesra alam yang tidak memudaratkan kesihatan dan hadir dalam pelbagai corak menarik, di samping tahan lasak, tahan lama serta boleh ditanggalkan semula untuk dipasang di tempat lain.
Sebab itu lantai kayu lamina Floor Depot menjadi pilihan kebanyakan pemilik rumah.
Proses pemasangannya juga mudah dan mengambil masa singkat kerana tidak membabitkan sebarang proses memecah struktur lantai sedia ada. Penghasilannya yang mesra alam berjaya mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara.

3. GABUS

Banyak diguna dalam bidang pembuatan wain, tapi turut mendapat tempat dalam industri binaan yang digunakan untuk lantai, dinding dan siling.
Gabus bersifat anti-gegaran dan anti-bunyi jadi ia adalah bahan penebat yang baik. Gabus dihasilkan daripada pokok oak istimewa yang hanya dituai setiap 9 tahun sekali.
Selepas dituai, pokok akan terus mengeluarkan pucuk baru.

4. KACA

Penggunaan kaca sebagai bahan binaan bangunan mesra alam semakin meluas kerana keupayaannya menapis sinaran cahaya dan haba matahari yang boleh membahayakan kesihatan.
Dalam masa yang sama ia membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam bangunan, secara tidak langsung menjimatkan kos tenaga.
Penggunaan kaca turut memberi peluang arkitek, jurutera dan pereka bentuk mengharmonikan struktur rekaan dengan persekitaran.

5. BAHAN BINAAN HASIL KAJIAN

Pelupusan sisa pertanian secara berleluasa dan tidak terkawal seperti pembakaran terbuka mengakibatkan pencemaran serta mengganggu sistem ekologi semula jadi.
Pelbagai penyelidikan dijalankan bagi mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah pencemaran itu. Salah satu daripadanya adalah mengitar semula bahan berkenaan menjadi perabot serta bahan binaan seperti jubin dan siling.
Terdapat juga bahan binaan yang dihasilkan daripada kelapa sawit, hampas jagung, jerami dan sekam padi. Satu lagi bahan binaan yang dihasilkan daripada kajian ialah bata G-brick atau bata hijau yang diilhamkan oleh Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan dihasilkan oleh UMP Innovest Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan oleh Universiti Malaysia Pahang bersama Portlanad Group of Companies.

Friday, 24 October 2014

5 Bangunan Jimat Tenaga

Bangunan mesra alam merujuk kepada struktur bangunan atau proses yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar membabitkan kitar hidup bangunan itu baik dari segi rekaan, pembinaan, operasi, penyeliaan, pengubahsuaian mahupun pemusnahan.
balehouse1. Rumah BaleHaus@Bath di England dibina menggunakan jerami dan hem yang mampu menyerap gas karbon dioksida, tahan cuaca termasuk angin kencang seperti ribut.
 
 
 
Suruhanjaya-Tenaga2. Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia di Putrajaya ini direka oleh firma arkitek NR Architect. Sebanyak 10 peratus keperluan tenaga pejabatnya dihasilkan menggunakan panel solar yang terletak di bahagian bumbung.
Sebanyak 80 peratus keperluan air diperoleh dengan mengumpul air hujan.
Atrium pada bahagian tengah bangunan memberikan pencahayaan semula jadi ke dalam ruang pejabat dengan itu penggunaan tenaga elektrik dijimatkan.
 
 
ibm3. Antara ciri mesra alam di Pusat Penyampaian Global IBM di Cyberjaya ini termasuklah pemasangan panel solar, sistem penjimatan air, cermin mengurangkan kadar haba dan elemen lain yang dijangka mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 25 peratus.
 
 
Acros4. Bangunan ACROS (Asian Crossroads Over The Sea) setinggi 60 meter di Bandar Fukuoka ini mempunyai dinding cermin di bahagian hadapan dan taman di belakang ditanam dengan lebih 35,000 tumbuhan.
Hasil rekaan bumbung berteres membolehkan setiap tingkat bumbung mempunyai taman yang bertujuan mengurangkan haba di dalam bangunan supaya boleh mengurangkan penggunaan alat penyaman udara dan udara yang kotor dapat ditapis.

5. Wisma Shell di Putrajaya yang direka oleh Architects 61 Sdn Bhd ini mempunyai kolam bawah tanah dan tangki penakungan air hujan selain bumbungnya dicat dengan cat pemantul bagi mengurangkan haba.
Dilengkapi sensor cahaya dan pergerakan bagi mengurangkan cahaya tercemar serta mempunyai sensor untuk karbon dioksida dan pengudaraan luar.
Melalui pemasangan lapik perangkap kotoran di setiap bilik pula, ia berupaya mengawal pencemaran yang masuk ke dalam dewan.

Monday, 20 October 2014

Demi Keselesaan Adik-Beradik



“Tahu sajalah rumah kecil, bila penuh dengan orang, pergerakan terbatas dan kurang selesa. Bilik tidur di bahagian belakang pula sudah lama tidak diguna semenjak kami memberhenti khidmat orang gaji. Jadi,daripada dibiarkan kosong, lebih baik kami pecahkan terus,” ujar Aspawati yang bekerja menguruskan agensi pelancongan bersama suaminya.

