Monday, 18 August 2014
Hari Keluarga Anjung Seri di Janda Baik
Hari Keluarga Anjung Seri yang menyatukan kakitangan majalah hiasan dalaman itu dengan sebahagian pembacanya berlangsung meriah selama dua hari satu malam di Harmony Excellence Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang pada Jun lalu.
Majlis itu mengisi jadual program yang diatur sepanjang tahun ini bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Anjung Seri.
Seramai 40 pembaca bertuah yang dipilih menyertainya bukan sahaja berpeluang belajar membuat hiasan kraf menggunakan tumbuhan kering, tetapi juga menguji minda dan fizikal dalam Eksplorasi Rimba.
Rombongan bertolak dari pejabat Berita Publishing Sdn Bhd pada pagi 21 Jun dan sebaik tiba di pusat percutian & latihan itu, mereka disambut dengan jamuan minum pagi sebelum menyertai demonstrasi membuat kraf oleh Attitude Planet Art (APA Art) kendalian dua rakan kongsi, Fauzi Abdul Majid@Benji dan Hisham Kamarudin@Sam.
Mereka kemudian mendengar perkongsian ilmu ‘Petua Dapur’ daripada penulis Anjung Seri, Irawati Ismail, diikuti taklimat mengenai kegiatan dan operasi Harmony Excellence oleh pengurus syarikat, Azrul Nizam Abdul Aziz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment