Kabinet merah cili kemasan akrilik yang melengkapi wajah baru ruang dapur menjadi tarikan utama kediaman Datuk Ir Tajul Ariffin dan Datin Salmah Saleh selepas diubah suai.
Merah bukanlah warna kegemaran Ir Tajul Ariffin, tetapi beliau berani menerimanya selepas berjaya diyakini oleh juruhias dalaman agar mempertaruhkan rona itu di ruang dapur sebagai unsur kejutan yang mengesankan. Sementelah beberapa contoh rumah yang ditata hias dengan sedikit merah membuktikan bahawa warna itu memang berupaya mewujudkan daya tarikan.
Memang warna merah cili yang dipilih untuk pintu kabinet dapur itu agak keterlaluan namun kebijaksanaan mengimbangkannya dengan warna putih permukaan kerja kabinet dan dinding berhasil mewujudkan suasana sejuk mata memandang. Apatah lagi padanan merah dan putih menegaskan gaya moden yang menjadi pilihan tata hias.
Salmah bergambar bersama anaknya,
di ruang keluarga.
|
...
Dapatkan Anjung Seri Julai di pasaran sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah ini.
No comments:
Post a Comment