Menghuni rumah dua tingkat empat bilik sejak 11 tahun lalu, namun mereka hanya membuat pengubahsuaian pada kediaman itu tahun lepas.

“Bekerja sendiri, tetapi bukan mudah mencari masa untuk membuat perancangan pengubahsuaian Memilih kontraktor juga mengambil masa, apatah lagi suami saya sentiasa sibuk. Itu pun dia baru balik daripada membawa pelancong ke Istanbul selama seminggu,” jelas ibu kepada Anis Amirah, 21, Ainur Azreen, 16, Aina Farhana, 15 dan Ammar Aizat, 10.

Artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/10/20/demi-keselesaan-adik-beradik/

Friday, 17 October 2014

Santai Bersama Sylvia Shazia Merican



Puan Sri Sylvia Shazia Merican, 52 kecil molek orangnya. Senyuman terukir di bibir ketika mempersilakan kami bersantai di patio banglo mewahnya yang berkeluasan anggaran 1,858 meter persegi.

Dengan lembut dia memulakan bicara, “Saya amat menyukai ketenangan. Alam adalah sahabat baik saya kerana ia mendamaikan jiwa," ujarnya, lembut.

Tidak menyukai suasana bising, beliau lebih gemar bersantai di patio berdekatan kolam renang pada hujung minggu. “Jika tidak sibuk dengan kerja atau aktiviti lain, saya lebih suka menghabiskan masa berehat di sini sambil melihat anak berenang," katanya.

Persekitaran tamannya bersih lagi indah dengan pelbagai tumbuhan. Beliau mengupah tukang kebun untuk menjaga pokok kesayangannya agar tumbuh sihat dan segar menghijau. Dan orkid adalah bunga pilihan utamanya.“I’m just crazy about orchid!”

Sudah lebih 20 tahun menetap di Malaysia, beliau yang berasal dari Davao, Filipina adalah Pengarah Urusan Euzelle, iaitu sebuah pusat kesihatan. Petang itu beliau mengenakan sepasang gaun midi dan sehelai jaket hitam. Walaupun sudah berusia 50-an beliau amat mementingkan penjagaan kecantikan.

“Setiap kali saya melihat makanan, saya akan memikirkan gaun apa yang hendak dipakai keesokan harinya. Itulah yang memberi motivasi kepada saya,” tegasnya.

Wednesday, 15 October 2014

Pantang Kata "Tak"



Pertemuan di restoran barunya di Seksyen 7 Shah Alam seterusnya membuka peluang kepada saya berkunjung ke kediamannya. Sebaik disuarakan hajat untuk mengambil gambar, beliau lantas menjawab dalam nada merendah diri, “boleh, tetapi rumah belum rapi sebab baru sahaja berpindah”.

Seminggu kemudian tanpa diduga saya mendapat panggilan telefon daripada beliau, memberi kebenaran merakamkan kediamannya, sekali gus menunjukkan kesetiaannya berpegang kepada janji untuk memberikan jawapan kepada permintaan saya.

Sharifah Zainab dan suaminya, Toufic Mohamed El-Ozeir memilih banglo bertingkat-tingkat berbilik enam sebagai kediaman mereka sekeluarga. Ia cukup selesa untuk dihuni bersama tiga cahaya mata mereka, Fatma Zahra Toufic,13, Mohammad Toufic,12 dan Ali Toufic, 9.

“Rumah ini menjadi pilihan kami sebab rekaanya seakan kediaman di negara Arab. Bentuk bertingkat-tingkat dan binaan laluan yang melindungi setiap ruang mirip rekaan rumah di Timur Tengah.

Artikel penuh --> http://anjungseri.my/2014/10/15/pantang-kata-tak/

Monday, 13 October 2014

Kertas Dinding Islamik Yang Terkini Di Pasaran



Kediaman adalah tempat kita beristirahat dan mencari ketenangan. Sama ada pada hari bekerja atau hujung minggu, lazimnya semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu untuk berehat bersama-sama sambil menonton televisyen dan berbual-bual kosong.

Maka tidak hairanlah jika pemilik kediaman mengutamakan keindahan suasana di ruang ini demi keselesaan keluarga. Dan kertas dinding adalah salah satu unsur kemasan yang dapat membantu membawa perubahan kepada wajah sesebuah ruang.

Mywall Wallpaper Gallery menawarkan kertas dinding terkini di pasaran yang lari daripada corak biasa berbunga dan berjalur. Ia adalah kertas dinding bercorak tulisan kaligrafi khat yang sangat halus dan menyentuh perasaan. Produk hiasan dalaman ini juga adalah kertas dinding Islamik pertama di Malaysia.

Artikel Penuh --> http://anjungseri.my/2014/10/13/kertas-dinding-islamik-yang-terkini-di-pasaran/

Friday, 10 October 2014

Bagaimana Menyediakan Dokumen Sempurna?


Kenyataan itu terkena di batang hidung kebanyakan daripada kita. Saya pasti ramai bersetuju dengan idea itu kerana ia adalah fakta dan mungkin ramai juga pernah mengalaminya. Pihak peminjam iaitu mana-mana institusi kewangan bertauliah akan meneliti setiap permohonan bagi mengenal pasti keupayaan kewangan seseorang untuk membayar balik.
Mereka sebolehnya mahu mengelak risiko berdepan dengan penghutang bermasalah. Situasi begini sebenarnya ialah lumrah dalam hal pinjam meminjam.
Bagi kebanyakan pembeli rumah, memohon pinjaman bank adalah suatu kemestian. Namun sudah tentu ada ketikanya kita turut berdepan beberapa situasi seperti pinjaman tidak diluluskan atau mengalami kelewatan mendapat kelulusan.

Wednesday, 8 October 2014

Bougainvillea & Herba Hiasi Persekitaran


Pokok tropika bunga kertas dan tumbuhan herba menghiasi lanskap di banglo tiga tingkat milik Mahadi Badrul Zaman, 30. Kuntuman bunga yang mekar membuat kami leka menikmati keindahan tamannya. Kebetulan cuaca sekarang hampir setiap hari panas maka bougainvillea yang ditanam berbunga lebat memenuhi ranting.
Kekangan kerja tidak banyak memberi ruang waktu yang cukup buat Mahadi untuk menjaga tanamannya. Namun itu tidak pula menghalang beliau untuk membentuk sebuah taman indah di halaman rumah. Justeru itu, beliau melantik juruhias lanskap yang ditugaskan memantau dan memastikan hidupan flora tumbuh sihat lagi menyegarkan.

Tuesday, 7 October 2014

Guna Semula Beg Plastik Untuk Kurangkan Pencemaran Alam


Plastik dihasilkan daripada polietilena, iaitu sejenis bahan bersumberkan petroleum. Ia adalah antara barang yang paling susah untuk dikitar semula berbanding kertas dan aluminium. Plastik dikatakan mengambil masa kira-kira 400 tahun untuk reput, malah sesetengahnya mengambil masa lebih 1,000 tahun!
Tidak hairanlah larangan menggunakan beg plastik sewaktu membeli-belah termasuk dalam senarai Kempen Hijau. Dalam kempen Hari Tanpa Beg Plastik itu, ada kedai yang mengehadkan larangan untuk sehari sahaja dalam seminggu. Tidak kurang juga yang menyediakan beg diperbuat daripada bahan kitar semula, Ada pula yang langsung tidak membekalkan beg plastik kepada pelanggannya.
Sering kali beg plastik yang diperoleh daripada pusat beli-belah akan dibuang atau setidak-tidaknya berakhir menjadi bekas untuk menampung sampah di dalam tong sampah. Tahu kah anda bahawa beg plastik yang tergolong dalam kategori "barang sekali pakai" itu sebenarnya mempunyai banyak lagi fungsi lain?
Sebab itu masih ramai yang tidak menolaknya (walaupun sudah semakin berkurangan) kerana mahu mengguna semula untuk tujuan lain. Ini juga dikira satu langkah "hijau" kerana beg itu tidak dibuang sebaliknya dikitarkan semula.
Ringkasnya, meskipun banyak pandangan negatif terhadap beg plastik namun tidak salah untuk mempelbagaikan fungsinya ke arah yang lebih positif.
Klik pautan untuk membaca 18 kegunaan lain beg plastik --> http://anjungseri.my/2014/10/06/guna-semula-beg-plastik-untuk-kurangkan-pencemaran-alam/

Thursday, 2 October 2014

Linda Onn Minat Merah & Hitam



Pada hari saya mengatur sesi temu bual dan penggambaran di kediaman pengacara dan penyampai radio Suria.fm ini, ia adalah tarikh bersejarah buat Malaysia. Mana mungkin kita boleh lupa tarikh 22 Ogos 2014 - saat seluruh rakyat berkongsi kesedihan menerima kumpulan pertama jenazah korban MH17. Dalam perjalanan menuju ke lokasi tugasan, saya berasa cukup terharu apabila turut memberhentikan kereta seketika bersama-sama pemandu lain di tepi jalan raya sebagai menghormati perjalanan akhir mereka yang telah pergi.

Meskipun bekerja dengan perasaan yang cukup berbeza pada hari itu, tanggung jawab sebagai penulis tetap diteruskan seperti biasa. Ketika sampai di muka pintu, terlihat motosikal berkuasa tinggi milik Linda, yang diselimuti kain, terletak di ruang parkir. Menunggang motosikal jenis itu adalah hobi si tubuh lampai ini yang sudah diketahui umum. Teruja saya dan dua jurugambar memerhatikan kenderaan tersebut sambil bertanya sesama sendiri “bila agaknya kita boleh beli seorang satu?”

10 gambar eksklusif kediaman Linda Onn, klik pautan --> http://anjungseri.my/2014/10/02/linda-onn-minat-merah-hitam/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...